Sunday, December 17, 2006

Surah Yusuf dan Fiqh Gaya Bahasa Santai

Dalam seminar novel popular yang diadakan di DBP, isu gaya bahasa santai berkali-kali dibangkitkan oleh anggota panel pengkaji dan peserta.

Bagi para pengkaji itu, salah satu faktor yang menjadikan novel-novel popular tidak mencapai mutu susastera adalah disebabkan gaya bahasa santai yang digunakan.

Namun, dari sudut pandang lain, mungkin sahaja salah satu faktor kejayaan novel-novel popular dalam pasaran adalah disebabkan gaya bahasa santai itu.

Surah Yusuf diturunkan dalam bahasa Arab Tinggi yang indah, bukan bahasa santai. Justeru, menulis dengan menggunakan gaya bahasa tinggi yang indah adalah sunnah Quran, dan dengan demikian setiap huruf yang dituliskan itu diberi pahala kebaikan.

Manakala, menulis menggunakan bahasa santai bukan sunnah Quran.

Adakah karya yang ditulis menggunakan gaya bahasa santai ditolak dalam konsep "sastera hasanah"?

Sastera hasanah tidak menolak sesebuah karya itu semata-mata atas alasan ia ditulis menggunakan bahasa santai.

Dari sudut pandang teori sastera hasanah, gaya bahasa santai bukan haram, namun gaya bahasa santai adalah gaya bahasa yang tidak berciri Quranic-compliant.

Dengan demikian, martabat karya dalam bahasa santai adalah lebih rendah daripada karya yang ditulis menggunakan bahasa tinggi.

Manakala menulis menggunakan bahasa tinggi mendapat "pahala bahasa", menulis menggunakan bahasa santai tidak mendapat pahala bahasa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Tatabahasa & Ejaan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Laporan Bengkel Fiksyen Fantasi PTS Previous entry: Surah Yusuf: Keindahan Kisah Cinta Tak Kesampaian

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.