Sunday, July 22, 2007

Surah Yusuf dan Hati Yang Berduka

Surah Yusuf diturunkan kepada Nabi Muhammad semasa beliau masih tinggal di bandar Mekah, yakni sebelum beliau berpindah ke Madinah.

Kita tidak mungkin tahu mengapa Tuhan menurunkan sebuah cerita panjang kepada Nabi Muhammad di Mekah, dan bukan di Madinah. Kita hanya dapat mengagak.

Dalam ceramahnya di PTS, Prof. Dr. Zulkifli Mohd. Yusuf, memberitahu ada ulama yang mengatakan Tuhan menurunkan cerita panjang tentang Nabi Yusuf itu di Mekah kerana pada masa itu Nabi Muhammad sedang dalam keadaan berduka selepas isterinya, Kadijah, meninggal dunia, yakni Tuhan mahu menghiburkan hati beliau. Ini pendapat yang popular.

Sekiranya pendapat ini benar, maka kita dapat membuat ekstrapolasi bahawa (a) cerita mempunyai fungsi terapi psikologis, dan (b) kita harus menulis cerita-cerita panjang (novel adalah cerita panjang) yang fungsinya adalah bagi menghiburkan hati-hati yang sedang berduka.

Dengan mengkaji isi kandungan cerita dalam surah Yusuf itu, kita juga dapat menyenaraikan ciri-ciri cerita yang sesuai bagi tujuan menghiburkan hati-hati yang sedang beruka.

Bagi membukti pendapat ulama itu pendapat yang dapat dipegang, kita perlu melakukan 3 perkara:

(i) Jika benar bahawa cerita dapat berfungsi sebagai terapi psikologis, kita perlu mencari bukti-bukti daripada sejarah hidup Nabi Muhammad sendiri, yakni pernahkah beliau menggunakan cerita (tidak semestinya cerita Nabi Yusuf) bagi menghiburkan hati-hati yang sedang berduka.

(ii) Hipotesis ini akan menjadi lebih kuat apabila kita dapat membuktikan bahawa Nabi Muhammad pernah menggunakan kisah Nabi Yusuf itu sendiri bagi menghiburkan hati-hati para sahabatnya yang sedang berduka.

(iii) Akan semakin kuat lagi hipotesis ini apabila kita dapat mengemukakan fakta bahawa selepas kematian Khadijah, Nabi Muhammad banyak kali berduka, sehingga air mata beliau mengalir dan beliau pernah menggunakan surah Yusuf, ataupun cerita lain, bagi menghiburkan hatinya yang duka itu.

Allah jualah yang maha mengetahui mengapa cerita panjang Nabi Yusuf diturunkan di Mekah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sastera Islami
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Perpustakaan Negeri Sarawak Paling Bagus Previous entry: Faisal Tehrani: "Sastera Pop Islami", "Mazhab Bentuk" dan "Mazhab Khayal"
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/23  at  08:41 AM

Assalamu’alaikum

Sifu yang saya hormati,

Pertama sekali saya perlu meminta maaf, kerana dah beberapa kali saya mendaftar untuk ahdir kursus, namun belum lagi berkesempatan. Kalau Sifu masih ingat, saya jumpa Sifu di PBAKL dan ada bertanyakan tentang kursus-kursus PTS, saya dari Johor Bahru.

Pada waktu itu Sifu terangkan saya tentang novel-novel untuk kanak-kanak. Apa kaitannya saiz sesebuah buku/novel dengan umur kanak-kanak. Alhamdulillah sekarang anak saudara saya dah ada beberapa koleksi buku PTS ONE. Dan yang seronoknya, dia suka sangat membaca buku-buku seperti itu smile

Bila baca mesej Sifu hari ini, saya teringat beberapa surah yang dikatakan (menurut yang saya baca dalam beberapa buku) yang ada kaitannya dengan tujuan untuk menghiburkan hati Nabi Muhamamd SAW.

Antaranya ialah surah Ad-Dhuha dan surah Al-Kauthar.

Saya rasa ini adalah suatu bidang yang sangat bagus untuk kita kaji.

Insha ALLAH Sifu, saya nak hadir Bengkel Teknik Surah Yusuf 5 Ogos akan datang. Moga ALLAH izinkan. Amin.

Wassalamu’alaikum.

Min
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: