Surat
Assamualaikum, Puan Sifu.
Semoga perjuangan Puan Sifu dalam memperjuangkan kebenaran dan ketelusan dalam bidang perniagaan buku mendapat pertolongan dari Allah - moga-moga Allah mempermudahkan perjuangan Puan dan rezeki untuk PTS.
Saya juga pernah terkena tempias "amalan rasuah" yang berleluasa ketika bekerja dengan sebuah syarikat yang mengamalkan prinsip bebas rasuah tapi dianaktirikan daripada mendapat projek BTP, KPM.
Mungkin Puan juga sedia maklum BTP adalah salah satu unit yang paling korup dalam KPM semasa projek "teaching and learning courseware" dimulakan satu ketika dulu.
Saya pernah mengikut bos saya ke BTP dan apabila saya lihat cara kerja BTP ketika berurusan dengan kami, saya tidak sanggup untuk berurusan lagi dengan pegawai-pegawai BTP lalu saya berhenti bekerja dari syarikat berkenaan. Syarikat berkenaan seperti terpaksa bergantung harap dengan projek daripada BTP untuk hidup.
Bagi saya, jihad Puan Sifu ini walau bukan dengan mata pedang tapi mata pena juga bisa mengegar dunia!
HKAB
...............
Nota Sifu:
Inilah contoh jenis-jenis emel yang Sifu terima. Kita menggesa Menteri Pelajaran membuat penafian akan perkara-perkara tidak betul yang dipergosipkan orang dalam komuniti bisnes dan pendidikan saat ini. Kalau tidak ada asasnya sama sekali, masakan surat-surat seperti ini dihantarkan kepada kita.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Benar puan, tiada “asas"nya masakan surat-surat sebegini dihantarkan kepada puan.
Tapi saya rasa puan harus mengkaji apa “asas"nya secara kritikal. Kerana pelbagai spekulasi boleh timbul terhadap kehadiran “surat-surat” yang muncul macam cendawan selepas hujan ini. Puan seharusnya lebih bijak “membaca” agenda di sebalik tabir.
Amat malang jika “jihad” yang puan perjuangkan rupa-rupanya bukan apa yang disangka. Berhati-hatilah dahulu sebelum kecewa di kemudian hari.
Seperkara lagi, Jihad berkait kepada kebenaran mutlak yang harus diperjuangkan walau dengan nyawa sekalipun.
Puan sendiri pun belum pasti samada benar atau tidak dakwaan surat ini, sekadar merujuk sebagai “surat yang puan terima”; bagaimana mahu dikatakan jihad?
Ingatlah, “Fitnah itu lebih dashyat dari membunuh”(Surah Al Baqarah ayat 191)”. Hati-hati puan. Jangan tersalah tafsir Jihad Fisabilillah. “Tersungkur di pintu syurga” perumpamaannya.
En. Azlan, you tak kerja ke hari ni? Ke you ganti shift Mizi, hani, Arani8? Berderet komen you dari semalam!
Siapa pula yang post spam itu? Takut kami baca komen orang lain ke? Harap Sifu dpt sekat dan padam spam.
.......................
NOTA SIFU:
Tuan Gano,
UNIKA ini mengamalkan dasar demokratis dan kebebasan media. Spam sudah dipadam oleh moderator blog ini.
Terima kasih puan. Saya rasa tukang spam itu tidak mahu komen saya dibaca. Sebab itu komen saya yang lain habis tertolak abibat spam. Maklumlah, ahli magis tidak suka rahsia magisnya dibongkar. Saya yakin moderator puan amat berkebolehan dalam menanganinya.
Ingin dimaklumkan di sini, apa yang ditimbulkan dalam blog PTS adalah meminta pihak-pihak yang berkenaan menyisat kebenaran isu-isu yang perlu di beri perhatian:
1. Syarikat F1 in School Sdn Bhd yang membekal peralatan. PROGRAM (http://www.f1inschools.co.uk/) itu baik sebagaimana pertandingan Rekacipta lain, LEGO Mindstorm, ROBOCON dan melukis juga membaca. Perbekalannya yang perlu dikaji. Terlalu mahal sebab barang import. Sedangkan bagi sesetangah negara mereka mengunakan peralatan yang sedia ada di sekolah atau alternatif lain. Yang penting hasilnya.
2. Syarikat SASBADI, Penerbit Buku tapi membekal LEGO. Pertandingannya baik tapi tidaklah perlu mewajibkan semua sekolah gunakan LEGO. Kalau ia mahal, anjurkan pertandingan robot daripada bahan terbuang atau mudah didapati. Hanya ‘micro controler’ nya boleh terus beli dengan pengilang seperti HITACHI/MOTOROLA. Mungkin mereka boleh sponsor sebab kita ‘promote’ produknya seluruh Malaysia.
3. Program Learning Grid, bila dibaca laman webnya PROGR AM itu dibiayai oleh syarikat tapi di Malaysia, syarikat F1 in School Sdn Bhd perlu mendapatkan kontrak perbekalan daripada Kerajaan.
4. Produk DEPCO yang dibekalkan samada oleh Warisan Nusa atau Nusa Seri Bumu (tak pasti). Produk itu bagus cuma harganya terlalu mahal dan apabila melawat laman DEPCO, dengan kepakaran IKS tempatan dapat berkerjasama dengan pihak Kem. Pelajaran maupun universiti (UPSI)untuk membangunkan produk sebegitu. *Tapi Kem Pelajaran yang kawal bukan dengar cakap pembekal. In dapat digunakan sistem payung seperti tika 10 tahun dulu. *Jangan bagi kat semua anak syarikat, tak betul sistem payung itu.
Adalah baik program-program pendidikan Teknologi itu sebab kita mendedahkan generasi muda kita dengan perkembangan teknologi yang global & negara Malaysia perlu melahirkan generasi yang berteknologi, secara langsung menggalakkan pembangunan Sains & Teknologi. Yang penting bagaimana Kementerian melaksanakannya. Apa pun yang Kem. Pelajaran dan niat syarikat berkenaan itu baik cuma bila ada perasaan tamak dan monopoli itu tak baik.
Tiada bukti-bukti yang mengatakan ‘rasuah’ di peringkat Kementerian. Cuma andaian dari pihak-pihak yang mungkin tak berpuas hati sahaja. Untuk penjelasan ini pihak KERAJAAN yang BERTANGGUNGJAWAB perlu menyiasat apa yang berlaku dalam Kementerian itu. Bukan mecari salah PTS serta orang-orang yang menghantar email atau memberi pandangan kepada PTS. Kenyataan saya ini tidak dapat memuaskan hati semua orang tetapi pandangan ini perlu diambil kira sebab kita mahu maju dengan pembangunan dan pendekatan Islam. Kita mau unik dan dihormati oleh negara barat. Sekian.
Terima kasih saudara Ismail. Komen anda wajar dan objektif.
Post a comment