Saturday, February 27, 2010

Surat: Anugerah PTS

Assalamualaikum Puan Ainon, didoakan puan dalam keadaan sihat sejahtera di samping teman-teman dan keluarga tercinta.

Membaca tulisan puan yang menguar-uarkan mengenai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2008/2009), suka saya mencadangkan agar pihak PTS mempunyai anugerah sendiri. Memandangkan PTS kini semakin berkembang dengan menerbitkan pelbagai jenis buku, saya percaya PTS mampu mewujudkan anugerah buku sendiri. Jika sasaran PTS untuk menerbitkan 1000 judul buku setahun, saya fikir sesuai benar anugerah ini diadakan secara tahunan, atau mungkin dwi-tahunan.

Terdapat banyak kategori yang boleh dipertandingkan bagi buku non-fiksyen seperti buku agama, buku perniagaan, buku motivasi, buku masakan, buku keluarga dan lain-lain. Bagi fiksyen pula, boleh diwujudkan kategori novel islami, novel cinta, novel sains dan fantasi, novel thriller dan misteri, novel tokoh dan sejarah (Pak Latip mesti menang) dan macam-macam lagi. Penganugerahan buku terbaik tahunan berupaya memotivasikan penulis untuk menghasilkan buku-buku yang isinya berkualiti.

Pihak PTS juga boleh mempertandingkan kategori suntingan terbaik, rekabentuk kulit terbaik, layout buku terbaik dan pelbagai kategori lagi sebagai pengiktirafan untuk editor, pereka grafik dan lain-lain. Seperti penulis, mereka juga pasti termotivasi untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Saya harap dengan adanya penganugerahan di kalangan buku-buku PTS sendiri, dapat merancakkan lagi industri penerbitan seterusnya membekalkan juadah bacaan yang berkualiti untuk anak bangsa. Wassalam

Amirul Hadi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apabila Banyak Penulis Baru Muncul, Penulis Lama Dilupakan Previous entry: Penulis Menghantar Manuskrip Karya Orang Lain
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/28  at  01:52 AM

Assalamualaikum,

Cadangan yang sangat menarik yang antara lain sebagai suatu publisiti kepada segala usaha PTS.

Adalah dipercayai PTS berkeupayaan melaksanakannya

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/01  at  11:14 AM

saya juga sokong 100%

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.