Surat: Bakal Doktor-doktor Perlukan Trainer bagi Membantu Mereka Belajar Menjadi Penulis Kreatif
Salam puan,
Saya, Khairatun Hisan, pelajar farmasi dari International Medical University (IMU), Bukit jalil. Saya sedang mencari seorang novelist untuk mengendalikan bengkel penulisan kreatif di IMU dan berharap agar puan dapat membantu.
Bengkel ini diadakan bersempena minggu kebudayaan Melayu (bermula pada 28 september-2 oktober), iaitu satu acara tahunan universiti yang dianjurkan oleh Persatuan Kebudayaan Melayu IMU. Tahun ini baru masuk tahun kedua kami mengadakan program seperti ini di IMU.
Untuk pengetahuan puna, majoriti pelajar di IMU adalah bukan Melayu, jadi kami menganjurkan sambutan minggu kebudayaan Melayu ini untuk memperkenalkan budaya Melayu kepada bangsa lain serta mencungkil bakat terpendam ahli-ahli persatuan. Aktiviti sepanjang minggu termasuklah permainan sukan rakyat, persembahan teater, pameran dan bengkel penulisan kreatif.
Pada saat-saat akhir, penceramah kami telah menarik balik kesudiannya untuk mengendalikan bengkel ini. Kami tidak berhasrat membatalkan bengkel ini sebab harapan kami bengkel ini akan mencungkil bakat warga IMU dan membuka peluang kepada mereka yang ingin mencuba dalam bidang penulisan, jadi kami perlu mencari pengganti yang boleh mengendalikan bengkel ini.
Maklumat bengkel ini adalah seperti berikut:
Tarikh: 30 September (Rabu)
Masa: 5.00 ptg - 6.30 ptg
Tempat: IMU, Bukit Jalil
Topik: Asas-asas penulisan kreatif (pengenalan, jenis, sumber inspirasi dan bahan, teknik penulisan, stail penyampaian, penggunaan bahasa, dan format)
Bengkel singkat ini terbuka kepada semua warga IMU, termasuk staff dan pensyarah. Saya berharap puan dapat memberikan sebarang cadangan supaya kami dapat melangsungkan program ini. Sekian, terima kasih.
Kahiratun Hisan
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan,
Bakal doktor-doktor atau bakal-bakal doktor?
Mohon tunjuk ajar.
Tuan Hafiz,
Perkataan ‘bakal’ tidak ada ‘satu bakal’, ‘dua bakal’, ataupun ‘banyak bakal’. Oleh itu tidak ada ‘bakal-bakal’.
Perkataan ‘bakal’ adalah sendi, seperti juga ‘akan’.
Assalamualaikum,
Insyaallah saya kelapangan pada petang itu dan boleh berkongsi jika diperlukan.
Terima kasih.
Post a comment