Monday, September 07, 2009

Surat: Buku Mewarna Tidak Syariah-compliant

Assalamu'alaikum Puan Sifu,

Semoga Puan dan Prof Abdullah Hassan dikurniakan oleh Allah kesejahteraan serta kekuatan menjalankan ibadat puasa di samping perjuangan memandaikan bangsa semoga tamatlah PPMSI denga segera atau penguasa pro-PPMSI segera tumbang dan hancur lebur.

Anak saya yang berumur tujuh tahun (menuntut di darjah satu) amat suka membaca dan juga melukis, antara aktiviti melukis yang dia sukai ialah mewarna gambar yang telah siap 'outline' dan sumber gambar untuk diwarnai ialah buku-buku mewarna yang dijual dikedai buku.

Sayangnya banyak sekali buku-buku mewarna tersebut bergambarkan kartun dari hikayat Eropah atau Timur yang tidak syariah-compliant. Bayangkanlah anak-anak kita ditanam secara begitu halus dan 'subtle' sekali sejak dari mereka tahu mewarna gambar lagi.

Oleh yang demikian, sukacitalah saya mencadangkan agar PTS mula menerbitkan buku-buku untuk segmen pasaran kanak-kanak "peringkat mewarna" ini. Sekiranya Puan setuju tentunya pihak PTS boleh memulakan 1-2 buku untuk menguji pasaran, dan apabila hasilnya memberansangkan bolehlah 'masuk pasaran secara berbondong-bondong. Anak saya, Hanisah, yang sekarang belajar bidang Kejuruteraan Awam tahun 2 di UiTM Permatang Pauh boleh menjadi salah seorang daripada penyumbang gambar-gambar untuk diwarnai itu.

Sekian terima kasih dan wassalam.

ImranYusuf (019 333 5921)
http://meredahsamudera.blogspot.com

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bengkel Strategi Marketing untuk Meng-agresif-kan Lagi Promosi Buku-buku PTS Previous entry: Pensyarah Universiti Diajak Ikut Memandaikan Bangsa yang Berada di Luar Kampus
Mohammed Zakir Husin Bin Mohammed Zahid  on  09/11  at  09:05 AM

Assalamualaikum Puan dan Tuan Imran,

Membaca entry ini membuatkan saya tersentak. Selama ini kita mensasarkan golongan yang sudah pandai membaca untuk dipandaikan lagi. Hari ini sudah terlihat peluang yang besar untuk kita mula memandaikan bangsa dari peringkat sebelum anak-anak kita pandai membaca.

Saya sokong cadangan ini dan percaya PTS boleh menjayakannya.

Hanafi Ariff  on  09/17  at  01:04 PM

Assalamualaikum semua. Saya turut bersetuju dengan pendapat saudara Imran. Bagi saya buku mewarna dapat menjana imaginasi kreatif anak-anak sekaligus memberikan minat mengenali huruf.
Sekiranya diberikan peluang, saya juga berminat menyumbang bahan lukisan dalam buku seperti ini.

Sabariah Abdul Rahman  on  05/04  at  09:13 PM

Assalamualaikum kepada Semua Penyokong Setia PTS !

Pihak Galeri Seni Muar turut bersetuju dengan pendapat Saudara Hanafi Ariff dan Saudara Imran.

Tekaan Saudara Hanafi amat tepat dan memang Benar Buku Mewarna berkesan kepada anak2 didikan kami yang menyertai Kelas Tuisyen Seni Lukis Galeri Seni Muar.

Pihak Galeri Seni Muar menggunakan buku Lukisan yang diLukis sendiri pada kertas A4 untuk memberi tunjuk ajar cara Melukis dan Mewarna dengan betul dan cepat .

Pihak Galeri Seni Muar akui, PTS sahajalah yang sesuai membantu untuk Penerbitan Buku Mewarna.

Harap PTS Pertimbangkan Hasrat Saudara Hanafi Ariff , Saudara Imran dan iBuBapa di Luar Sana.

Layari Blog Kami…
http://www.galerisenimuar.blogspot.com

Sabariah Abdul Rahman  on  05/04  at  09:16 PM

assalamualaikum,
Pihak Galeri Seni Muar sokong Hasrat Saudara Hanafi Ariff dan Saudara Imran.
Layari Blog Kami…
http://www.galerisenimuar.blogspot.com

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: