Surat: Cek Royalti Membakar Semangat
Assalamulaikum, Puan Ainon. Semoga Allah SWT memberikan kesihatan dan kebahagiaan kepada Puan Ainon dan juga warga PTS keseluruhannya. Malam tadi, setelah kembali daripada kerja saya menerima sepucuk surat daripada PTS One Sdn. Bhd dan dalam hati terdetik surat apakah itu. Lantas, saya membukanya dan alangkah terkejut bahawa saya menerima cek royalti yang pertama dari PTS One Sdn. Bhd. Alhamdulillah, walau pun pada awalnya saya langsung tidak percaya novel Budak Ladang (anak sulung saya di PTS) itu ada pembaca yang sudi membelinya namun, setelah menerima cek royalti semangat saya untuk menulis semakin meninggi. Cek royalti itu juga sebagai pembakar semangat untuk terus saya berkarya.
Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada PTS khususnya kepada Puan Ainon yang banyak membimbing saya dan pernah belanja makan tengah hari ketika saya menghadiri kelas BMT dahulu, kepada Allahyarham Panaharjuna yang membuka lorong kepada saya, kepada Cik Norashikin Wahid, Cik Mazlia Murat, Cik Nurismaliza, Puan Haryani Kamilan kerana mereka ini insan-insan mulia yang banyak membantu saya mendaki gunung PTS. Saya tetap sayangkan PTS dan sesungguhnya saya akan terus berkarya, mudah-mudahan PTS terus maju ke hadapan untuk memandaikan bangsa. Terima kasih.
Salleh de Ran
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment