Saturday, September 15, 2007

Surat Cikpuan Wan Nor Ainon Wan Abdullah

Saya telah memulakan dengan meletakkan buku-buku PTS di atas dulang hantaran perkahwinan adik lelaki saya November 2006. Buku-buku itu diikat dengan reben organza bersama Tafsir Pimpinan Al-Rahman.

Tajuk dipilih sudah tentu berkaitan perkahwinan dan hubungan suami isteri. Ia berbaloi diletakkan terbuka kerana kulit buku yang menarik baik dari sudut ilustrasi mahupun warna.

Harapnya ia membuka minda para tetamu untuk menitik beratkan ilmu pengetahuan sebagai bekalan maha penting dalam melayari alam rumah tangga yang serba mencabar.

Nota Sifu: Jikalau ada fotonya dulang hantaran itu, alangkah bagusnya, dapatlah dijadikan contoh....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Panduan Pandai Membiakkan Duit Previous entry: PTS akan Menerbitkan Lebih Banyak Buku Indonesia
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/15  at  02:44 AM

blink! blink! Bagus juga idea ni.
——-

Wilmi Affani  on  09/15  at  03:02 AM

Assalamualaikum,

Pernah menghadiahkan teman rapat sebuah buku bertajuk ‘Mengendalikan Masalah dalam Hubungan Peribadi’ semasa tamat belajar. Hmm…nampaknya idea untuk memberi buku kepada yang tersayang bukan lagi satu perkara pelik sebaliknya harus ditukar dari yang luar biasa kepada biasa.

Sedang berfikir-fikir buku apakah yang bakal berada dalam timbunan hadiah perkahwinannya kelak. smile

Saiee Driss  on  09/15  at  03:15 AM

Assalamualaikum

Itu idea bagus.

Apa kata menjelang Hari Raya PTS keluarkan hadiah dalam bentuk baucer yang dijual kepada orang ramai.

Maka sesiapa yang mendapat baucer itu memilih sendiri buku dikehendaki, pastinya daripada PTS.

Kalau formatnya cantik dan menarik dan dipasarkan dengan kaedah yang efektif boleh sahaja diamalkan dan memulakan satu budaya baru.

Saya sekadar ketemu ideanya.

Md Hazali  on  09/15  at  05:50 AM

Saya juga pernah menghadiahkan sebuah buku kepada seorang teman wanita. Tajuk buku tersebut adalah “This is Earl Nightangle” oleh Earl Nightangle dan pencetaknya pula Thingkers Library. Buku tersebut membincangkan sekitar pemerhatian penulis tentang kemanusiaan dan kehidupan.

Entah bagaimana, sekarang ini teman wanita itu telah menjadi isteri saya pula. Mungkinkah kerana hadiah sebuah buku? Tuhan sahaja yang mengetahui.

saiFz  on  09/15  at  11:19 PM

Masa saya berkahwin dahulu, belum kenal dengan PTS. Kalau tidak pasti saya akan bekalkan set buku PTS sebagai hantaran. Salah satu set hantaran saya kepada isteri saya ialah SET Tafsir Al-Azhar-10 jilid.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.