Tuesday, November 17, 2009

Surat dari Cik H yang Menggumbirakan!

Salam, Puan Ainon.

Maaf seandainya e-mel ini mengganggu tugas puan. Saya menulis sekadar mahu berkongsi cerita. Semalam, saya berbual-bual dengan sahabat saya yang merupakan pekerja sebuah syarikat penerbitan gergasi yang menerbitkan majalah dan surat khabar di Malaysia. Dia bercerita tentang mesyuarat tergempar mereka, apa tujuan mesyuarat itu tidaklah diberitahu pada saya. Cuma menurutnya, bosnya telah beberapa kali memuji PTS dan mahu pekerja-pekerjanya menjadikan PTS sebagai contoh. Beliau mahu mereka rajin seperti PTS, pantas berfikir seperti PTS, kreatif seperti PTS. Mendengarkan kata-kata sahabat saya itu, buat hidung saya kembang kempis menahan rasa bangga. Bukan saya mahu mendabik dada, tetapi kata-katanya benar-benar membangkitkan semangat untuk bekerja lebih kuat. Saya yakin dengan kesungguhan, keikhlasan dan kejujuran kita semua. PTS satu hari nanti mampu menjadi penerbit terulung di Malaysia.

Baiklah, saya mahu kembali bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Terima kasih!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Isu Memilih Judul Komik-M Previous entry: PTS Mencari Tapak Bangunan Sendiri
Imran Yusuf  on  11/18  at  08:04 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Kalau mahu mereka rajin seperti PTS, pantas berfikir seperti PTS, kreatif seperti PTS, maka…. ganjarannya pun haruslah semacam atau ala-ala PTS.

Bukan begitu???

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/09  at  12:50 AM

Assalammualaikum,
Saya juga bersetuju dengan pandangan Tuan Imran. Tetapi memang tidak dinafikan semenjak akhir-akhir ini PTS selalu dipuji oleh penerbit-penerbit buku yang terkenal.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: