Wednesday, September 15, 2010

Surat dari Pengurus AinMaisarah: Perlunya Blog dan Facebook Dijadikan Alat Penjenamaan

Assalamualaikum Puan Ainon,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Puan, seluruh warga PTS, rakan penulis dan semua pembaca blog UNIKA. Saya memohon maaf salah silap samaada yang disedari ataupun yang tidak disedari.

Terima kasih di atas maklumat entri (dlm UNIKA - Pn. Ainon) ini. Alhamdullilah segala usaha ini telah menampakkan hasil. Jenama AinMaisarah sudah dikenali ramai. Kini AinMaisarah tidak boleh senang-senang muncul di khalayak ramai tanpa disedari.

Setiap kali kami keluar makan, keluar berjalan-jalan, pergi kenduri dan juga solat terawih di masjid, ada sahaja yang bertegur, bergambar atau sekadar menyebut nama AinMaisarah sambil mencuit ibubapa masing-masing.

Oleh itu saya berharap makin ramai penulis lain yang memulakan aktiviti branding dan marketing secepat mungkin. Saya melihat ramai penulis masih lagi menggunakan Facebook dan Blog sebagai medium pengantaraan peribadi. Cerita peribadi, luahan perasaan peribadi dan gosip-gosip peribadi. Cuba bezakan kehidupan peribadi dan imej penulis.

Segala aktiviti berkaitan nama pena adalah aktiviti mencapai objektif “branding”. Output akhirnya tentulah peningkatan jualan buku. Senaraikan objektif dan tema brand anda, kemudian rancang aktiviti dan imej tersebut di setiap medium perantaraan.

Marilah kita bersama memikul tanggungjawab branding dan marketing ini walaupun PTS mempunyai tim marketingnya sendiri, mereka tidak mampu memberikan personal touch kepada branding penulisnya yang mencecah beratus-ratus orang.

Aktiviti branding dan marketing AinMaisarah akan masuk fasa ke-3. InsyaAllah, kita boleh melihat aktivitinya pada hujung tahun ini pada skala yang lebih besar. Semoga semuanya berjalan lancar, persetujuan telah dibuat semasa hari raya kedua baru-baru ini.

Wasalam
Pengurus AinMaisarah
.(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Undang-Undang Amerika Tidak Mengizinkan Buku dari Luar Diimport dan Dijual di Negara Itu Previous entry: Tip Survival Penulis: Mengapa Manuskrip yang Baik Tidak Menjamin Kejayaan Buku dalam Pasaran

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.