Surat dari Seorang Perempuan Muallaf Cina
Assalamualaikum Pn Ainon yang Dihormati,
Sebagai peminat setia PTS Publications and Distribution, saya ingin mengucapkan tahniah atas perkembangan pesat PTS dalam dunia penulisan dan penerbitan. Berharap dengan 'KPI' baru PTS, lebih banyak judul yang berkualiti dapat dikongsikan bersama para pembaca.
Saya telah memperolehi banyak pengetahuan dari siri penerbitan PTS Islamika. Daripada tidak faham penyusunan ayat-ayat dalam terjemahan Al Quran, kini saya boleh memahami terjemahan Al Quran dengan baik. Selain itu, melalui buku-buku PTS saya juga memperolehi pengetahuan yang banyak mengenai latar belakang dan sejarah dunia Islam. Terima Kasih.
Kini, saya sedang membaca buku Tuan Arieff Salleh Rosman yang bertajuk 'Yakin & Ikhlas: Kisah-kisah Dakwah Nabi Muhammad di Madinah'. Harap semua mualaf, yang menganut agama Islam kerana berminat ataupun atas sebab berkahwin, boleh mempelajari agama ini secara bersungguh-sungguh. Saya yang tidak mempunyai latar belakang mengenai apa-apa agama, kini boleh menjadi berminat sungguh dalam Islam dengan membaca buku-buku terbitan PTS.
Saya juga tidak lupa tentang penulisan buku yang pernah dijanjikan. Itu juga salah satu sebab saya giat membaca dan mempelajari pengetahuan tentang Islam. Harap semasa saya siap menyediakan cerita-cerita pendek, Pn. Ainon masih berminat dengan terbitan buku tersebut.
Saya teringin sangat mengikuti kursus 'Bengkel Bahasa Melayi Tinggi' tetapi setakat ini belum tentu lagi kerana saya ada anak baru yang berumur tidak sampai 2 bulan.
Terima kasih banyak-banyak.
Humairah @ Yvonne Yeoh.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment