Surat Editor: Huruf Besar, Huruf Tebal
Wahai para editor,
Beli dan baca buku panduan surat menyurat rasmi dan bisnes. Ada topik khusus yang memberitahu apa maknanya apabila seseorang itu menulis surat seperti contoh begini:
Surat (a)
Encik Kamal Shah,
Sekiranya anda TIDAK SABAR MENUNGGU GILIRAN NOVEL ANDA DITERBITKAN, ANDA DINASIHATKAN MENGHANTAR MANUSKRIP ANDA KE PENERBIT LAIN. Kami dengan sukacita boleh memulangkan manuskrip anda.
Sekian, diucapkan terima kasih.
Menurut pakar-pakar konumikasi, penggunaan huruf-huruf besar seperti di atas itu bermakna: Sang Editor itu memarahi saudara dengan menjerit-jerit ke muka saudara.
Surat (b)
Encik Kamal Shah,
Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa dalam perjanjian penerbitan yang anda tandatangani pada tahun 2002, anda telah bersetuju menjual hakcipta novel anda kepada kami, dan pihak kami sudah membayar nilainya iaitu sebanyak RM750.00 tunai. Dengan hal yang demikian pihak kami tidak perlu membayar royalti lagi kepada anda.
Sekian, diucapkan terima kasih.
Menurut pakar komunikasi, penggunaan huruf-huruf tebal seperti di atas itu bermakna: Sang Editor itu memarahi saudara dan mengatakan saudara seorang yang bodoh, tidak faham kedudukan perkara yang sebenar.
Wahai para editor, baca buku panduan menulis surat menyurat rasmi dan bisnes.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Sifu;
Jika sang editor (atau sesiapa sahaja) menulis surat atau e-mel dengan tulisan bergaris apakah pula maknanya?
Dia kata tuan bodoh, tak faham duduk perkara.
——-
Piawaian baru dalam surat-surat kerajaan mutakhir ini ialah bold dan underline.
Piawaian ini adalah ikut-ikutan dari sebuah kementerian (walaupun INTAN kata jika sudah bold jangan underline).
Sekarang fahamlah saya maknanya
Assalamualaikum Puan Sifu.
Puan, walaupun entri itu bukan ditujukan pada saya tetapi saya hanya mahu berkongsi rasa hati sekiranya saya menerima emel atau surat seperti entri di atas.
Hati saya pasti akan menjadi sangat terluka.
Hari ini sang editor itu memang berkuasa menentukan masa penerbitan buku itu. Tapi esok lusa, lupakah dia? Hidup ini bagaikan roda. Kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah. Hari ini kita menengking orang, mungkin esok lusa kita pula akan ditengking orang.
Hari ini kita mungkin orang atasan. Esok lusa, mungkin kita menjadi orang bawahan. Hari ini orang memerlukan kita. Tapi, esok lusa mungkin kita memerlukan orang lain. Persoalannya, sudikah orang menolong kita sekiranya perangai kita seperti sang editor itu?
Tidak salah merendah diri walaupun berkedudukan tinggi. Malah orang lebih suka.
Semoga semua penulis PTS tidak akan menerima emel/surat seperti itu. Amin…
Sdri Aini Murni;
Saya berpendapat lebih elok menerima e-mel sedemikian berbanding dengan langsung tidak terima e-mel.
Sekiranya (saya) langsung tidak menerima e-mel, pelbagai perasangka boleh timbul. Lebih baik menerima e-mel menengking berbanding dengan ‘tengking dalam diam’.
Editor diam tidak bagus. Editor tengking-tengking lebih tidak bagus. Baik pindah, cari penerbit yang lebih molek adabnya. Pilihlah PTS.
Assalamualaikum,
Puan Sifu yang dihormati,
Apabila penulis menghantar emel pertanyaan kepada editor, tetapi editor tidak membalas emel tersebut, apakah yang harus dilakukan lagi?
Terima kasih.
Menjaga hubungan adalah paling penting. Editor munkin belum mendapat jawapan, mungkin belum sempat menjawab…. Jadi tunggu dulu. Itu sebab selalu datang kursus, di mana di situ ada peluang bertemu muka dengan editor. Emel tidak dapat senyum!
Assalammualaikum,
Kalau dapat emel sebegitu memanglah trauma, siapa tidak? [Ramai mengatakan penulis adalah golongan sensitif, walau tiada data statistik dari penyelidikan tetapai kalau tidak sensitif macamana nak menjadi penulis yang peka
Tidak begitu Puan Sifu?]
“Seperti tikaman lawan ke rusuk pahlawan
begitulah lukaku kawan ...”
Kemudian apabila memikirkan kita juga adalah golongan profesional dan mereka juga profesional terhadap tugas yang diamanahkan. Jadi kita tarik nafas dalam-dalam dan memaafkan diri sendiri. Kalau seorang SN pun menerima layanan sebegitu, penulis ulat beluncas apatah lagi.
“Dan aku menjadi lebih gagah menggenggam darah
meneruskan langkah ...”
Kenalah berfikiran positif walau yang indah belum menjelma lagi.
Hehe. Kalau nota Puan Sifu yang dengan huruf tebal pada setiap komen pula bagaimana? Adakah sifu marah-marah dengan kami? :D
Mungkin sebab tidak hantar manuskrip lagi.
Post a comment