Surat Pilihan: Pensyarah Pandang Rendah Buku Melayu
Puan Sifu, assalamu’alaikum.
Ingin kongsi cerita: Selepas majlis membaca Yassin malam Jumaat di masjid malam tadi, saya sempat bertegur-sapa dengan seorang jemaah (pensyarah universiti, ada PhD). Secara kebetulan, baru saya hadiahkan kepadanya buku Travelog Haji karya Prof Kamil dua hari lalu.)
Ikuti dialog ringkas kami:
Saya: Sudah habis baca buku Travelog Haji?
PhD: Baru selak-selak… Siapa dia itu?
Saya: Kawan blogger, Profesor Accounting UiTM. Dia baru berpindah ke UiTM Segamat. Menjadi pengarah baru di sana… sekarang Dr buat apa?
PhD: Menulis program (komputer) untuk _<&^%$#>_ (projek aplikasi subjek kejuruteraan).
Saya: Tidak tulis bukukah?
PhD: Tidak ada masa... sibuk dengan program itu. Lagi pun buku-buku (Bahasa Inggeris) di pasaran dalam disiplin yang hendak ditulis itu sudah berlambak-lambak…
Saya: ooo.. ooo… hmmm… (melopong mendengarkan jawapannya...)
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya hadiahkan buku itu kepada ibu saya. Hendak mencari buku itu sangatlah payah di Melaka (masa itu bercuti), mujur jumpa di kedai Cina. Itu pun sudah tinggal senaskah.
Apa yang berlaku, apabila ibu saya menelefon atau saya menelefon ibu. Saya diberi nasihat pula, nasihat yang dipetik daripada buku Travelogue Haji. Meskipun ibu saya hanya membaca beberapa helai dalam sehari, tetapi beberapa helai itulah yang melekat dalam hati.
Jangankan saya, abang saya pun jadi sasaran nasihat-nasihat di ganggang telefon.
Dua hari lalu, saya kena lagi.
Terima Kasih Prof kerana menulis buku yang bukan sahaja mengikat malam memikat hati.
Prof PHD itu rasanya kena belajar menghargai dan menghayati pemberian orang.
Kasihan Prof ( sambil mengelengkan kepala)...
Post a comment