Monday, October 05, 2009

Surat: Isu Terjemahan dan Hak Moral Pengarang Asal

Puan Ainon,

Saya menerima pertanyaan yang saya salinkan di bawah ini. Sudi apalah kiranya Puan memberikan pandangan puan.  Terima kasih. ZAMRI MOHAMAD.
 
.......................
 
"Izinkan saya bercerita sedikit mengenai projek saya.

Saya berhasrat untuk menghasilkan sebuah buku translasi yang asalnya ditulis oleh Mdm Lillian Too.  Sebagai pakar Feng Shui, ramai yg tidak tahu beliau pernah menulis buku bagaimana utk menjadi jutawan berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

Buku tersebut pertama kali diterbitkan pada 1995, zaman di mana semangat keusahawanan belum lagi bersemarak seperti sekarang.

Di situlah idea saya timbul, untuk menterjemah buku tersebut ke dalam BM dan menambah nilai dengan memperlengkapkan lagi fakta dan idea dengan isu-isu semasa dan terkini.

Satu perkara yang ingin saya ketahui pada ketika ini adalah, dengan membeli hak terjemahan, adakah saya boleh meletakkan bahawa saya adalah penulis, atau penulis bersama? Atau setakat meletak 'title' sebagai penterjemah? (author, co-author or translator).

...........................

Tuan Zamri,

Ada 2 jenis 'hak' yakni (i) hakcipta, dan (ii) hak moral. Kita boleh, dan dapat, membeli hakcipta sesuatu karya tetapi tidak boleh membeli hak moral. Tuan boleh google 'moral right' bagi mengetahui lebih banyak berkenaan perkara ini.

Jika penterjemah mahu menokok-tambah isi kandungan buku itu, hal itu mestilah dilakukan dengan mendapatkan izin bertulis daripada pengarang buku asalnya. Ini isu hak moral. Dan pengarang mestilah bersetuju dengan bahan-bahan yang ditokok tambah itu.

Tentang status penterjemah, beliau bukan pengarang asal. Jika beliau hendak meletakkan namanya sebagai pengarang bersama, hal itu mesti dilakukan dengan persetujuan pengarang asal buku itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Saya Menghadiri Mesyuarat Penasihat Industri di USM Previous entry: Pertanyaan: Bukankah Menerbitkan Buku Sendiri Lebih Menguntungkan?

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: