Sunday, December 16, 2007

Surat Jawapan Kejam

assalamualaikum.
 
puan, saya merupakan graduan baru yg sedang mencari ruang pekerjaan. untuk pengetahuan saya bukan dari latarbelakang sastera/komunikasi atau yg berkaitan dengan penulisan/penterjemahan dll. namun saya mempunyai minat yang mendalam dalam dunia penulisan lantaran hobi saya yang gemar membaca sebarang bentuk bacaan seperti akhbar, majalah, novel dan sebagainya.
 
saya akui saya tidak punya banyak pengalaman dalam penulisan dengan menghantar karya-karya saya kemana-mana penerbitan. namun pengalaman di peringkat sekolah dan kampus sebagai sidang redaksi majalah. editor disamping menerbitkan buletin n majalah diperingkat berkenaan menjadikan saya berminat untuk menceburkan diri dalam kerjaya berkenaan. walaupun mempunyai beberapa koleksi cerpen dan puisi-puisi yang ditulis sejak zaman sekolah namun semuanya saya simpan untuk tatapan peribadi. hanya beberapa karya sahaja saya keluarkan bagi memuatkannya dalam buletin atau majalah yg saya kendalikan bersama kawan2 diperingkat itu.
 
dalam pada mencari-cari peluang kerjaya saya telah diberi peluang untuk menjadi penulis bebas kepada sebuah syarikat penerbitan majalah dan buku-buku agama. walaupun tiada pengalaman namun mereka bersungguh2 untuk membimbing saya sebaiknya.
 
bagaimanapun saya kurang pasti dengan kadar bayaran/payment/gaji yg akan diberikan. pernah saya bertanya mengenai hal itu namun mereka memberitahu untuk melihat hasil karya saya terlebih dahulu untuk dinilai.kiranya apa saya fahami bayaran yang diberikan adalah bergantung kepada hasil saya.
 
soalan saya...selalunya bagaimanakah kadar bayaran yang diberikan kepada penulis bebas ditentukan...adakah melalui royalti atau sagu hati? kalau berdasarkan royalti berapa peratuskah pembahagiannya..50-50 atau bagiamana?? jika melalui sagu hati tidakkah ada kerugian n ketidakadilan kelak andai satu-satu karya itu samada mendapat kerugian atau keuntungan??
 
saya berharap agar puan dapat menjelaskannya sebaik dan sejelas mungkin kerana saya bimbang saya akan ditipu mahupun ditindas disebabkan status saya yang baru dan tidak tahu selok belok mengenainya.
 
sekian, terima kasih.
 
.......................
 
 
Alaikumussalam!

Apa juga bayaran adalah tertakluk pada kualiti kerja. Daripada surat yang saudara tulis, terbukti kualiti kerja saudara tidak lulus untuk menjadi penulis, apatah lagi editor.  Saudara mempunyai bakat, tetapi bakat sahaja tidak cukup.

Sistem tanda bacaan saudara buruk sekali. Begitu juga sistem ejaan saudara. Saudara rupa-rupanya tidak tahu bahawa ayat mesti dimulakan dengan huruf besar! Ini amat mengejutkan saya. Budak sekolah rendah pun sudah diajar perkara itu. Bagaimana pula seorang graduan tidak tahu sistem ejaan dan tanda bacaan yang betul.

Baiki kepakaran saudara sebelum bercakap tentang duit yang layak saudara terima daripada penerbit.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bahasa
(22) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Teori Sastera Islami Ciptaan Mohd. Affandi Hassan Previous entry: Mahu Membuka Tadika Sendiri
 on  12/16  at  05:04 AM

Assalamu’alaikum!

Puan Sifu, saya ingin bertanya satu soalan. Mengapakah setiap kali sifu memberi atau menjawab salam (secara bertulis) ada tanda seruan?

Tulisan ‘Assalamu’alaikum!’ saya yang di atas adalah mengikut jejak langkah Sifu smile.

Terima kasih.

MKI  on  12/16  at  06:36 AM

Assalamu’alaikum,

Ia memang satu jawapan yang kejam. Jawapan yang boleh menyebabkan beliau terkedu.

Realitinya tidak begitu. Tajuk entri itu sendiri sudah menghapuskan sifat kejam tersebut. Ia adalah jawapan tulus tetapi terpaksa dinyatakan secara sukar.

Saya sangat bersetuju tentang soal ganjaran. Ketika menulis di Utusan Malaysia, Berita Harian dan Utusan Sarawak, saya selalu nyatakan melalui surat iringan: Semoga sumbangan saya ini dapat memberi manfaat kepada khalayak pembaca UM/BH/US....

Dan mereka tidak pernah lupa membayar sesen dua yang bermakna,

 on  12/16  at  06:51 AM

Tuan Noorminshah,

(Ah! Nama “Noorminshah” ini neutral. Dalam Bahasa Melayu Tinggi, “tuan” adalah kata panggilan hormat yang betul bagi lelaki dan perempuan, seperti pada “tuanku”, “tuan puteri” dan “tuan hamba”.)

Saya menggunakan simbol (!) kerana sawaktu saya taip “Asalamualaikum” ataupun “Alaikumussalam”, hati saya membunyikan kata salam itu, dan saya berdoa bagi orang yang suratnya saya sedang jawab.

Panaharjuna  on  12/16  at  08:36 AM

Surat balasan ini memang kejam. Tetapi istilah ‘keras’ saya fikir lebih tepat buat si pengirim surat.

Puan,
nampaknya, hurf-huruf di dalam warkah itu semuanya sudah di bold.

Puan marahkah kepada graduan itu?

 on  12/16  at  08:43 AM

Salam kepada semua..

Memberi jawapan yang “kejam” kadangkala terpaksa dilakukan. Inilah yang dilakukan oleh saya sendiri baru-baru ini walaupun mungkin saya akan kehilangan seorang pelanggan. 

Ceritanya begini…
Kedai buku saya menyediakan khidmat percetakan digital. Ada seorang pemuda yang saya percaya sedang mencari pekerjaan datang ke kedai saya untuk mencetak resume. Jawatan yang dipohonnya ialah jawatan jurutera di salah sebuah anak syarikat Petronas di Kertih.

Sekali imbas, apabila saya perhatikan resume nya, saya rasa ianya amat teruk dan mesti diubah. Hanya separuh muka surat!

Saya memulakan pertanyaan saya dengan bahasa yang saya rasa bersopan, “ Nak minta kerja ke dik?”.
“Hmmm..”, itu jawapannya.
Mengikut resume yang saya ‘imbas’ sepintas lalu, beliau adalah graduan dari salah sebuah universiti di Johor.

“Pakcik rasa resume adik ni kena ubah sedikit. Terlalu ringkas. Nanti syarikat tu nak panggil interview pun susah”, kata saya.

Dia merenung tajam ke muka saya, seolah-olah marah.
Dengan suara agak tegas dia berkata,"Tak apalah pakcik. Pakcik print aje.Dapat tak dapat itu saya punya hal!”.

Alamak! Inilah jawapan yang diberikan oleh bekas graduan bakal jurutera kita.Dia menambah,"Orang kedai buku tak tahu kerja engineer.Ini dunia lain, pakcik!”.

Saya hanya tersengih ketika menghulurkan resume yang sudah dicetak kepadanya.
“Berapa?”, dia bertanya.
“Tak payah bayar. Sekali ni pakcik beri percuma. Adik bertuah kalau dapat kerja ni!”.
Dia tidak berkata apa-apa dan terus meninggalkan kedai.
Mungkin dia tidak tahu “penjual buku” ini pernah menemuduga puluhan calun jurutera sebelum ini…

Saifuddin Awang.

Tengku Asmadi  on  12/16  at  09:39 AM

Assalamualaikum,

Tuan Saifuddin, kalau beginilah mentaliti graduan melayu kita maka wajarlah ramai diantara mereka yang menganggur selama ini. 

Sedihnya rasa ..

Yang bodoh tidak boleh diajar, yang pandai tidak boleh ditegur.

 on  12/16  at  10:16 AM

En Saifuddin,
Terima kasih kerana berkongsi cerita ini.Memang banyak yang dapat disimpulkan berdasarkan cerita itu.
1.Seperti yang Sdr Tg Asamadi katakan.
2.Tiada keseimbangan antara IQ,SQ dan EQ
3.Pemikiran yang telah dibentuk oleh masyarakat dan sistem pendidikan kebangsaan.

Saya ada menyentuh tentang ini dalam buku pertama saya yangs sedang dalam proses.Insya Allah ianya bermanfaat untuk dikongsikan dan berguna kepada minda masyarakat Malaysia amnya.

Salam

Mr April

 on  12/16  at  10:45 AM

Sifu dan rakan-rakan sekuliah,
Saya mempunyai pertanyaan yang sudah lama ingin ditanya. Kebetulan sesuai dengan kuliah ini.Saya rasa tepat untuk saya bertanyakan.

Petikan daripada surat tersebut.
“...diberi peluang untuk menjadi penulis bebas kepada sebuah syarikat penerbitan majalah dan buku-buku agama.”

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENULIS BEBAS KEPADA SEBUAH SYARIKAT?
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENULIS BEBAS?
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENULIS PROFESIONAL?
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENULIS SEPENUH MASA/SAMBILAN?
KALAU SESEORANG ITU MENULIS BUKU,ARTIKEL DAN SEUMPAMA DENGANNYA DENGAN BANYAK SYARIKAT.APAKAH PANGGILAN YANGSESUAI UNTUKNYA?

Maaf saya bertanya soalan ini kerana saya belum tahu tentang status atau “jawatan” seorang penulis. Banyak kali juga saya membelek-belek nota kuliah lama tetap saya belum dapat jawapan yang benar-benar saya fahami.

Mohon Puan Sifu dan rakan-rakan membantu.
Sekia. Terima kasih

Mr April

 on  12/16  at  02:06 PM

Salam sejahtera saudara sekuliah,

“Bahasa melambangkan bangsa”. Walaupun bukan bahasa yang menentukan nasib sesuatu bangsa, tetapi penilaian tentang nasib bangsa itu dapat dikesan daripada gaya bahasa masyarakatnya.

Betulkah begitu? Mungkin…

Sekian,
Azila

 on  12/16  at  08:07 PM

Assalamualaikum,
Barangkali juga pada anggapannya pekerjaan seorang jurutera itu sendiri terlalu tinggi tarafnya.(Hanya orang yang ‘tertentu’ sahaja yang dapat ‘status’ tersebut).Kebiasaannya orang beginilah yang “lebih sudu dari kuah” sikap dan perilakunya.Padahal realiti sebenarnya ramai juga jurutera di luar sana yang pandai menghormati pandangan orang lain terutamanya yang lebih tua. Maklumlah dah banyak makan garam,betul tak Tuan Saifudin?

SifuPTS  on  12/16  at  08:09 PM

Tuan Saifuddin Awang,

Saya geleng kepala membaca kisah jurutera itu. Kasihan pun ada.

Macam mana kita hendak memandaikan budak-budak macam si jurutera itu dalam urusan menulis resume....

Tuan Mr. April,

Saya pun baru sekali ini tahu kononnya ada jawatan sebagai penulis bebas! Apalah agaknya tugas dan tanggungjawab pemegang jawatan itu.

Tuan Panaharjuna,

Ya betul. Tuan pandai meneka. Saya menulis itu dengan emosi marah.

 on  12/17  at  08:34 AM

Tuan/Puan jumie (maaf, tidak dapat agak...)

Masyarakat kita masih menganggap jurutera sebagai satu kelas yang lebih tinggi dari pekerjaan-pekerjaan yang lain.

Ini satu cerita lagi dari saya...tetapi ribuan ampun maaf jika cerita ini dianggap seperti “masuk lif tekan sendiri”.

Saya sekarang ini sudah hampir 2 tahun setengah mengusahakan sebuah kedai buku “indie” (memetik kata-kata Puan Sifu) di Kemaman, Terengganu. Sebelum itu saya bertugas selama 15 tahun sebagai Jurutera Industri dan Production Manager di salah sebuah syarikat percetakan antarabangsa di Johor Bahru. Panjang ceritanya kalau saya beritahu kenapa saya bertukar kerja dari bidang pengurusan kepada bidang retails (jual buku dan alat tulis...).

Pada tahun pertama (2006), pelanggan saya tidak ramai. Untuk dapatkan jualan dari pihak sekolah, banyak masalah terutama apabila kita cuba berniaga secara “bebas rasuah”.

Pada tahun kedua (2007), Alhamdulillah perniagaan saya bertambah baik dimana jualannya bertambah sebanyak 67% berbanding dengan tahun 2006.

Tentulah banyak faktor yang menyumbang dengan pertambahan jualan ini, tetapi saya percaya salah satu faktor lain adalah kerana saya “mengisytiharkan” kepada pelanggan dan bakal pelanggan saya bahawa saya adalah “bekas seorang jurutera” atau “bekas seorang pengurus pengeluaran”. Macam mana caranya?. Melalui kad perniagaan saya. Untuk kad perniagaan baru saya, saya tulis “B.Sc. in Engineering” di bawah nama saya.

Pegawai-pegawai pejabat kerajaan yang dahulunya tidak membuka mata kepada saya sekurang-kurangnya membuka sebelah mata sekarang. Begitu juga dengan syarikat-syarikat swasta yang ada di sini. Suka tak suka, saya terpaksa berbuat demikian supaya “cakap saya lebih laku” dan pastinya buku-buku saya termasuk buku PTS lebih laku.

Alhamdulillah, apabila mereka sudah biasa berurusan dengan saya, maka yang lain lebih mudah. Mungkin mereka tidak pernah jumpa seorang “bekas jurutera” menjadi “penjual buku” di Terengganu ini. Tetapi inilah realiti hidup.

Saifuddin Awang.
Prima MS Enterprise / Pustaka Munirah.
Kemaman.

Panaharjuna  on  12/17  at  09:36 AM

Tuan Saifuddin,

Pada hemat saya, kaedah yang tuan gunakan itu bukannya hendak ‘lebih kuah dari sudu’, itu adalah salah satu strategi perniagaan bagus. Syabas!

 on  12/17  at  11:45 AM

En Saifudin,
Memang begitu mentaliti sebahagian besar masyarakat kita.

 on  12/17  at  12:27 PM

Tuan Saifudin,
Kalau begitu tiap kali saya ke Kemaman nanti, saya akan singgah di situ dan tak lupa akan memperkenalkan diri.(Jangan terkial-kial pula nak ingat nama saya ni smile

Satu lagi info saya dapat dari kawan-kawan yang interview pekerja.Tidak kisah untuk jawatan apa sekalipun,yang tidak berkaitan dengan kejuruteraan pun, sekiranya seseorang tu ada B.Sc in Engineering;prioriti lebih diberi kepada mereka.Ringkasnya:
1.Mereka boleh buat
2.Degree Engineering sebagai batu loncatan-bahasa mudahnya,kalau Kursus Engineering boleh lulus,buat kerja lain pun memang boleh.Wallahualam.

Fable Fox  on  12/17  at  02:46 PM

Satu cerita menarik.

Quote “Sedihnya rasa ..

Yang bodoh tidak boleh diajar, yang pandai tidak boleh ditegur.”

Yang ingin belajar dihalang dan diberikan ajaran sesat. Teringat cerita tentang seorang

pensyarah universiti bercakap tentang ‘cap’ iaitu topi sudu dan songkok. Saya tak sangka itu

adalah ‘sign of things to come’. Maaf cakap, dari 10 pensyarah yang saya jumpa, hanya 2 yang

boleh direspek.

Tengok isu senarai 200 baru-baru ini pun dah boleh agak. Teringat cakap seorang mat saleh

dalam tv yang pernah bekerja dan mengajar di universiti tempatan (saya setuju bukan sebab

dia mat saleh, tetapi sebab dia betul). Dia cakap lebih kurang macam ini.

“univerisi tempatan tidak perlukan lebih wang, mereka perlukan perubahan mentaliti...”

Sedih juga ramai yang sanggup bergolok bergadai diberikan sampah.

Pelajar pergi ke universiti untuk belajar. Kalau mereka jadi begitu - apa yang telah

diajarkan kepada mereka? Hmmm....

Kita kena tengok kepada probability. Kalau 20% tidak dapat kerja, kita boleh katakan mereka

Malas. Kalau majoriti, itu salah sistem.

Dulu ingat nak tulis jibunsyi tentang pengalaman belajar di uni, tapi sekarang sudah dibatalkan.

PS - ROTTW Convention - Jumpa anda disana grin
(Harap-harap ada masa dan wang untuk pergi)

 on  12/17  at  02:55 PM

Quote
“1.Mereka boleh buat
2.Degree Engineering sebagai batu loncatan-bahasa mudahnya,kalau Kursus Engineering boleh lulus,buat kerja lain pun memang boleh.Wallahualam.”

Ada benarnya. Sebab itu gaji permulaan juga tinggi. Engineering boleh dikatakan setaraf doktor. Sebab itu sejak filem P.Ramlee kita boleh lihat penarafannya.

“Doktor? Engineer ? Lawyer?”

Sepatutnya sains komputer diletakkan setaraf (namanya juga sains) - tetapi disebabkan sikap sambil lewa pihak tertentu, ia gagal.

Yang paling sedih ialah kursus animasi. Belajar susah-susah, gaji ciput. Sebab orang anggap, ‘oh, lukis kartun......’. Sebab itu ramai yang lari dan masuk industri lain (termasuklah saya). Kerja yang untuk mahir adalah rocket science dan susah cari kerja di Malaysia (dan kalau dapat, low pay kecuali syarikat antarabangsa) ialah game development.

Bercakap tentang animasi dan gaji, tidak hairanlah ada syarikat yang kena tutup kedai bila ada company buka di Singapura. Beza gaji seperti langit dengan bumi, semua animator lari.

Hmm… bilalah nak ada undang-undang gaji minimum…

Zamri Mohamad  on  12/18  at  07:42 AM

Tuan April,

Saya kira mana-mana penerbitan tidak boleh menyebut bahawa adanya jawatan penulis bebas. Secara peribadi, penulis bebas adalah ruang kerjaya yang dibentuk oleh individu itu sendiri. Bukan mana-mana organisasi suka hati membuka tawaran jawatan kosong, “Penulis Bebas bagi agensi B&B;.”

Beliau bebas berkarya dengan persetujuan tidak ada bahan penulisan yang dikirim akan menyebabkan kerugian kedua-dua pihak.

Kalau sudah hantar artikel ke majalah A, tunggulah sebulan dan kitar semula dengan wajah dan susunan baru sebelum hantar ke majalah B.

Di Barat penulis bebas ada kategorinya. Mereka meletakkan diri mereka sebagai Penulis Komersial atau Penulis Profesional juga.

Ia fokus kepada penulisan bahan-bahan bisnes seperti risalah, ayat poster, laman web dan artikel yang menguntungkan satu pihak.

Sebagai contoh, jika Tuan April diminta oleh satu pihak jualan langsung menulis mengenai produk mereka dalam bentuk rencana pendidikan (tanpa menyebut syarikat itu) maka saudara juga dikira penulis komersial/profesional.

Salah seorang yang saya tulis dalam buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas ialah cerita Lee Beadling, beliau bukan pakar perubatan, tetapi menulis di majalah bagi tujuan survival isteri dan anak).

Hanya melalui bahan bacaan peribadi dan di perpustakaan, beliau banyak menulis bagi majalah perubatan Ortophedic Today, sedangkan beliau bukan doktor atau lulusan bidang itu.

Kekuatan penulisan beliau menjadikan para doktor meminta beliau menyemak bahan teks kertas kerja mereka dan teks ucapan yang disediakan. Saya kira, Lee Beadling juga dianggap penulis komersial.

Penulis bebas, penulis komersial, penulis profesional adalah kelompok yang sama tetapi fokus kategori penulisan yang berbeza mengikut kecenderungan masing-masing. Meskipun kita ada jawatan tetap, ‘jawatan’ penulis bebas masih boleh dijawat sendiri pada bila-bila masa.

Cuma ‘jawatan’ ini memang perlukan orang seronok dengan menulis, tidak mudah kata “Ah! bosanlah” apabila berhadapan dengan cabaran. Paling mencabar sedia berhadapan dengan persepsi masyarakat, “Jadi penulis? Boleh hidupkah?”

Penulis bebas ini dilihat sebagai kuasa neutral yang boleh memujuk pembaca. Ia menjadi orang tengah bercerita bagi satu pihak kepada pihak lain.

 on  12/18  at  10:41 AM

Buat Sdr Zamri Mohamad,
Jutaan terima aksih kerana menjawab dan memberikan saya maklumat tersebut. Amat saya hargai dan memberi pengetahuan baru kepada saya.

Sdr Zamri,
Jika tidak keberatan boleh tak emelkan kepada saya artikel-artikel tulisan saudara yang diadaptasi dari buku John C Maxwell.
Emel saya ialah

Jasa baik sdr amat saya hargai.

abdfatah  on  12/27  at  09:27 PM

wahahahaa… memang kejam betul dengan kemalasan untuk menaip huruf besar itu. jika sedemikian rupanya kekejamam jawapan itu. memang semua orang takkan layak untuk menulis. memang kena belajar dengan lebih tekun lagi termasuk saya…

Mohd Firdaus  on  12/30  at  09:11 PM

Semua orang boleh jadi jutawan kalau percaya yakin

Robotys  on  02/11  at  01:46 PM

Oh, kejam!
Namun kejam yang bertempat tidaklah zalim rasanya. Cuma terkesan dihati penerima. Lebih elok begitu daripada masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tiada satu pun melekat diingatan.

Tentang taraf jurutera pula, sesungguhnya belajar subjek jurutera ini lebih mudah daripada sastera. Ianya fakta yang konkrit. Segala cara-cara penyelesaian sudah ada. Faham dan ingat cara-cara penyelesaian tersebut adalah taktik utama untuk lulus dengan cemerlang. smile

Satu-satunya persamaan antara bidang sastera dan kejuruteraan adalah kreativiti. Jurutera perlukan kreativiti dalam menyelesaikan masalah, sastera perlukan kreativiti dalam berinovasi. Kita serupa!

ps: Jika Tuan Saifudin menulis buku tentang “Seni Mencari Kerja bagi Graduan Kejuruteraan” , pasti saya antara pelanggan pertamanya!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: