Sunday, February 17, 2008

Surat: Komplen Tentang Kualiti Editing DBP


Assalamualaikum Puan Sifu yang dihormati, semoga puan sekeluarga dirahmati Allah hendaknya.
 
Di sini saya ingin memohon pandangan puan tentang novel saya yang telah diterbitkan oleh DBP. Novel tersebut dicetak kerana memenangi hadiah saguhati di dalam sayembara penulisan yang diadakan tidak lama dulu. Novel itu termasuk dalam senarai TERPAKSA dicetak kerana saya adalah penulis yang tidak ada
nama di persada penulisan tanah air.
 
Hasilnya amat mengecewakan. Banyak kesilapan ejaan yang memalukan. Terdapat beberapa bahagian yang tertinggal menjadikan cerita seperti lawak bodoh yang tidak perlu ditertawakan.
 
Sering kali saya berfikir, malunya sekiranya kawan-kawan saya membaca cerita yang berselerak dengan kesilapan ejaan. Seperti penulisnya bukan saya! Apa boleh saya buat? Mohon pandangan puan. Sekian, terima kasih.
 
(Nota Sifu: Nama pengirim surat ini dirahsiakan.) 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • DBP
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Ceramah Harta Intelek Sebagai Pusaka untuk Penulis PTS Previous entry: Sidang Akhbar Promosi Buku dan Penulis
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/19  at  05:00 PM

Bagi saya,

Tukar nama pena saudara,
anggapkan novel itu tidak wujud,
Menulis lagi.

 

 

 

Tapi kali ini, menulis dibawah lembayung PTS!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/19  at  07:49 PM

Apa nak jadi dengan DBP? Tengah merajukkah atau sudah patah semangat?

Bukan mudah nak jadi pejuang. DBP kena bermula semula dari bawah.

Atau pun perlu dipecah-pecahkan kepada bahagian atau jabatan yang lebih kecil supaya senang nak diuruskan.

Apa nak jadi
Sampai sekarang problem lagi
Apa nak jadi
Apa nak jadi…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/19  at  11:43 PM

Puan, mengapa terlalu banyak kesalahan ejaan dalam buku Ahmadinejad? Saya terpaksa mencontengnya sendiri dengan pen. Saya lagi selesa membaca Ayat2 Cinta.

mka  on  02/19  at  11:50 PM

Salam puan,
Saya rasa setiap buku yang hendak diterbitkan, ada pruf terakhir daripada penulis sebelum dicetak. Manakala secara etikanya, penulis tidak wajar menghebahkan segala kesilapan@keburukan dalam buku kepada penerbit lain. Malah sekiranya ada kesilapan ejaan, itu bermula daripada kesilapan penulis itu sendiri, dan editor terlepas pandang. Sebaik-baiknya penulis menggunakan saluran yang ada untuk menyatakan rasa tidak puas hati bagi buku yang diterbitkan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/20  at  12:38 PM

kalau dah penulis sendiri nahunya hancur, tak perlu salahkan editor atau pun dbp. baru nak jadi penulis dah nak jadi bangau. memang patut pun tak menang!

...............

Nota Sifu: Tuan “Nama Pena”, sila gunakan sistem tanda bacaan dan sistem ejaan yang betul (ikut pedoman DBP) apabila menulis di universiti ini.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: