Surat Komplen yang “Betul”
Assalamualaikum Puan Sifu Ainon, semoga Puan sentiasa dilimpahi keberkatan.
Saya telah pun menerima 11 naskah buku Panduan Mengurus Makmal ICT Sekolah tempoh hari. Sebahagian daripada buku tersebut saya telah serahkan kepada rakan saya Iszamli Jailani.
Saya juga telah menyerahkan dua naskah buku tersebut sebagai cenderamata kepada Ketua Unit KUTV iaitu unit yang bertanggungjawab terhadap pengurusan Makmal ICT di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor dengan harapan dapat dipanjangkan ke Pejabat Pelajaran Negeri sebagai promosi.
Setelah menatap buku tersebut, pada keseluruhannya saya berpuas hati. Cuma saya agak terkilan sedikit kerana pada muka surat jodol terdapat kesilapan menulis nama saya.
Saya mencadangkan pada masa akan datang berikan keseluruhan pruf manuskirp tersebut untuk disemak oleh penulis termasuk kulit buku, muka surat jodol dan juga isi kandungan bukan hanya isinya sahaja. Jadi kalau ada kesilapan pada bahagian-bahagian tersebut dapat diperbetulkan. Saya menjadi bahan tertawa rakan-rakan apabila menyedari nama saya berlainan pada muka surat jodol. (Bunyi lain, makna pun lain!)
Walau bagaimanapun, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada editor-editor yang bertungkus-lumus bagi melahirkan buku itu. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
MUHAMAD SURUR DASUKI.
....................................
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam,
Mengikut kata Puan dahulu, kita tidak akan menang jika cuba mengalahkan orang lain.
Dalam kes ini, bolehlah dijelaskan yang kita tidak boleh membetulkan sesuatu kesalahan dengan menyalahkan orang lain.
Terus sahaja kita memberi pembetulan. Bukan mencari kesalahan.
Encik Surur tidak menyalahkan sesiapa, tetapi Encik Surur terus sahaja memberi cadangan yang bernas. Saya pun kagum. Kayu tidak patah, tanah pun tidak lekuk.
Terima kasih.
Post a comment