Tuesday, May 25, 2010

Surat: Label ‘Jualan Gudang’

Assalamualaikum wbt, Puan yang dihormati dan dirahmati Allah. Didoakan agar Puan berada dalam keadaan sihat dan diberikan rahmat Allah.

Mohon bertanya berdasarkan pengumuman jualan gudang di FB PTS, adakah PTS secara rasmi menggunakan perkataan jualan gudang bagi jualan clearance stok. Secara peribadi, perkataan jualan gudang itu memberi kesan yang tidak positif sifatnya. Kerana perkataan gudang sinonim dengan lelong dalam jualan buku penerbit.

Jika dapat dicadangkan perkataan gudang itu ditukar kepada 'tema' lain.

Isu buku tidak laju dalam jualan sehingga mengambil ruang stor juga dialami oleh produk konsumer lain. Kes terhampir yang menjadi rujukan saya adalah BMW Malaysia.

Pada tahun 2008 BMW berhadapan dengan 88 unit jualan kereta mewah yang tidak dapat dijual, tinggalan model tahun sebelum itu. Berhadapan dengan situasi kereta yang tidak keluar dari simpanan mereka dan dikategorikan sebagai kereta tidak laku, ditambah lagi ia sudah disifatkan kereta lama, BMW melakukan sesuatu bagi menjaga jenama bisnes mereka. Kemudian apa yang dilakukan adalah merendahkan faedah pinjaman dan dihantar sebelum tahun Baru Cina.

Kesan daripada kempen jualan penghabisan stok dengan memberi nama dan tema baru, mereka berjaya menjual kesemua kereta tersebut lima kali ganda tinggi berdasarkan perbandingan jualan normal dan jualan dalam kempen 'jualan gudang' mereka. Ini terbukti dengan 88 buah kereta dijual dalam tempoh seminggu.

Mereka mencipta tema bagi mengubah persepsi, menurunkan harga dan membuat pengumuman agresif. Inilah situasi yang sama dilalui PTS ketika ini melalui jualan gudang.

Berdasarkan rujukan ini, ingin saya mencadangkan PTS ke arah penjenamaan penerbitan berstatus korporat pada masa akan datang menjenamakan semula kempen jualan gudang mereka sebagai menjaga nilai nama PTS dan memberi momentum yang baik kepada penulis-penulis dalam apa jua situasi jualan buku yang dihadapi.

Ia memberi keseronokan kepada pembeli, tetapi kesan jangka panjang pada persepsi juga perlu dilihat dengan penggunaan perkataan jualan gudang. PTS dapat menggunakan tema 'jualan pertengahan tahun' atau pun 'cuti sekolah' selain daripada jualan gudang (lelong). Sekadar menyampaikan sudut pandang. Terima kasih.

ZM.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nama Tradisional Laku Keras Previous entry: Judul Buku Masuk Gudang PTS Minggu Ini
Hairul Faizal  on  05/25  at  12:42 PM

Jualan gudang PTS boleh dijenamakan dengan Pesta Buku PTS. Amat sesuai sekali jika Pesta Buku PTS diadakan serentak dengan gerakan .(JavaScript must be enabled to view this email address). Jika bersempena dengan cuti sekolah, banyak pakej istimewa dapat ditawarkan. Sebagai contoh, pakej keluarga. Komik-M dipakejkan bersama-sama dengan buku-buku dewasa atau sebagainya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/27  at  06:46 AM

Istilah yang tetap sama maknanya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.