Sunday, May 23, 2010

Surat: Mahu Jadi Penerbit Buku Sendiri

Assalamu'alaikum, Pn Ainon.

Semenjak dari zaman sekolah saya baca buku-buku yang ditulis oleh Pn Ainon. Sebahagian besar buku puan dah masuk koleksi saya. Saya dah letih baca buku. Saya nak jadi penulis dan penerbit buku pula. Saya baru menyiapkan sebuah buku akademik berkaitan analisis data penyelidikan pendidikan.

Saya nak cari syarikat yang boleh cetak buku ni. Harap puan tolong anak murid ini cadangkan syarikat percetakan yang terbaik untuk saya cetak buku ni. Maklumat buku ini seperti berikut:

Tajuk: Analisis Data Penyelidikan
Saiz: B5 (7" X 10")
Bil m/surat: 178
Kulit: 4 warna
Kuantiti: 1000 buah

Tolong, ya puan...

MYI

.....................

Alaikumussalam warahmatullah.
Didoakan tuan dilindungi Allah daripada kesusahan dan kesedihan. Amin. Terima kasih kerana membaca buku-buku saya. Saya anggap tuan anak murid saya dalam bisnes penerbitan buku. Maka saya catitkan perkara-perkara di bawah:

1. Terbitkan buku itu dalam betuk POD (publishing on demand) sahaja. Pergi ke kedai DOCUPLAN, dan cetak di sana.

2. Cetak 10 naskhah dulu, apabila laku, cetak lagi.

3. Mengapa saya nasihatkan begitu adalah disebabkan kedai-kedai buku tidak mahu judul buku yang seperti itu.  (Hendak membuka akaun sebagai pembekal kepada kedai buku adalah satu kisah lain yang bukan mudah.)

4. Kedai buku universiti pun tidak ambil lebih dari 5 naskhah sahaja.

Puan Ainon.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Pengaruh Kesan Familiariti ke atas Jualan Produk Konsumer Previous entry: Duta PTS AinMaisarah Membolehkan Komik-M Masuk Sekolah

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.