Surat: Mengapa Jualan Gudang Diadakan Awal Tahun
Assalammualaikum, Puan. Semoga puan sihat sejahtera dan senantiasa dilimpahi oleh rahmat-Nya.
Penyebab utama berlakunya jualan gudang adalah jika diperhatikan kebanyakkan penerbit akan melangsungkan jualan gudang mereka sebelum berakhirnya bulan MAC tiap-tiap tahun. Bulan MAC merupakan bulan yang kritikal bagi mereka yang mana ianya adalah penghujung untuk pengiraan akaun untung rugi bagi kebanyakkan penerbit dan juga tidak ketinggalan rangkaian kedai buku seperti MPH dan juga POPULAR.
Melalui jualan gudang ‘terdesak’ ini jugalah merupakan langkah dan pilihan terakhir untuk para penerbit ini untuk melonjakkan nilai jualan atau dengan kata lain bagi mencapai target yang telah ditetapkan untuk tahunan tersebut. Jika tiada target yang dikejar ataupun target jualan yang dibuat, percayalah sindrom jualan gudang ini tidak akan berlaku.
MPH sedang merangka untuk membuat jualannya pada penghujung bulan MAC ini begitu juga POPULAR yang sudah memulakan jualan murahnya sedikit demi sedikit dan akan secara besar-besaran penghujung MAC ini juga.
Para penerbit besar seperti Karangkraf, DBP dan sebagainya terpaksa melakukan jualan gudang ini bagi menutup kekurangan jualan mereka, sama ada untuk mengejar target jualan ataupun untuk menunjukkan nilai jualan meningkat dari segi per sen(%). Para penerbit harus melakukan itu semua kerana kelak apabila laporan tahunan dikeluarkan seakan mereka mencapai target ataupun jualan mereka meningkat berbanding tahun sebelumnya.
Jika laporan kewangan dan jualan hanya dibaca oleh mereka sendiri, perkara ini tidak akan berlaku, namun untuk dipertontonkan kepada pemegang saham ataupun untuk diwar-warkan kepada umum, langkah ini akan diambil.
Pada pemerhatian saya, paskal 2009-2010 lebih banyak penerbit dan pekedai melakukan jualan gudang berbanding paskal 2008-2009. Kesimpulannya, boleh digambarkan pasaran buku untuk penerbit-penerbit ini adalah lembab dan kurang memberangsangkan.
Mohd. Nor Ikhram Hanafiah
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment