Surat Motivasi dari Kaherah
Assalamualaikum w.r.b.
Didoakan Puan Ainon berada di dalam keadaan selamat hendaknya. Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai menjalani peperiksaan semester keenam. Ini bermakna ada lagi dua semester yang berbaki. Harapnya nanti, ada ruang dan peluang untuk membantu warga industri buku di Malaysia selepas ini.
Puan Ainon yang dikasihi,
Kenaikan harga minyak semestinya memberikan kesan yang mendalam kepada sektor buku. Walaupun demikian, saya yakin dan percaya bahawa sektor buku Melayu PTS semakin dicari-cari oleh pembaca.
Pertama, kerana PTS belajar daripada kajian. PTS melakukan sesuatu kerana faham tuntutan 'rakyat'. PTS bukan dipimpin oleh warga yang buta perniagaan dan pengurusan.
Malah kewujudan pelbagai anak syarikat seperti PTS Islamika, PTS One, PTS Millinea, PTS Litera, dan bermacam-macam lagi menjadikan semakin hari orang membaca buku-buku PTS.
Ini sesuatu perkembangan yang positif. Jika ini yang PTS fikirkan, saya yakin dan percaya orang membeli buku kerana penerbit. Bukan membeli kerana harganya.
Tahniah. Penyelidikan yang dijalankan ini seharusnya banyak memberi ruang dan peluang untuk PTS bergerak maju selepas ini. Barangkali mahasiswa di Mesir pun sudah dahagakan buku-buku PTS. Apatah lagi, apabila penulis top PTS digilai oleh mahasiswa di Mesir.
Siapa penulis itu? Tentunya Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang. Jika Puan Ainon menjualnya di Mesir saya pasti buku tersebut 'laku keras'. Ini fakta saya. Dan, hasil pemerhatian saya. Benar, orang membeli kerana penulis dan penerbit. Dua-dua memainkan peranan utama. Jika ada salah satu yang canggung, pembaca pun kurang selesa.
Puan Ainon yang dedikasi dalam memimpin,
Barangkali sukar juga menetapkan tarikh untuk kedatangan Puan ke Mesir. Bagi saya, saya membuka ruang kepada Puan untuk menetapkan tarikhnya. Jika bersesuaian boleh sahaja diusahakan.
Kedua, jika tidak ada rezeki tahun ini pun, saya kira kita boleh fikirkan pada masa-masa mendatang. Insya-Allah, ada ruang dan peluang untuk kita bekerjasama. Apapun, saya menyerahkan kepada Puan.
Terima kasih banyak-banyak. Wassalam.
Syafiq Zulakifli
http://typeace.blogspot.com
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Puan SifuPTS,
Kalau ke Kaherah, jangan lupa transit di Dubai.
Sekian.
................
NOTA SifuPTS:
Tuan Fudzail, insyaAllah. Terima kasih banyak-banyak atas undangan!
Minyak dan Air mustahil bercampur. Sekarang minyak dan air merupakan dua isu yang saling berkaitan.
Ah, enggan saya ulaskan di sini dengan lebih lanjut. Bagi pemerhati politik, pasti faham apa yang saya maksudkan. Bijak-bijak… dan sebab itu saya semakin tidak menyukai politik kepartian.
Air Dilawan Dengan Minyak… Bijak-bijak.. politik sungguh kotor…
Post a comment