Friday, May 21, 2010

Surat: Nama-Nama Watak dalam Novel PTS

Assalamualaikum Puan Ainon,

Saya menulis surat ini sekadar memberi pandangan dan mungkin juga teguran membina berkaitan dengan nama-nama watak di dalam novel terbitan PTS. Teguran ini berasaskan peristiwa di zaman Nabi Muhammad SAW. Pernah seorang sahabat nabi bernama Abu Khail (ertinya 'bapa kuda') lalu nabi ubah namanya kepada Abu Khair ('bapa kebaikan'). Nabi amat sensitif kepada nama sahabatnya, kerana ia suatu doa.

Malah saidina Umar pernah ditanya apakah tanggungjawab bapa kepada anak, lalu umar menjawab, ada 3: Pertama: memilih ibu yang baik. Kedua: memilih nama yang baik. Ketiga: mengajarkan ilmu al-Quran. Kesimpulan, saya syorkan agar penerbit menjadikan nama-nama watak di dalam novel itu membawa maksud Islam yang segar, kerana nama adalah simbol dan signifikan bagi seorang muslim. Biarlah -watak itu membawa imej Islam dari segi namanya dan perwatakannya.

Saya risau, trend meletakkan nama-nama watak sesedap rasa ini akan menjadikan pembaca PTS meniru dan meletakkan nama anak mereka mengikut 'rasa' dan bukan ilmu. Sedangkan nama itu mempunyai nilai besar di sisi agama. Malah ada sebahagian nama yang haram diletakkan seperti 'Rabbul Izzati', dan amat makruh meletakkan nama sifat Allah tanpa 'Abdul'. Contoh nama 'Rahman' adalah makruf, sepatutnya 'Abdul Rahman'. Begitu juga 'Jabbar' kena dimasukkan 'Abdul jabbar'.

Sebagai contoh nama watak dalam Tasawuf Cinta 'Rona' dari segi bahasa arabnya tiada maksud. Begitu juga watak-watak lain seperti nama Aryo, juga tiada maksud. Di dalam novel 'Nyanyi Sunyi', ada nama watak seperti Arjuna dan Cempaka. Ia memang punya nilai sastera, tetapi watak-watak itu adalah lebih baik jika diberikan nama-nama yang Islamik, kerana ia akan mewujudkan satu suasana yang taqarrub kepada syiar Islam.

Oleh itu, saya sekadar mencadangkan agar penerbit meletakkan suatu guide line kepada penulis mana-mana novel agar meletakkan nama watak Muslim dengan nama yang 'Bagus' dan 'Segar' dari segi keislamannya. Bukan bermaksud 'melarang' tetapi lebih kepada membudayakan nama-nama yang Islam. Ini adalah sunnah dan wajar kita turutkan. Firman Allah: Dan tidaklah aku diperintahkan melainkan menyembah Allah, ikhlas kepadanya dan bagi agamaNya.

Terima kasih.

UB

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel Spiritual untuk Baca@Ramadan Sementara Menanti Azan Berbuka Previous entry: Novel Tauhid
Shamsuddin Kadir  on  05/21  at  07:13 AM

Terima kasih Saudara UB di atas pencerahan.

Saya suka

Shamsuddin Kadir

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/21  at  08:11 AM

Terima kasih Tuan UB atas nasihat yang sangat kena.

Ya, memang fenomena pemberian nama yang mutakhir - dunia realiti atau dunia fantasi karya - sangat aneh, lagi membimbangkan. Pertama, nama itu sendiri tidak mempunyai sebarang makna, dan yang kedua pula - lebih malang - buruk maknanya.

Mungkin barisan pimpinan PTS, ustaz-ustaz dan editor-editor boleh juga memberikan perhatian dalam hal yang disebutkan Tuan UB.

Syafiq Zulakifli  on  05/21  at  09:11 AM

Saya mahu menyanggah kenyataan ini :-

‘‘dan amat makruh meletakkan nama sifat Allah tanpa ‘Abdul’. Contoh nama ‘Rahman’ adalah makruf, sepatutnya ‘Abdul Rahman’. Begitu juga ‘Jabbar’ kena dimasukkan ‘Abdul jabbar’.’‘

Tiada salah meletakkan nama Rahman atau Jabbar namun yang tidak dibenarkan adalah Ar-Rahman atau Al-Jabbar (kerana ini adalah nama Allah.

mardihah adam  on  05/21  at  09:45 AM

Salam,

Saya bersetuju! Meletakkan nama dengan nama yang mempunyai maksud baik dan segar dengan nama islam sendiri. InsyaAllah, penulis-penulis bahkan boleh memperbaharui nama-nama watak sekiranya ini dipandang oleh editor-editor semua.

Namun adakala, nama-nama aneh juga memainkan peranan dalam setiap babak dan plot sesebuah manuskrip. Ia idea penulis, mungkin juga boleh diubah dan diadaptasi dengan baik lagi. Malahan, nama-nama pelik adakala memberikan sesuatu kesegaran. Ini idea sahaja. Bahkan sada juga penulis menulis menggunakan beberapa nama yang sedap didengar, seperti Arjuna, malah Bunga juga boleh menjadi nama.

Zamri Mohamad  on  05/21  at  11:26 AM

Pendekatan menggunakan nama yang nama-nama yang Islamik selalu dibincangkan dengan tertakluk kepada yang berbunyi Arab sahaja.

Bagaimana dengan maksud nama yang baik daripada budaya bangsa lain? Ada keadaan yang mana kita tidak memahaminya kerana ia di luar skop budaya kita.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/21  at  12:13 PM

Saya bersetuju dengan sebahagian surat ini dan tidak bersetuju dengan sebahagiannya.

Pada pendapat saya, tidak ada salahnya jika menamakan watak dengan nama yang tidak berbau Islamik atau Arabic, asalkan maknanya baik. Hal ini kita pulangkan kepada penulis. Apa salahnya menamakan watak dengan nama yang membawa makna yang baik. Arjuna maksudnya lelaki yang dikasihi. Adakah salah menamakan nama anak dengan nama Mawar, Cempaka, Kenanga, Sakura? Kalau salah, mari kita semua tukarkan kepada bahasa Arab supaya berbau Islamik (konon). Haaa, kita namakan saja dengan nama Wardina atau Jasmin.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/21  at  12:23 PM

Cadangan yang baik. Boleh jadi panduan untuk penulis-penulis agar tidak meletakkan nama yang tidak baik.

Namun saya fikir nama karakter yang baik tidaklah semstinya mesti berbaur arab.

Azzuri dalam bahasa Itali bermaksud (kuranglebih) ‘orang terpilih’.

Makanya adakah meletak nama Azzuri kita menjadi kafir?

Lagipun, jika terlalu mendoktrinkan ‘sastera islami’ sebegini rupa, kelak PTS dilihat FASIS dalam ‘dunia kreatif’

Tidaklah saya mahu meliberalkan apa-apapun, batasan tetap dijaga, cuma tidak juga mahu melihat indoktrinasi dalam sastera kreatif.

Ilman  on  05/22  at  06:30 AM

Setuju dengan surat dan setuju dengan pengkomen-pengkomen. Untuk nama-nama Islam, eloklah dipilih dengan betul. Untuk nama-nama seperti Arjuna, Cempaka, Bunga, Sakura dsb asalkan maksudnya baik tiada mengapa.

Islam tidak mewajibkan penukaran nama menjadi Arab, asalkan maksud asalnya baik. Dan tidak perlu juga menukar nama bapa menjadi “bin Abdullah” bagi muallaf.

Ia tidak wajib, tetapi ia adalah sunnah Nabi. Hadis Baginda: “Sebaik-baik nama ialah yang ‘abbada’ (Abdul) dan ‘hammada’ (Ahmad, Muhammad, Mahmud, dsb).”

Namun saya setuju dengan penulis surat, elok kita membudayakan nama-nama Islam.

kasur keras surabaya  on  09/06  at  04:25 AM

Undeniably consider that which you stated. Your favorite reason seemed to be on the web the easiest thing to be aware of.
I say to you, I certainly get irked even as other folks consider worries that they just don’t
realize about. You controlled to hit the nail upon the top and also outlined
out the whole thing without having side-effects , people
could take a signal. Will likely be again to get more.
Thank you

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.