Thursday, February 21, 2008

Surat Pembaca Buta Buat Perhatian METADOME

Assalamualaikum, Sifu.

Moga-moga Allah memberkati apa juga yang Sifu usahakan. Tahniah atas kejayaan Pts yang menjalinkan kerjasama dengan Metadome untuk menghasilkan projek buku HP.

Sebagai pembaca buta, saya bercita-cita untuk mendapatkan manafaat yang paling maksima melalui buku dalam format terbaharu ini. Namun cita-cita ini tidak mungkin tercapai andainya format terbaharu ini tidak dapat saya aksess. Ini berlaku jika format buku ini tidak serasi (compatible) dengan perisian bersuara yang termuat dalam sesebuah HP.

Walaupun tujuan asal perisian bersuara ini dikhususkan untuk orang buta, namun ianya dapat juga digunakan oleh golongan lain. Sebagai contoh, ketika memandu, kita akan dapat menikmati sesebuah buku walaupun tanpa menatapinya.

Terima kasih dan harap maaf kerana saya meminta lagi walaupun tidak pernah memberi. Wassalam.

kembara .(JavaScript must be enabled to view this email address)
http://bisikan-malam.blogspot.com

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Radio IKIM akan Bantu Promosikan Novel Syariah-Compliant Previous entry: Buku HP dan Bagaimana Ia Mencipta Kesan Pedang-Banyak-Mata
Firdaus  on  02/22  at  12:33 AM

Salam

Berdasarkan pengalaman saya dengan sistem bantuan suara dalam telefon Nokia, mBook memang tidak serasi untuk dibacakan oleh sistem.

Pertama, bantuan suara itu hanya terbatas untuk fungsi-fungsi asas telefon.

Kedua, teknologi Java yang digunakan oleh mBook bermakna sistemnya terasing daripada sistem operasi telefon bimbit. Oleh itu, fungsi bantuan suara tidak dapat diakses dari telefon bimbit.

Penyelesaian untuk masalah ini adalah menyediakan sistem bantuan suara yang boleh dimuat turun ke dalam telefon khas untuk membaca fail-fail mBook.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.