Friday, June 29, 2007

Surat Pembaca Buta: Sifu Berasa Amat Bodoh

Salam sejahtera buat Puan Ainon.

Sebelum saya meneruskan tulisan ini, terlebih dahulu saya meminta izin untuk menjadikan Puan sebagai sifu atau mentor saya, sama seperti orang lain.

Walaupun kita tidak pernah bersua secara fizikal namun ilmuyang saya pungut lewat laman http://www.universitipts sangat berharga untuk dinilai.

Sesungguhnya mengikut SaydinaAli karramallahuwajhah pernah berkata, "Barang siapayang pernah mengajarku walaupun satu alif dialahguruku." dan orang itu layak mendapat doa kebaikan dariku.

Setelah memasuki laman http://www.universitipts, ada beberapa perkara yang hendak saya utarakan untuk kebaikan bersama (sebenarnya untuk kebaikan saya).... tapi tak taulah kalau ada yang hendak menumpang kebaikan bersamaa.

Pada pandangan saya (adakah pandangan lagi) laman ini walaupun sarat dengan maklumat tetapi ianya tidak ramah oku, maksud saya orang buta seperti saya.

Ketika saya berada dalam laman ini selalu saya kehilangan punca dan terkadang tidak menuju ke arah yang saya kehendakki. Contohnya jika saya enter pada pautan buku braille, saya akan tercari-cari apakah maklumat yang akan dimuatkan (bukan dipaparkan).

Selalunya, saya akan terjerat ke dalam ruang bual-bual dan payah untuk keluar atau menghindirinya.

Untuk makluman Puan, saya menggunakan komputer yang termuat perisian bersuara.

Untuk memudahkan orang buta (atau saya sendiri) adalah dicadangkan agar webmaster laman ini mengikuti garis panduan yang disyorkan oleh w3c (http://www.w3c.com) sebagai rujukan.

Berkenaan dengan pautan buku braille, saya ada terbaca (sebenarnya terdengar) pihak pts ada menganjurkan bengkel penulisan untuk orang buta bersama-sama Persatuan Orang Buta Islam Malaysia.

Saya sangat ingin mengikuti bengkel seperti ini, namun syarat yang diberikan tiada padaku. Antara syarat yang tiada pada saya ialah kebolehan untuk menaip braille apatah lagi memiliki mesen taip braille.

Saya berharapn agar pada masa-masa yang akan datang syarat seperti itu dapat dilonggarkan atau diberi alternatif lain umpamanya menggunakan komputer bersuara.

Ada banyak idea, rasa dan cerita untuk saya akan lontarkan lewat buku yang akan saya siapkan untuk diterbitkan lewat PTS jika diizinkan Allah dan PTS sendiri.

Akhir kalam kuunjuk kedua tangan memohon maaf jika tulisan ini tidak sepatutnya diemailkan kerana terlalu banyak yang saya minta tetapi tiada satu pun yang saya sumbangkan.

Dikarang di Tanjung Karang oleh pengembara malam lewat email .(JavaScript must be enabled to view this email address)
.
.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Braille
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Lomba Novel Cinta Masih Berjalan Previous entry: Program Pembangunan Bakat Penulisan Novel-novel Sai-Fai PTS FORTUNA
MBA  on  06/29  at  06:53 AM

Jika Puan Sifu berasa amat bodoh, saya pula berasa amat bersalah. Saya pernah berjanji dengan kawan saya OKU penglihatan seperti penulis ini untuk membina blog untuknya. Saya berlengah-lengah untuk membangunkannya. Barangkali saya fikir dia hanya boleh baca blog saya, macamana dia hendak memiliki dan seterusnya mengemaskini blog sendiri.

Tiba-tiba saya diberitahu blog beliau telahpun siap ... http://nurireflexology.blogspot.com/

Barangkali penulis mel ini mengenali kawan saya ini yang juga senasib dengannya. Pn. Norimah Ahmad.

Wassalam.

Saya sudah klik.

MBA  on  06/29  at  06:59 AM

Puan;

Sebenarnya standard yang dimaksudkan oleh penulis ini bukan di http://www.w3c.com, tetapi sebaliknya http://www.w3c.org

W3C adalah sebuah konsortium yang mencadang, menentu dan menggunapakai standard untuk laman web. Ia adalah sebagai ISO dalam laman web, portal dan yang seerti dengannya. W3C.COM ini adalah pengacau nampaknya. Ia tiada kaitan dengan W3C.ORG

Sekian, wassalam.

Tuan MBA,

Saya sudah klik… makin terasa bodohnya saya ini…

MBA  on  06/29  at  08:30 AM

Sifu san;

Sifu boleh baca artikel “Bagaimana OKU Membaca Laman Web” yang terdapat dlam laman W3C di http://www.w3.org/WAI/EO/Drafts/PWD-Use-Web/

wassalam.

Tuan MBA,

Saya sudah klik. Saya fikir salah seorang peserta bengkel saya yang lalu menggunakan semacam sofwer voice-output.

Nah! Sekarang, bagaimanakah saya dapat membantu OKU buta membaca entri-entri UNIKA dengan lebih baik? Tolongi saya!

Matahati  on  06/29  at  08:59 AM

Saya mempunyai ramai teman2 yang cacat penglihatan. Ada di antara mereka yang mempunyai blog sendiri.

Untuk makluman, mereka boleh membaca blog atau mana2 web menggunakan perisian yang di panggil ‘Jaws’.

Jaws akan membaca setiap patah perkataan yang ditulis. Mereka cuma mendengar saja. Jaws tidak boleh membaca perkataan rengkas seperti ‘yg’ untuk ‘yang’ dan seterusnya.

Di bawah ini adalah web komuniti oku yang mana 70% ahlinya adalah di kalangan orang2 cacat penglihatan.
http://groups.google.com.my/group/komuniti_oku?lnk=lr&hl=ms

Saya sudah klik!

rastom  on  06/29  at  10:46 AM

Puan Sifu,

Lanjutan dari komen Tuan MBA, Wordpress sudah banyak menepati piawaian, cuma mungkin plugins atau tambahan tambahan itu yang sedikit mengganggu standards tersebut. Selain W3C, Puan boleh juga jenguk jenguk laman Laman Ini.

Microsoft ada juga mengeluarkan satu client yang dipanggil Microsoft Reader, tetapi setakat yang saya tahu ia cuma “membaca bahasa Inggeris”.

Terima kasih, saya sudah klik!

rastom  on  06/29  at  10:53 AM

Puan Sifu,

Menerusi validator XHTML, laman ini didapati mengandungi 61 ralat XHTML. Cuba klik <a rel=“nofollow”>S I N I</a>.

Tuan Rastom! Aduh!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/29  at  03:18 PM

Salam sejahtera… Saya mita maaf jika email yang saya hantar akan mengganggu emosi semua.. Terdapat sedikit ralat dalam email saya di atas, iaitu mengenai laman web rujukan sepatutnya http://www.w3c.org. Juga terdapat perisian teks ke suara ‘text to speach’, ada yang berbayar seperti ja, screen reader dan window eye juga yang percuma iaitu nvda.

ddm  on  06/29  at  03:58 PM

saya sungguh terharu membaca entri2 di sini

Gunakan huruf besar bagi memulakan ayat.
Gunakan noktah bagi menutup ayat.

cheap web hosting  on  02/25  at  01:04 PM

Sebenarnya standard yang dimaksudkan oleh penulis ini bukan di http://www.w3c.com, tetapi sebaliknya http://www.w3c.org

W3C adalah sebuah konsortium yang mencadang, menentu dan menggunapakai standard untuk laman web. Ia adalah sebagai ISO dalam laman web, portal dan yang seerti dengannya. W3C.COM ini adalah pengacau nampaknya. Ia tiada kaitan dengan W3C.ORG

Sekian, wassalam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.