Tuesday, April 15, 2008

Surat Peminat Tamar Jalis


Assalammualaikum,  Pn. Ainon Mohd.
 
Saya adalah antara peminat buku Siri Bercakap Dengan Jin (SBDG) hasil tulisan Tamar Jalis. Saya berasal dari Perak, dan saya dapat merasakan dengan penuh perasaan teruja perjalanan cerita Tamar Jalis yang kebanyakkannya merangkumkan pengalaman beliau dan datuknya sekitar di negeri ini.
 
Apa yang menjadikan buku beliau begitu unik adalah kerana perjalanan ceritanya yang penuh nostalgia zaman dahulu yang begitu berharga. Untuk pengetahuan Puan, saya kini berusia pertengahan 20an, dan saya hanya sempat merasa secebis daripada nostalgia suasana zaman dahulu yang dimuatkan oleh Tamar Jalis dan ianya begitu indah. Bahasa yang digunakan oleh beliau juga penuh harmoni yang begitu melengkapi di dalam semua sudut termasuklah gaya bahasa percakapan di dalam buku beliau.
 
Saya telah mengikuti SBDG ini sejak zaman sekolah dan mengumpul buku-buku ini sehingga ada diantaranya dibeli beberapa kali. Namun saya tidak pasti sama ada buku tersebut adalah terbitan yang sah kerana ianya begitu murah sekitar RM 2.50 untuk satu buku. Bagi saya harga tersebut tidak setimpal dengan nilai cerita di dalam buku tersebut.
 
Sebagai peminat SBDG dan menghargai penulisan Tamar Jalis yang penuh nasihat, petua, didikan dan pengalaman yang berharga saya ingin benar memiliki buku beliau yang diterbitkan secara sah, atau cetakan terkini yang hasilnya dapat dirasai oleh penulis ternama ini. Di manakan boleh saya perolehi buku ini dan berharap agar buku ini terus dicetak semula dengan gaya yang lebih kemas dan berkualiti.
 
Harmanisham bin Ishak

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jualan Pesta Buku 2008: Top 20 Fiksyen Remaja Previous entry: Akan Terbit

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: