Wednesday, November 09, 2011

Surat: Perihal Komik-M

Saya ingin kongsikan sedikit maklumat yang kami dapat melalui jualan yang kami lakukan di sekolah-sekolah. Pernah 3 kali pegawai kami membawa komik Gempak dijual di atas meja bersama komik-M. (Kami tidak membenarkan komik Gempak dijual dalam Program Jelajah Sekolah AinMaisarah, ia hanya dibenarkan untuk jualan digerai berbayar seperti hari kantin sekolah)

Mengikut pemerhatian saya:

1) Jualan komik Gempak 3 kali lebih banyak berbanding komik M.
2) Jualan komik Gempak bertajuk Lawak Kampus paling laris.
3) Kaver buku komik Gempak lebih ganas, lebih disukai.
4) Kaver buku komik Gempak yang ada gambar dinasour lebih disukai.

Maklumat lain yang saya boleh kongsikan:

1) Jualan komik Gempak: Lawak Kampus adalah mengikut siri. Jualan siri lama tidak laku. Ia sama kes dengan majalah.
2) Komik Gempak memfokuskan produk mereka kepada golongan hardcore yang sukakan komik. Manakala Komik M pecahkan kepada "newbie" dan kepelbagaian.
3) Watak komik Gempak sudah establish melalui jualan di 7Eleven, jadi sudah ada pengikut. Insha-Allah jualan komik-M akan meningkat mengikut masa.

Kesimpulannya:

Hala tuju Komik-M betul. fasa seterusnya adalah menumpukan kepada pencarian produk "SUPER" untuk dijadikan juara. Setakat ini belum ada yang menonjol. Kita perlu cari satu "lead product". Peluang terbuka kepada pekomik untuk menjadi Pak Latip dalam kategori Novel Sejarah. Chef Hanieliza dalam kategori buku masak. AinMaisarah dalam kategori novel remaja.

Syaizul Amal

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS Mengedarkan Secara Percuma Yasin dalam Bahasa Dusun di Sabah untuk Asnaf Muallaf Previous entry: Surat: Perihal Komik-M

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: