Saturday, October 15, 2011

Surat: Perihal Komik

Puan,

Kami mempunyai tiga orang anak lelaki. Tingkatan 3, Darjah 4 dan lima tahun. Tingkatan 3 dan Darjah 4 meminati Komik Lawak Kampus, versi Bahasa Malaysia.

Pemerhatian yang kami perolehi:

(1) Pelajar lelaki hanya membeli Komik yang mereka minat sahaja. Harga kurang dari RM10.00 Lawak Kampus = RM 7.50, Full Colour.

(2) Rata-rata pelajar lelaki di Sek. Taman Melawati (2)membawa Komik ini ke Sekolah dan membacanya semasa menunggu perhimpunan diadakan. Guru Besar galakkan para pelajar membaca buku.. Buku Cerita.. Komik-M dan Lawak Kampus berbentuk binding, dan tidak dilihat sebagai majallah. (andaian kami)

Strategi Popular: Kedai Buku Popular membuat binding menjadikannya sebuah buku; kompilasi mantap, dan menjualnya dengan harga RM29.90 Kulitnya berwarna merah darah.

(3) Semasa Pesta Buku Popular @ KLCC 2011, sesi tandatangan bersama pelukis kartun, didapati pelajar-pelajar lelaki melayu IPTA/IPTS juga membeli, tetapi hanya membeli sebuah sahaja buku kompilasi. Harga promosi RM 19.90. Mungkin duit sudah habis beraya.

(4) Pelajar Awal Remaja lelaki sangat kedekut.

(5) Tetapi jika mereka sudah suka, mereka akan ikut Siri itu. Sehingga kini, Lawak Kampus terkini adalah Jilid 11.

(6) Komik-M PTS, hanya akan dibeli oleh anak lelaki kami apabila ada tajuk dan gambar yang berkaitan dengan remaja lelaki. Ada tiga tajuk yang mereka beli sendiri, dengan duit mereka:

(a) Aku, Kau & Komik #1
(b) Aku, Kau & Bola
(c) Misi 8A

Nota: Lawak Kampus tiada mempunyai tajuk. Lawak Kampus itulah tajuknya!

Ibu Waiz

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Desain Cover Sudah Tidak Menjadi USP Buku-Buku Agama PTS Lagi Previous entry: Sastera Kanak-Kanak Dwibahasa

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.