Surat Pilihan: Mahu Tulis Novel Sebab Tidak Ada Duit untuk Menamatkan Pengajian di UTM.
Assalamualakum Sifu,
Saya berminat untuk mendapatkan pendapat sifu mengenai blog saya. Sekiranya saya ingin menggubah kepada novel jibunsyi, apakah perkara-perkara yang baik untuk saya lakukan. Saya cuma mahu memetik bahagian semasa tamat SPM, dan kisah-kisah sepanjang saya berada di universiti.
Saya berpendapat blog ini sudah hampir sampai masa untuk ditamatkan. Tahun 2008 merupakan tahun terakhir saya di universiti, sama ada saya dipaksa berhenti belajar pada pertengahan tahun ini, ataupun berjaya mendapatkan ijazah.
Saya terpaksa berhenti bukan sebab ditendang kerana gagal dalam CPA, sebaliknya kerana ketiadaan wang lagi, emak sudah berpencen, dia beri saya peluang berhenti belajar kerana tidak ada wang langsung untuk membayar yuran pengajian. Sedangkan dia tidak benarkan saya bekerja.
Yang benar,
AMIN.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Saya berasa simpati dengan kisah AMIN. Ingin juga membantunya kalau tidak mampu membantu di segi kewangan mungkin saya boleh membantu di segi lain.
AMIN hubungi saya di emel
.(JavaScript must be enabled to view this email address).
Assalamu’alaikum.
Puan Sifu, boleh beri saya email adress Amin?
Atau Amin sendiri, tolong email saya di .(JavaScript must be enabled to view this email address) SEGERA!
Terima kasih.
Quote : “dia beri saya peluang berhenti belajar kerana tidak ada wang langsung untuk membayar yuran pengajian. Sedangkan dia tidak benarkan saya bekerja.”
Pelik betul ibu dia. Tak ada duit tapi tak bagi anak
kerja. Kalau dah anak berenti belajar mestilah kena
kerja jugak. Takkan ibu dia nak tanggung.
Kalau taknak bagi kerja sebab taknak pelajaran
terganggu lagi la pelik. Mana lagi teruk, pelajaran
terganggu atau berhenti terus?
Pelik, memang pelik!
Untungnya Amin….
Kampung Skudai ke?
Ingat cerita lama…
A : Pinjam pen…
FF : OKlah…
A : Mintak kertas…
FF : OKlah…
Banyak pelajar miskin di Universiti - two side of the same coin. Double duit untuk setiap pelajar dan kurangkan pelajar sebanyak 50%, atau bahagi dua nilai dan dapat bantu banyak pelajar?
Ada benda lain saya boleh kata, tetapi ia adalah OSA.
<.. perlahan-lahan buka buku nota, tengok baki perlu dikumpul untuk membeli komputer..>
Teringat dahulu zaman universiti. Oleh sebab tidak punya wang yang cukup, siang hari kami berpuasa. Manakala makan malam, kami kumpul duit Rm1 seorang, beli nasi, kuah kosong, sayur dan ikan seekor dua. Lalu semua makanan itu dihidangkan di atas dulang, dan dikongsi hampir 10 orang. Kadangkala jumlah itu mencecah hingga berbelas-belas orang. Namun begitu, makanan yang dikongsi terasa begitu nikmat. biarpun sedikit, tetapi semua dapat makan dengan kenyang.
Ya, Tuan Amin saya juga pernah berhadapan dengan keadaan ini dua kali.
Kali pertama, saya tidak dapat masuk U keranan ongkos tidak cukup. Ayah saya tak sampai hati minta saya bekerja. Saya pergi beli borang IPTA dengan kaki kiri bersimen di BSN yang tangganya lebih 25 anak tangga (bekas bangunan Bank Negara, Puan Norlela mesti tahu).
Ayah saya hantar ke bank dan bila balik dia dengan berat hati minta saya bekerja. Disebabkan saya ini degil dan trouble maker dalam famili, saya kata saya hendak belajar. Saya sambung tingkatan enam, petang berjaja air soya dan kuih di tepi jalan. Dua tahun bisnes.
(Terima kasih arwah ayah sebab cabar si degil ini.)
Kali kedua, sebab kebodohan saya sendiri. Saya sangka UIA hanya tiga tahun pengajian. Empat tahun rupa-rupanya. Saya habis belajar dalam tempoh lima tahun. Dua tahun berbaki tidak ada sesen pun hendak bayar yuran gara-gara salah isi borang (diisi tiga tahun pengajian)
Maka saya menulis di akhbar dan majalah. Adalah juga buat sambilan, tetapi saya jenis terlalu banyak fokus jadi kelam kabut sedikit. Syukur Allah beri Tuan dan saya bakat menulis bagi mencari rezeki tambahan. (Itu sebab saya naik angin dengan pencuri harta intelek)
Dalam keadaan Tuan, cuba perkara berikut,
1. Bantuan zakat negeri.
2. Sambung PTPTN dengan pinjaman negeri.
3. Bahagian hal ehwal peljar (loan universiti atau bantuan zakat bersekutu di universiti jika ada.)
4. Semak dengan tabung haji.
Saudara J Hendrix
Ibu mana yang tidak mahu anaknya belajar. Serba salah keadaan saudara Amin, dalam masa si ibu izinkan anaknya berhenti, pada masa dia tidak mahu anaknya putus harap. Takut-takut kalau bekerja sudah tidak mahu belajar lagi.
Berbolak-balik hati ibu.
Assalammualaikum w.b.t,
Dalam keluarga saya menggunakan konsep abang tolong adik. Masa saya belajar kakak saya yang bantu saya belajar (duit poket). Bila saya sudah tamat pengajian macam itu juga. Saya bantu wang pengajian adik - beradik saya seramai 3 orang di USM, UPM dan UiTM sampai mereka habis belajar. Sekarang semua dah tamat pengajian. Sudah bekerja dan berkahwin.
Kawan-kawan saya yang lain setelah tamat pengajian mereka terus kahwin sebab tak ada tanggungan. Saya teringat pesan guru saya dulu : “Lepas habis belajar kena bantu ibu bapa pula bagilah wang sumbangan tiap bulan jangan terus nak kahwin nanti tidak dapat membantu mereka dan bantu adik-beradik.” Ada logiknya juga. Kalau sudah kahwin rasanya saya tak terdaya nak membantu mereka bertiga itu.
Kalau ibu-bapa kami nak pergi haji dan umrah atau buat rumah pun kami gotong-royong kumpul duit tiap bulan. Begitulah ...
Bila baca kisah AMIN itu hati saya berdetik, mungkin dia anak tunggal atau anak sulung dalam keluarganya.
Saya cuma nak kongsi pengalaman. Saya anak sulung daripada 4 adik-beradik dan ayah saya dah lama meninggal dunia. Sejak zaman sekolah, kami sekeluarga memang mengalami masalah kewangan.
Untuk daftar universiti pun, saya terpaksa bekerja sebagai pembantu kedai selepas tamat SPM.
Masa di universiti, tentulah memerlukan lebih banyak belanja. Saya seorang perempuan, mak juga keberatan nak benarkan saya bekerja apabila saya suarakan hasrat nak buat part time di sebuah kilang. Tekanan hidup mendorong saya memberanikan diri juga bekerja di kilang setiap hari dari jam 8-12 malam. Siang kuliah dan malam bekerja. Kadang-kadang tidur jam 4 pagi apabila terpaksa menyiapkan assignment dan tesis.
Hinggakan sabtu ahad juga saya bekerja kerana upahnya lebih sedikit daripada hari biasa.
Walaupun pendapatannya tak seberapa, tapi sekurang-kurangnya cukup untuk menampung perbelanjaan saya di universiti dan dapat juga saya membeli buku-buku tambahan untuk adik-adik.
Saya terpaksa fahamkan mak dengan tindakan saya walaupun saya tahu dia berat hati. Saya berjanji saya takkan abaikan pelajaran saya. Walaupun memang memenatkan, anggaplah itu pengorbanan untuk keluarga. Alhamdulillah, masa itu telah pun berlalu dan pengorbanan saya itu sudah pun membuahkan hasil.
Kalau saya boleh, mengapa tidak saudara?
Salam,
Tidak sangka Puan Sifu memaparkan surat saya di sini. Bagi saya, saudara Zamri Mohamed dapat memahami apa yang saya lalui.
Ibu saya memang berharap agar saya berjaya menamatkan pengajian sebab itu dia tidak mahu saya bekerja, tetapi hati saya tetap tidak senang dengan kehendak ibu yang satu ini. Ibu saya teruk menghadapi tekanan di tempat kerja, ini adalah pengorbanan yang terbesar dia lakukan untuk saya. Tekanan di tempat kerja yang terlalu berat, menyebabkan ayah saya selalu masuk campur, dan kadang-kala ayah saya mengikut emak saya ke tempat kerja untuk mengimbangi keadaan. Biarlah kadangkala terpaksa membayar tiket untuk menemani ibu dan tidak terlibat langsung dengan pekerjaan ibu.
Bagi kami adik-beradik, emak mengalami masalah emosi yang teruk. Ibu saya lebih malang jika hendak dibandingkan dengan saya. Kekesalan dan rasa bersalah ibu jauh lebih berat berbanding saya tetapi ibu berusaha untuk kelihatan sentiasa tabah dan kuat.
Ini adalah cabaran kepada saya, sejauh mana saya mampu taat kepada ibu bapa saya. Sedangkan saya sendiri berbelah bagi. Saya pernah dimarahi ibu apabila bekerja kerana ibu benar-benar bimbang pelajaran saya terjejas dan takut sekiranya saya sudah terus tidak mahu belajar lagi selepas bekerja. Ayat berkenaan ini, selalu diulangi ibu saya juga.
Terima kasih kepada semua yang memberi kata-kata yang menyokong saya.
Kepada En./Pn Noorminshah (maaf, saya tidak tahu nama ini lelaki atau wanita), juga kepada En. Abdul Latip yang amat saya hormati:
Sekiranya bantuan yang hendak diberikan itu berbentuk kewangan maka saya dengan sepenuh hati menolak. Saya tidak diajar menerima wang orang lain, selain wang daripada ibu bapa saya sendiri. Melainkan, saya terlibat dalam memberi sumbangan sama ada idea atau tenaga.
Sekiranya saya menerima wang tersebut, hati saya akan semakin terganggu dan pastinya mencari jalan untuk menebus wang tersebut.
Maafkan saya.
Sebelum itu, khusus buat saudara Fable Fox. Saya paling tidak suka orang bercerita mengenai asal-usul saya, identiti saya atau apa-apa fakta yang mendedahkan diri saya. Tidak kira dalam apa jua bentuk pertanyaan atau pernyataan. Kewujudan saya sendiri biarlah rahsia. Saya ada cara tersendiri untuk berurusan dengan orang, dan cara itu pernah saya gunakan untuk berurusan dengan kenalan lain (penulis lain) dan berjaya membuahkan hasil (saya mendapat wang atas hasil usaha saya dengan kerjasama dia dalam bidang sastera).
Sekiranya ada yang ingin membantu, maka saya lebih suka sekiranya ada pihak yang sanggup membantu saya menerbitkan karya-karya saya dalam bentuk novel, pada tahun ini. Saya masih mencari-cari penerbit novel yang dapat menerbitkan buku-buku saya secepat yang mungkin.
Saya juga berharap tidak ada penerbit yang mengambil kesempatan ke atas masalah yang saya hadapi, membeli hakcipta karya-karya saya dan sebagainya.
Bagi saya sekiranya ada yang ingin membantu, maka itu saja jalan yang saya pinta. Membantu saya menerbitkan novel-novel secepat mungkin. Ibu saya pernah gembira sekejap kerana melihat duit royalti yang saya perolehi setahun dua yang lalu (kerana menyumbang karya berupa puisi kepada seorang penulis novel).
Saya diam-diam telah mengusahakan sebuah novel semasa cuti sebulan lalu, dan novel ini mendapat pandangan positif daripada seorang penulis terkenal tanah air. Sekarang saya menghentikan penulisan sebab sesi pengajian telah bermula, dan seperti kehendak ibu saya, dia mahu saya beri tumpuah terhadap pelajaran dan jangan bekerja. Saya cuma dapat menulis novel ini secara sambilan/hobi pada ketika ini.
Lebih teruk lagi, sepanjang proses penulisan novel ini, saya diiringi dengan tekanan, ketakutan dan kebimbangan, tanpa sokongan sesiapa pun. Jadi saya mengirimkan tiga bab terawal novel tersebut kepada penulis tersebut untuk mendapat komennya. Setakat ini komennya adalah positif.
Sebuah novel yang lain (kedua) juga telah dirancang isinya. Novel yang sedang dirancang ini juga merupakan novel biasa-biasa, dan belum ada rancangan untuk dihantar ke penerbit mana. Saya masih mencari-cari penerbit yang boleh menerbitkan novel ini pada kadar yang pantas.
Setahu saya setiap novel yang akan diterbitkan, akan dibayar RM500 (berdasarkan kenyataan dari blog beberapa orang penulis). Ini sudah cukup untuk membolehkan saya meneruskan pengajian saya untuk tiga bulan lagi.
Maafkan saya. Saya tidak suka menerima duit tanpa sebarang usaha. Ini ajaran yang mesti saya patuhi, ibu saya pasti akan bersusah hati kalau saya menerima wang orang lain. Jadi, saya mengulangi lagi rayuan saya, sekiranya ingin membantu, maka bantulah saya dengan cara yang ini. Menulis… dan terus menulis…
Tidak kira sama ada menulis novel atau mengarang puisi.
Yang benar,
A.M.I.N
PST: En./Pn. Noorminshah dan En. Abdul Latip yang saya hormati, saya ada mengirimkan e-mel kepada anda berdua.
Juga terima kasih kepada Puan Sifu, kerana tidak mendedahkan identiti saya. Saya tahu keadaan ini amat berat bagi Puan Sifu dan diri saya sendiri, sehingga saya rasa saya perlukan ruang. Bak kata seorang sahabat, orang tidak akan tahu masalah kita kalau kita tidak memberitahu orang apa masalah kita. Meluahkan kisah kesusahan kita kepada orang juga merupakan satu usaha.
Seseorang yang ingin memeluk Islam mustahil dapat menghayati agama Islam sekiranya tidak menyatakan hajatnya kepada orang tertentu.
Saya tidak akan sesekali menerima wang tanpa usaha. Mengingkari prinsip ini bermakna saya telah menderhakai ibu bapa saya.
SEKIAN.
Salam buat AMIN
Emel yang dihantar masih tidak saya terima. Mungkin silap agaknya. Cuba hantar lagi.
.(JavaScript must be enabled to view this email address) atau .(JavaScript must be enabled to view this email address)
atau sms saya 017 6096714.
Insya-Allah, saya boleh membantu saudara.
Salam,
Pak Latif, saya baru sahaja selesai mengirimkan e-mel tersebut. Terima kasih.
Sebelum itu, buat Kamal, terima kasih. Sebenarnya saya bukan anak sulung dalam keluarga, tetapi ibu bapa saya terlalu menaruh harapan yang paling tinggi kepada saya. Saya sejak kecil telah menerima didikan yang berbeza berbanding adik-beradik yang lain. Ibu dan ayah beranggapan saya anak yang paling berbakat. Begitu juga dengan adik-beradik saya yang lain.
Mereka meletakkan tanggungjawab ini, sebab abang-abang saya tidak berjaya mencapai hasrat ibu. Bagi mereka saya ini adalah anak lelaki terakhir yang dapat menebus kegagalan abang-abang saya yang sebelum itu.
Sebab itu, saya menahan diri, supaya tidak gagal dalam pengajian saya biarpun dengan berat hati terpaksa mengorbankan cita-cita asal saya. Sudah bertahun-tahun saya bertahan, dan nampaknya, akhirnya faktor kewangan akan menjadi faktor kegagalan.
Dalam erti kata lain, saya tidak menggagalkan harapan ibu bapa, tetapi saya gagal kerana faktor kewangan. Ambang kegagalan ini akan berakhir apabila saya berjaya mencari penyelesaian dalam masa yang singkat ini, dan untuk itu saya pasti akan terus berusaha lagi.
Ibu bapa meletakkan saya sebagai harapan terakhir, saya merupakan anak lelaki terakhir dalam keluarga saya yang diharapkan agar dapat menebus kegagalan kedua-dua orang abang saya sebelum ini. Oleh itu, saya pasti tidak mudah menyerah dan pada masa yang sama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kewangan tanpa mengingkari arahan ibu bapa saya.
Berusaha sampai mati!
Saudara Amin,
Jika saudara mempunyai masalah dari segi mendapatkan maklumat atau mengakses maklumat sila emel kepada saya. Mungkin saya dapat membantu mencarikan maklumat untuk tesis saudara.
Emel saya : .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Saudara AMIN
Saya sudah balas emel saudara. Jika saudara setuju atau tidak setuju jangan tulis di sini. Biarlah rahsia.
Saudara Kamal,
Terima kasih atas sokongan. Sukacita dimaklumkan, dari segi penulisan tesis saya, saya tidak ada masalah untuk mencari bahan-bahan. Dengan izin Allah, saya telah mendapat gred A untuk tesis awal saya, dan kini sedang berusaha untuk menyiapkan tesis akhir saya.
Apa pun, atas kesudian saudara Kamal untuk membantu saya, maka saya doakan agar Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik saudara.
Kepada Pak Latif, terima kasih kerana memberi respon yang baik, semoga Allah menjadikan syurga tertinggi itu sebagai jaminan yang paling utuh untuk Pak Latif, dan dijauhi dari segala jenis api neraka dan bahangnya ketika di akhirat kelak.
Kepada semua yang telah memberi sokongan moral dan lain-lainnya, saya doakan agar dipermudahkan rezeki bagi tiap-tiap seorang, dan kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.
Salam hormat.
Quote “Sebelum itu, khusus buat saudara Fable Fox. Saya paling tidak suka orang bercerita mengenai asal-usul saya, identiti saya atau apa-apa fakta yang mendedahkan diri saya”
Maaflah, tapi dalam surat awak kata awak pelajar UTM. UTM ada dua, KL dan Skudai. Saya bekas pelajar Skudai. Sebab itu saya tanya, awak Kampung (Kolej) Skudai atau Kampung KL.
Itu sahaja. Tentang cerita pen dan kertas, itu pengalaman sebenar saya. Ingat nak tulis dalam jibunsyi, tetapi sekarang saya sudah berhenti menulis jibunsyi. Ada banyak lagi, tetapi biarlah saya simpan.
Saya juga tahu hidup susah, sekarang pun masih belum senang lagi walaupun bekerja sejak kecil lagi…
Post a comment