Surat Pilihan: Korupsi di KPM
Asalamualaikum, Puan Ainon.
Terkejut, sedih dan gusar juga saya dengan perkembangan yang berlaku hari ini. Dengan perkembangan politik tanah air yang berlaku sekarang, mereka ini masih tidak mahu mengambil pengajaran lagi. Malah mereka menyalah-gunakan SB untuk menutup korupsi.
Saya rasa Puan sendiri menghadapi situasi sukar kerana usaha Puan membongkar skandal di KPM untuk kepentingan rakyat dan pendidikan negara. Dari pengalaman dan interaksi saya dalam bidang pendidikan dan latihan, memang benar apa yang Puan tuliskan dalam blog UNIKA. Sebab itulah apabila Puan mendedahkan salahlaku di KPM, ramai yang mula berani tampil memberi maklumat.
Apakah saluran yang ada sekarang apabila Puan sendiri memutuskan untuk tidak meneruskan pendedahan tersebut?
Terlalu banyak korupsi yang merugikan negara, bangsa dan agama, terutama dalam bidang pendidikan. Memang Malaysia negara kaya secara relatifnya jika dibanding dengan negara jiran. Tetapi terlalu banyak pembaziran dan penipuan sehingga mutu pendidikan negara ketinggalan.
Dasar pendidikan negara yang carca marba ditentukan bukan oleh mereka yang ahli tetapi oleh peniaga yang tamak dan politician yang korup, menghasilkan generasi yang lemah jati dirinya.
Berjuta, malah berbillion, wang telah dihabiskan untuk membeli mesin-mesin dan perisian bagi tujuan latihan dan pendidikan. Apakah hasilnya?
Dari pengalaman saya, mesin-mesin itu banyak yang under-utilized. Akhirnya tinggal rosak. Ianya tidak digunakan sepenuhnya kerana terlebih specs. Guru yang mengajar tidak mempunyai kepakaran terbaik - kerana tidak diajarkan. Peralatan itu terlalu mahal untuk diperbaiki (mesin yang mahal, nak baiki pun mahallah). Mesin-mesin itu juga melampaui keperluan kurikulum, dan banyak lagi faktor.
Apa yang boleh dibanggakan kalau pelajar kita setakat boleh mengeluarkan spare-parts kecil. Sebenarnya kalau adapun, yang mengeluarkannya bukan para pelatih, tetapi pengajar yang menggunakan mesin-mesin tersebut pada masa lapang mereka. (Tetapi saya rasa itu tidak salah, daripada dibiarkan membazir.)
The bottom line is, jika tiada korupsi, negara boleh setanding ataupun mengatasi pencapaian Singapore, Korea dan Taiwan.
Jika diteruskan dasar yang ada, saya bimbang dalam masa 5 tahun Indonesia, Vietnam dan Cambodia akan mengatasi competitiveness Malaysia. Mereka itu sungguh kuat bekerja dan berusaha. It should be a wake up call to us! Wassalam.
(Nama pengirim dirahsiakan.)
.....................
Nota Sifu: Saya bukan berhenti mendedahkan korupsi di KPM. Saya cuma berehat, sebab banyak mentee meminta saya kembali menulis isu-isu buku. Dari waktu ke waktu isu korupsi itu akan saya tulis lagi. Yang saya katakan "cukuplah" itu adalah disebabkan saya mula diminta mendedahkan korupsi di kementerian-kementarian lain. Cukuplah saya fokus pada korupsi di KPM sahaja.
Perjuangan belum selesai....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Kementerian lain? Lebih kurang sama jugalah, 2x5 saja, kalau nak tau cuba tengok dalam Bajet, kementerian mana yang dapat duit paling banyak. Kalau kementerian atau badan yang selama ini kita muliakan penjawatnya dengan gelaran Yang Arif pun boleh tercemar, apa lagi dengan jentera jentera lain. Para soldadu dan jongos jongos upahan hanya bising bising bikin gempak saja - muncul pun bermusim. Projek teknologi tinggi konon, naik ke bulan sebagai Pelancong Angkasa, cerita pada orang kampong kita sudah masuk kelab Aerospace…bwoohahahaha
Boleh juga hantar kepada para ahli perlimen bukan BN untuk di timbulkan dalam sidang dewan sebaik bermula nanti.
Semuga akan berhasil dalam membongkar dan membawa mereka, perompak/penyangak/petualang VIP ke muka pengadilan.
Pada mereka yang merompak wang rakyat, dari dunia ke akhirat saya tidak halalkan!
Salam.
Sdr Fudzail punya pandangan yg amat bernas.
Kita kini berada dalam “tempoh percubaan untuk perubahan”. Pejuang ampuh seperti PS dan PTS sudah memilih untuk berada di barisan hadapan.
Soalnya mungkin aspek teknikal sahaja - iaitu satu kaedah sistematik bagaimana apa jua laporan yang disalur kepada PS dapat disalur semula kepada wakil BR di Parlimen. Kaedah yang jimat masa, tenaga dan pantas.
Saya kira banyak laman web yang punya upaya berperanan proaktif demi kepentingan rakyat. Kita semua boleh gesa mereka sediakan ruang. Saya sendiri akan cuba “bercakap” dengan Harakahdaily. Sama ada AL, ataupun ZS mahu menyambutnya - itu soal lain.
Kalau tidak kita, siapa?
................
NOTA SIFU:
Tuan Belalang,
Bolehkah diberitahu siapa PS, AL, dan ZS itu?
Assalamualaikum,
Saya kerap mengunjungi blog puan dan membaca tulisan-tulisan dan komen-komen yang menuruti tulisan-tulisan tersebut. Saya percaya ramai yang memberi komen adalah terdiri daripada mereka yang beragama Islam; yang mungkin sedang berusaha menjadi seorang muslim yang baik dan yang berhasrat memurnikan tindak tanduk masyarakat.
Kadangkala dalam kita terlalu ghairah dengan matlamat yang dituju, kita lupa bahawa kaedah mencari dan mendedahkan kebenaran juga perlu betul, berhemah dan penuh dengan keikhlasan. Jika tulisan kita tidak tepat, dengan nada mengumpat dan mengeji dan menyebabkan tersentuh perasaan saudara kita yang tidak berdosa maka itu ghibah namanya dan ia satu perbuatan yang turut dikeji.
Jika yang dikatakan itu tidak benar sama sekali, itu fitnah namanya dan lebih keji dari mengumpat. Sebab itu, seseorang yang takut kepada Allah akan berhati-hati dalam kata-katanya atau pun dalam mengeluarkan syak wasangkanya. Orang itu takut kepada Allah dan bukan kepada manusia.
Orang itu juga mungkin takut dipergunakan oleh orang lain yang tidak mempedulikan sangat kepada perkara-perkara yang disebut di atas. Mendapat keampunan kerana kesalahan sesama manusia adalah lebih sukar daripada kesalahan dengan Allah, kerana Allah tidak akan mengampunkan dosa kita selagi mereka yang berkenaan tidak mengampunkan kita terlebih dahulu. Di manakah hendak dicari mereka di dalam laman web di seluruh dunia? Oleh itu kita perlu berhati-hati sewaktu bermadah.
Namun begitu yang benar perlu ditonjol, yang salah perlu diperbetul, yang disorok perlu dibongkar dan yang teraniaya perlu dibela. Jesteru itu, kita perlu kepada penyiasat, pendakwa dan hakim yang berwibawa; yang sentiasa menjalankan tugasnya dengan bermatlamatkan kebenaran dan keadilan.
Jangan jadi macam pembuat dokumentari FITNA, ambil satu ayat dan tunjuk satu contoh. Ayat-ayat sebelum dan selepas tidak dinyatakan menjadi semua isu terkeluar konteks. Kalau bukan kerana kejahilan, sudah tentu kerana sengaja hendak mempersendakan kelompok sasaran. Jika perkara kedua menjadi matlamat kita menulis dan memberi ulasan maka kerja kita tidak diberkati Allah dan kita akan jadi seperti para hakim yang tidak adil yang jelas dimurkai Allah.
Alangkah enaknya kalau dunia ini seperti zaman kanak-kanak, mudah dan tidak kompleks; tidak perlu berhemah dan tidak perlu risau apakah akibat dari perbuatan kita. Tengoklah blog-blog yang ada; kata-mengata, caci-mencaci sudah menjadi lumrah dan kita turut sama-sama tanggung dosanya kerana membenarkan blog kita menjadi salurannya. Minta dijauhi Allah.
Para pembaca muslim sekalian, sebelum menulis dan mengulas renunglah maksud coretan ini.
....................
NOTA SIFU: Wah! Ini tazkirah pagi yang bermanfaat. Nampaknya Bahasa Melayu tuan amat bagus! Ejaan betul. Nahu betul. Tanda bacaan betul. Layak menjadi editor bahasa. Terima kasih atas peringatan yang diberikan, ustaz.
Salam.
PS itu tentulah merujuk kepada Puan Sifu sendiri yang kerap dijadikan “saluran” pendedahan.
AL itu Ahmad Lutfi, dan ZS itu Zul Sulong. AL itu Ketua Pengarang manakala ZS jaga laman web.
Nasihat Ustaz Faha kena pada tempatnya. Untuk lakukan pendedahan salah laku atau seumpamanya terutama apabila kepentingan rakyat terbabit, maka satu mekanisma sistematik perlu dibuat supaya keadilan terpelihara.
MCA ada Micheal Chong dengan biro pengaduannya yang begitu berkesan hingga orang Islam yang bermasalah pergi umrah dan haji pun mengadu kepada beliau.
Kenapakah tidak Harakah (akhbar) dan Harakahdaily (laman web), atau mana-mana pihak lain tolong uruskan sesuatu yang sama dan lebih baik?
Ustaz Faha sendiri mungkin boleh dipelawa berperanan sebagai “moderator” supaya semua bahan/dakwaan yang dikemukakan dapat disaring agar keadilan menurut hukum benar-benar terlaksana.
Insya’llah.
......................
NOTA SIFU:
Oooo…. PS itu “Puan Sifu” rupanya.
Habis, apakah pula tugas Tuan Belalang? Saya ini orang bisnes, jadi saya tidak boleh pegang banyak sangat jawatan dan tanggungjawab, biar saya fokuskan perhatian pada 2 perkara sahaja - bisnes dan menentang korupsi di kementerian pelajaran.
(Siapalah agaknya Tuan Belalang ini, rasa-rasa macam saya kenal, tetapi mungkin juga imposter!)
Belalang macam dulu juga.
Dia tukang turun poster lepas PRU sebelum mantan YB Mat Sabu jadi “household name”.
Puisi bacaannya bertajuk “Songsang” karya arwah T. Alias Taib. Ketika orang lain bangun dan bertepuk tangan, dia duduk. Ketika orang lain bersorak menang dan berehat, dia kerja panjat tiang lampu. Orang lain sudah merdeka, dia belum.
Dan apabila pembangkang menjadi kerajaan, dia masih di luar dewan.
PS merendah diri bila dia kata hanya jadi orang bisnes. PS sudah jadi ikon, err… atau idola sejak dulu. Ingat, betapa PS sudah “mengajar” pegawai tinggi tentera bagaimana hendak “berfikir”, ketika Tan Sri Nordin Kardi masih dianggap teruna..??
Gelanggang PS adalah medan intelektual. PS berani dan lantang. Dan suka sekali bikin provokasi.
Guru susah hendak ingat murid-muridnya kerana terlalu ramai.
Tapi Belalang seekor ini takkan melupakan gurunya yang berjasa besar, walaupun dia dianggap oleh gurunya itu sebagai “imposter”.
..............
NOTA SIFU: Tuan Belalang, janganlah main teka-teki! Tuankah dahulu yang menghadiahkan saya sebotol besar minyak wangi…. (Hukum pertama minyak wangi: Makin besar botolnya, makin murah harganya.)
Post a comment