Tuesday, December 18, 2007

Surat Pilihan: Al-kisah Jurutera Masuk Lif Tekan Sendiri

(Respons kepada komen Puan Jumie)

Masyarakat kita masih menganggap jurutera sebagai satu kelas yang lebih tinggi dari pekerjaan-pekerjaan yang lain.

Ini satu cerita lagi dari saya... tetapi ribuan ampun maaf jika cerita ini dianggap seperti “masuk lif tekan sendiri”.

Saya sekarang ini sudah hampir 2 tahun setengah mengusahakan sebuah kedai buku “indie” (memetik kata-kata Puan Sifu) di Kemaman, Terengganu. Sebelum itu saya bertugas selama 15 tahun sebagai Jurutera Industri dan Production Manager di salah sebuah syarikat percetakan antarabangsa di Johor Bahru. Panjang ceritanya kalau saya beritahu kenapa saya bertukar kerja dari bidang pengurusan kepada bidang retails (jual buku dan alat tulis...).

Pada tahun pertama (2006), pelanggan saya tidak ramai. Untuk dapatkan jualan dari pihak sekolah, banyak masalah terutama apabila kita cuba berniaga secara “bebas rasuah”.

Pada tahun kedua (2007), Alhamdulillah perniagaan saya bertambah baik dimana jualannya bertambah sebanyak 67% berbanding dengan tahun 2006.

Tentulah banyak faktor yang menyumbang dengan pertambahan jualan ini, tetapi saya percaya salah satu faktor lain adalah kerana saya “mengisytiharkan” kepada pelanggan dan bakal pelanggan saya bahawa saya adalah “bekas seorang jurutera” atau “bekas seorang pengurus pengeluaran”.

Macam mana caranya? Melalui kad perniagaan saya. Untuk kad perniagaan baru saya, saya tulis “B.Sc. in Engineering” di bawah nama saya.

Pegawai-pegawai pejabat kerajaan yang dahulunya tidak membuka mata kepada saya sekurang-kurangnya membuka sebelah mata sekarang. Begitu juga dengan syarikat-syarikat swasta yang ada di sini. Suka tak suka, saya terpaksa berbuat demikian supaya “cakap saya lebih laku” dan pastinya buku-buku saya termasuk buku PTS lebih laku.

Alhamdulillah, apabila mereka sudah biasa berurusan dengan saya, maka yang lain lebih mudah. Mungkin mereka tidak pernah jumpa seorang “bekas jurutera” menjadi “penjual buku” di Terengganu ini. Tetapi inilah realiti hidup.

Saifuddin Awang.
Prima MS Enterprise / Pustaka Munirah.
Kemaman.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Ada-ada Sahaja
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel Terbaru dari Alif Firdaus Azis Previous entry: Surat Pilihan: Tentang Siapa "penulis bebas"
Firdaus  on  12/18  at  09:16 PM

Masuk Lif Tekan Sendiri - variasi moden ‘Masuk Bakul Angkat Sendiri’? smile

Fable Fox  on  12/19  at  07:51 AM

Kalau kita tak tekan, lif itu tidak akan naik. Sekaligus kita tidak boleh masuk pejabat atau pergi ke destinasi. Faham? Ada sakarstik di sini sebenarnya.

Nak harapkan orang lain tekan? kalau di Malaysia, Jangan haraplah.

Minta untuk dibuang ke laut seperti Hang Nadim bolehlah…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/19  at  08:30 AM

Menarik variasi moden ini. Hujah Fable Fox juga amat menarik.

Kepada rakan, teman dan penulis yang berada di sekitar Kemaman, mari kita serbu Pustaka Munirah.

Menyokong kedai yang ‘Bebas Rasuah’ adalah wajib bagi setiap orang Islam.

saiFz  on  12/20  at  12:14 AM

Kalau macam tu, saya pun nak kena letakkan title ijazah (Master belum siap lagi. Huhu) saya pada “biz card” saya. Ingatkan itu “trend” lama.

- pengusaha kedai buku “indie” di Perlis

Fable Fox  on  12/21  at  08:24 AM

Perasan tak pada buku ada banyak Aaa Bbb Ccc Phd. Atau Aaa Bbb Ccc Msc. Atau Aab Bbb Ccc xxx <—kelayakan.

Supaya buku itu laku. Kalau kita adalah doktor berphd, maka wayarlah. Kerana kita layak. Yang reka-reka itu bahaya.

SabriMahmudSungaiJatuh  on  12/21  at  07:20 PM

Salam.

Di Malaysia, cerita mantan jurutera bertukar pengusaha kedai buku/alat tulis adalah realiti kehidupan.

Di (hampir) kesemua jabatan kerajaan, contohnya, apabila seseorang hadir untuk mendapatkan khidmat - cara gaya penampilannya akan menentukan bagaimana dia dilayan nanti .., namun ada batasnya.

Sesiapa yang hadir “ala-ala pro” iaitu bertali leher, berkot dsb .., maka dia bakal mendapat layanan baik sehinggalah jika ada maklumat mengatakan dia bukan seorang pro;
dan begitulah sebaliknya bila seorang yang memang pro (jurutera, doktor, peguam dll) yang hadir secara santai gitu-gitu akan menerima layanan acuh tak acuh, sehinggalah kemudiannya diketahui status sebenarnya.

Di Malaysia, pilih bulu memang jadi budaya kita.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: