Saturday, March 29, 2008

Surat Pilihan: Bahasa Pedas

Assalamualaikum, Sifu.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana web Puan (UNIKAPTS) banyak membantu saya dalam bidang penulisan.

Saya ingin menulis banyak buku dalam pelbagai bidang, namun masalah yang saya hadapi ialah kebanyakan penerbit tidak boleh menerima cara saya, iaitu kritikan yang pedas dan tajam. Salah satu manuskrip saya yang telah ditolak oleh PTS adalah "Anda bijak atau Bodoh?" Buku saya itu menceritakan kesalahan yang dilakukan oleh semua jenis manusia.

Walaupun buku saya ditolak, saya tidak pernah kecewa kerana saya percaya, PTs mempunyai terma, cara dan syarat penerbitannya tersendiri.

Mengapakah banyak penerbit tidak menerima manuskrip yang penuh kritikan dan sindiran tajam? Saya berpendapat, manusia perlu diubah dengan bahasa yang tajam dan pedas terutama sekali sikap yang ternyata memberi kesan dan implikasi besar.

Demikianlah pertanyaan saya. Moga PTS terus maju dan berjaya dalam menerbitkan buku-buku berkualiti.

SS

................

Nota Sifu: Tuan SS, terima kasih banyak-banyak kerana Tuan tetap menjadi pendukung PTS meskipun buku Tuan yang terbaru itu ditolak oleh PTS. Sikap Tuan itu amat terpuji dan menjadi bukti Tuan seorang yang berjiwa besar.

Adalah menjadi dasar editorial kita di PTS menerbitkan buku-buku motivasi yang mendorong perubahan tingkah laku. Walau bagaimanapun, buku-buku itu hendaklah ditulis dengan gaya bahasa yang informatif, objektif dan tidak emosional, sebagaimana gaya bahasa Nabi Muhammad (bacalah salam dan selawat untuk beliau, anggota keluarga beliau dan sahabat-sahabat beliau).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ini Kempen PTS-METADOME! Previous entry: Cukuplah!
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/31  at  07:17 PM

Asalamualaikum, Puan Sifu.

Buku ‘Anda bijak atau bodoh?’ itu bunyinya menarik. Kalau diterbitkan saya berminat melihatnya untuk dibeli.  Mungkin tajuknya boleh ditukar kepada ‘Bijakkah Anda?’ dan isi kandungannya di’lembut’kan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: