Tuesday, October 28, 2008

Surat Pilihan: Buku PTS Lunyai di Singapura

Salam, Puan Ainon.

Hanya untuk berkongsi kemanisan.

Atas kesempatan menjalankan tugas dan memenuhi undangan majlis sambutan Aidilfitri di Masjid Al-Istigfar, Singapura, telah membuka peluang kepada saya melawat perpustakan kejiranan di Tampines, Singapura. Terima kasih kepada En. Anuar Othman selaku jawatankuasa Masjid Al-Istigfar yang sudi meluangkan masa membawa saya ke sana.

Kadangkala terasa mewahnya hujan emas di negara orang kerana kagum dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan di sana yang khusus disediakan untuk kemudahan rakyatnya. Bak kata orang dahulu, hanya sepelaung sahaja jauhnya dari kediaman, membuatkan kemudahan yang disediakan itu digunakan sepenuhnya oleh rakyat setempat.

Melangkah kaki ke dalam bangunan perpustakaan itu sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja merasa kagum dengan kemudahan yang disediakan yang amat mesra pengguna, bermula dari proses membaca buku, mencari buku, membuat pinjaman hinggalah proses kembalikan buku tersebut amatlah mudah dan efisiennya.

Tidak perlu beratur panjang untuk mengadap kerani bertugas dan proses mengecop buku untuk tujuan pinjaman, semuanya bersistematik sehinggalah proses pemulangan yang hanya memasukkan buku ke dalam kotak yang tersedia di luar perpustakaan dan ianya 24 jam serta boleh memulangkan buku di mana sahaja di cawangan perpustakaan yang  berhampiran dengan tidak perlu memulangkan ke tempat asal buku itu dipinjam.

Namun, yang manisnya adalah melihat keadaan buku-buku terbitan PTS yang hampir lunyai dibaca oleh pembaca.

Polisi perpustakaan di sana untuk buku terbaru adalah bagus, di mana mereka mewajibkan setiap perpustakaan memiliki kesemua terbitan buku baru dan terkini yang berdaftar ISBNnya di serata negara.

Buku Inggeris dalam lingkungan 3-5 naskah dan untuk buku Bahasa Melayu 2-3 naskah untuk setiap perpustakaan yang mana Singapura memiliki 22 perpustakaan kejiranan.

Bagi buku Bahasa Melayu hanya 5 pihak kontraktor sahaja yang dibenarkan. Jumlah 4 naskah seorang dibenarkan untuk dipinjam dalam jangka masa 3 minggu dan kerajaan membenarkan jumlah itu ditambah kepada 8 naskah seorang bila tiba musim cuti persekolah bermula untuk menggalakkan rakyatnya membaca.

Sekian sahaja pekongsian pengalaman.

Mohd. Nur Ikhram bin Hanafiah

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Perkataan yang Tidak Digemari Pembaca Previous entry: Tuan Zuhri Ingin Tahu Kos Mendapatkan Slot Promosi di TV

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.