Wednesday, May 28, 2008

Surat Pilihan: Cara Window-Display yang Lebih Rendah Kosnya

Assalamualaikum.

Puan Sifu,

Kos window-display memang amat mahal apabila ia melibatkan kempen promosi besar-besaran ataupun promosi yang disusun oleh ibu pejabat syarikat rangkaian kedai buku elit.

Selain daripada window-display jenis itu, pihak outlet atau kedai cawangan itu sendiri boleh membuat window-display bagi outlet mereka.

Bagi penerbit, ini memerlukan skil dan perbincangan bagaimana wakil penerbit itu dapat berkerjasama dengan bos outlet tersebut. Biasanya pihak penerbit perlu menyediakan poster dan barang-barang keperluan lain untuk window-display tersebut.

Bos outlet biasaanya tidak menolak untuk mempamerkan selama 2 minggu pada window kedai mereka, ataupun buku-buku itu disusun secara kreatif di sudut utama atau 'prime area' dalam kedai. Impak daripada window-display dapat menyumbangkan RM yang lebih kepada kedai mereka.

Display jenis ini tidak melibatkan kos yang banyak. Cuma wakil penerbit ataupun jurujual wajib tahu bila dan bagaimana hendak meyakinkan bos kedai tersebut.

Begitu juga dengan 'bulk-display' biasa di mana penerbit memberi tambahan 5% diskaun sebagai sewa tapak, dan menanggung kos-kos lain seperti pemberian harga istimewa kepada pelanggan. Ini terpulang kepada budi bicara bos kedai dan wakil penerbit ataupun pembekal. Terima kasih.

Ibnu Rabi

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Show Magisian Ammar Buat Mempromosi Bukunya Previous entry: Sanggup Membayar RM10 ribu bagi Mengadakan Window-Display di Kedai Buku Elit

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.