Saturday, January 12, 2008

Surat Pilihan: Catatan Kesal

Puan Sifu,
 
Saya rasa agak kesal mengapa saya tidak memulakan penulisan semenjak dahulu biarpun saya pernah juga menerima anugerah penulisan semasa zaman persekolahan.
 
Pernah juga saya menghantar penulisan ke akhbar. Saya gembira apabila tulisan saya disiarkan tetapi yang menyedihkan ialah apabila saya menerima bayarannya hampir dua tahun selepas itu. Seringkali terjadi demikian. Lalu saya berkata di dalam hati bahawa penulisan bukanlah kerjaya yang mantap dan meyakinkan, kecuali jika untuk sampingan.
 
Lalu saya meneroka pula bidang fotografi, video dan penerbitan multimedia. Memang menyeronokkan tetapi ada juga kelemahannya. Saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan ketika ini.
 
Kini setelah sekian lama saya mula sedar bahawa apapun yang kita lakukan, kesinambungan ilmu harus diteruskan. Justeru, menulis adalah cara terbaik untuk tujuan tersebut. Selain daripada kesinambungan ilmu, pendapatan pasif juga akan berterusan, jika kena gayanya. Sekian.
 
Ayu Darlu

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Ini Dipesan PNM 1092 Naskah Previous entry: Surat Pilihan: Mengapa Sifu Suka Menggunakan Kata Pinjaman Inggeris?

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: