Thursday, May 22, 2008

Surat Pilihan: Cover Buku PTS Kurang Islami

Assalamualaikum wbt.,

Selawat dan salam kepada Junjungan Mulia Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabat baginda.  Apa khabar puan? Saya doakan moga puan sekeluarga dan warga kerja PTS dalam keadaan sejahtera di bawah payungan Ar-Rahman.

Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk menarik perhatian puan berkenaan gadis penghias kulit buku "Kau Ilhamku". Alhamdulillah, atas perjuangan PTS ke arah syariah compliant, PTS telah mengorak langkah dengan memaparkan kulit-kulit buku yang lebih Islami.

Pemilihan gadis-gadis bertudung sebagai penghias kulit buku amatlah dialu-alukan. Namun demikian, saya berpendapat, agak lebih manis sekiranya stail pemakaian tudung gadis-gadis ini lebih menepati kehendak syarak.

Pemilihan stail tudung yang menutupi dada tentu lebih menarik dan secara tidak langsung boleh dijadikan ikutan kepada gadis-gadis Islam di luar sana.

Selain itu, puan tentunya lebih maklum kecantikan wanita Islam bukan sahaja terletak pada keindahan pakaiannya, kerendahan suaranya, dan keluhuran budinya tetapi juga penampilan dirinya seperti cara berdiri, bercakap, duduk dll.

Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya agar gadis-gadis penghias kulit buku PTS juga dipaparkan sebagai wanita Islam yang benar-benar cantik, sopan berpakaian dan sopan cara berdiri/duduknya.

Maafkan saya kerana sedikit terganggu dengan cara berdiri gadis penghias kulit buku "Kau Ilhamku". Namun saya merasakan cara gadis ini berdiri agak kurang menepati ciri-ciri keindahan wanita Islam. Besarlah juga harapan saya agar dapat puan dan pasukan puan membuat sedikit rombakan terhadap kulit buku "Kau Ilhamku".

Akhir kata, saya memohon ribuan ampun dan maaf seandainya ada patah-patah kata saya yang mengguris hati puan. Saya sangat-sangat mengharapkan agar kita sama-sama mendapat manfaat di dunia dan akhirat. Sekian, wassalam.
 
Embun
Hulu Kelang, Ampang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Ahmad Fadzli Yusof Menang Anugerah Previous entry: Tip Survival Penerbit: Buku Kategori Apa Paling Menguntungkan
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  02:26 AM

Setuju dengan Embun.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  03:31 AM

Mereka hanya berdua. Kena tangkap khalwat nanti!

Riduan Khairi  on  05/22  at  04:41 AM

Assalamualaikum.

Isu tudung labuh begini saya kira perlu diteliti melalui dalil yang berkenaan. Saranan melabuhkan tudung ke paras dada disebut dalam Surah An-Nisa. Saya mencari perbahasan mengenainya.

‘Paras dada’ itu relatif. Ada yang menyebut ayat ini menyentuh belahan baju di bahagian leher yang dipakai oleh wanita Arab ketika itu. Sama situasi dengan wanita Melayu yang berbaju kurung dan bertudung singkat. Kadang-kadang tudung itu tidak menutupi belahan baju kurung yang dipakai sehingga menampakkan dada. Adakah bahagian dada ini yang dimaksudkan.

Sekadar satu lontaran pandangan berdasarkan apa yang saya baca sedikit-sedikt. Bersedia dibetulkan sekiranya ada hujah yang membantah pendapat tadi.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.