Friday, April 18, 2008

Surat Pilihan dan Khidmat Masyarakat: Kandang Kucing

Assalam alaikum, Puan Ainon dihormati dan dirahmati Allah.

Saya doakan Puan dan keluarga berada dalam kelapangan, ketenangan, rasa gembira, sihat dan bersemangat dalam urusan seharian. Sesungguhnya , dicantikkan jiwa dengan sifat lapang dada, kemuliaan dengan ketaqwaan serta diberi kebaikan diri dengan dengan kesihatan. Amin.

Tujuan saya menulis e-mel ini bukanlah berkenaan buku, tetapi ingin mendapatkan nasihat berkenaan penjagaan kucing. Saya bercadang membina seperti sebuah kurungan besar bagi 10 ekor kucing di rumah. Sebelum ini lebih banyak, melebihi 20 ekor. Sejak saya berpindah semula ke Melaka, saya melihat kucing-kucing ini mula membuang najis merata-rata kawasan luar rumah. Bagi saya agak tidak elok dilihat tetamu atau orang asing. Ia tidak berlaku sebelum ini.

Jadi saya mohon pandangan Puan, bagaimana Puan menjaga kucing-kucing di rumah. Waktu bilakah ia dikeluarkan daripada kurungan dan waktu bilakah ia dimasukkan kembali ke dalam kurungan.

Selain itu, penyediaan kurungan bagaimana yang disarankan oleh Puan dari sudut saiz keluasan dan apa-apa perkara berkaitan.

Mohon maaf, saya rasa soalan ini bukanlah soalan yang sesuai diajukan kepada pengerusi PTS. Tetapi sejak seminggu ini saya rasa cukup sakit hati melihat najis haiwan di sana-sini, tambahan lagi majlis perkahwinan bakal diadakah di sini (bukan saya). Harap-harap e-mel ini bukanlah entri pilihan UNIKA minggu ini. Terima kasih.

ZAMRI MOHAMAD

 
 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(54) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novelis Bestseller PTS di Pesta Buku 2008 Previous entry: Akan Terbit
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/08  at  09:22 PM

Puan Zubaidah,

1. Kucing memang kentot, dan kentotnya busuk. Kalau terlalu busuk, itu tanda dia ada cacing. Boleh beri ubat cacing manusia.

2. Bulu kucing gugur jika makan garam. Jika ada kulat pun bulu akan gugur. Ubatnya senang sahaja. Sapu dengan minyak goreng ikan yang ada kunyit hidup, tetapi dia pedih sebab ada garam. Kurap telinga pun boleh gunakan ubat yang serupa.(Saya blender kunyit hidup dan goreng dengan minyak sampai kering kunyit itu. Tapis, ambil minyaknya. Saya simpan dalam botol. Saya tidak letak garam.)

3. Kalau pergi farmasi, beli antibiotik “AMILLIN”, ia mujarab.

4. Mandikan kucing dengan shampoo biasa pun boleh.

5. Kalau kucing betina, ada ubat pencegah hamil, namanya MAGICAT, boleh dibeli di klinik swasta.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/09  at  01:18 AM

Assalamualaikum Puan,

Tiba-tiba saya lihat banyaknya entri mengenai kucing. Kebetulan saya pun sedang mengalami masalah ramai kucing di rumah. Mula-mula hanya seekor kucing betina rajin datang ke rumah meminta makanan. Tidak sampai dua tahun, keluarganya bertambah besar. Almaklum, setiap kali beranak, lima atau enam ekor anaknya.

Terima kasih kerana Puan sudi berkongsi tip-tip menjaga kucing (terutama sekali tip elakkan hamil itu!). Kepala sudah pening mencium bau najisnya!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/09  at  07:13 PM

Kucing adalah kesayangan Rasulullah. Saya tak ingat bapa saudara nabi atau sahabat nabi yang saya tak tahu namanya diberi gelaran bapa kucing kerana beliau membela kucing yang banyak. (mungkin sifu boleh betulkan statement saya ini.)

smile) ketawa saya membaca entri kucing ni. Wah! mcm2 tips saya dpat. Saya juga amat suka dengan kucing. apalagi jika kucing itu bijak dan comel. tetapi tidaklah sampai bela banyak ekor. Saya tabik spring pada mereka yang mampu membela kucing lebih dari 2 ekor.

Saya hidup dengan kucing sejak kecil. ibu suka kucing. bila saya berkahwin tak bela kucing sebabnya tak kuasa nak buang taik kucing dan tak pandai nak train kucing dalam toilet.

saya tak tahu bagaimana orang lain sayang kucing. saya sayang kucing mcm sayang orang. tidur sekali dengan saya, (boleh makan sekali satu pinggan pun..saya tak geli sebab kucing saya bersih dan saya mandikan) saya mandikan, cium, peluk, gomol, kalau hidung dia dan telinga dia basah lagi best saya gonyoh2 kat muka saya. main2 dengan dia, gigit2 dia.

Saya hanya buat benda2 ni pada kucing saya sahaja. kucing lain tak buat, sebab tak tahu dia bersih ke tidak.

Masa zaman sekolah dulu kucing beranak atas tilam saya pun ada. saya pernah duduk tunggu tengok kucing beranak sampai dia habis beranak. saya tengok apa dia buat lepas dia beranak. 

pernah juga ada kucing datang ke rumah, saya bela sekejap tapi anak2 tak suka sebab dia kencing merata2. bila saya pergi kursus entah apa anak saya buat, kucing itu hilang.

dua tiga bulan lepas emak kepada girlfriend anak saya hendak beri kucingnya pada anak saya. dia tak larat nak bela sebab rumahnya dah ada empat ekor. duduk rumah condo faham2 sajalah.

mulanya saya berat hati juga sebab takut dia berak merata2. tapi anak saya cakap kucing tu pandai berak dalam toilet. dan memang benar dua2nya pandai berak dalam toilet sebab tuannya dah train. nama yg telah siap diberi oyen dan snow.

saya selalu bercakap dengan dua2nya..kadang2 saya bahasakan diri saya mak pada diaorang. Pernah sekali tu oyen hilang dari malam sampai besok malam tak balik2. puas cari tak jumpa, hati asyik teringat, tak tahu mcam mana nak cari saya sedekahkan bacaan Al-Fatihah pada oyen..dengan harapan Allah hantar dia balik.

Dan memang benar tak lama lepas tu saya dengar suara dia mengiau2 berlari2 masuk rumah. terus ke tempat makan mencari makanan. memang dia sangat kelaparan.

Kepada sesiapa yang kehilangan kucing mungkin boleh cuba petua saya..bacalah apa2 ayat Quran dan sedekahkan pada kcuing tersebut.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/09  at  07:41 PM

tertinggal beberapa perkara. saya tidak tahu fakta ini benar atau tidak mungkin dr.vet atau sifu boleh sahkan.

1) perempuan mengandung elakkan dari terhidu najis kucing kerana katanya boleh menyebabkan keguguran.

2) anak dara atau wanita yg belum pernah mengandung yang suka pelihara kucing (banyak22) katanya sukar untuk mengandung/ dapat anak.

3) orang asma confirm tak leh bela kucing, bulunya amat sensitif.

4) kucing kalau hendak mati dia tidak akan diam dalam rumah, dia akan bawak dirinya.

5) jika hendak buang kucing (buanglah kat pasar ya, senang dia dapat makanan) harus dimasukkan dalam guni kerana kalau dibuang macam tu saja dia boleh cari jalan pulang (sejauh mana tak pasti) tapi jiran saya pernah buang kucing ke pasar yg jaraknya lebih kurang 2km dan dalam masa sehari kucing tu muncul di pintu rumah kawan saya.

6) katanya untuk elakkan dari bulu kucing gugur (selain petua sifu) jangan bagi makanan bergoreng contohnya ikan goreng. Beri makan ikan rebus saja.

7) kucing parsi yg matanya sepet dan bulunya tebal..amat pemalas, kerjanya tidor saja, tikus lalu depan mata pun buat dek jer, jika dimandikan dia tak reti nak keringkan bulunya sendiri, dia suka cari tempat sejuk. (heheh maklumlah kucing dari negara sejuk)

8) Kucing kacukan parsi dan tempatan (melayu) selalunya cantik, bijak dan comel.

9) Kucing tempatan, bulunya pendek, cergas, pandai tangkap tikus dan apa2 saja benda yg bergerak, makan apa saja, tak memilih. cuma tak best lah kan sebab bulu tak tebal.

10) kucing siam suka makan ayam/ anak ayam, kalau malam kita boleh tengok matanya merah (kalau orang tak tahu mesti ingat mata hantu).

11) kucing parsi dan kucing kacukan parsi, melayu, atau siam kalau dijual laku dan harganya mahal.

12) kucing tempatan? Tak ada orang jual pun, sebab boleh dapat free kat mana-mana hehehe.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/01  at  01:18 AM

Assalamualaikum…saya ucapkan terima kasih atas tips-tips pengjagaan kucing yang telah diberikan di atas.

Saya nak tanya Pn Ainon:-
1)Kenapa kucing kecil(berumur dibawah dua bulan lebih) xmakan, lemah, dan asyik tidur saje? dan yg sedihnya lepas berapa hari kemudian itu dia mati…kesian saya dibuatnya…
2)Dan macam mane nak merawatnya?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/05  at  10:34 AM

salam puan ainon…
kucing saya demam panas dan saya bagi dia makn panadol dan air gula..air gula d sarankan oleh dktor y pernah merawatnya..tp panadol sy xpasti..sy nk tnya adakh panadol merbahaya pda kucing atau x?

————————

Nota Puan Ainon: Saya tidak pernah beri panadol kepada kucing saya. Tetapi saya sudah jumpa kenalan yang mengatakan mereka beri panadol kepada kucing mereka apabila demam. Pembantu klinik vet di mana saya pergi memberitahu panadol tidak sesuai untuk kucing. Seorang rakan karib memberitahu air glukos untuk kucing yang demam adalah bagus.

Apabila kucing-kucing saya demam, saya beri ubat selsema kucing yang saya beli di klinik vet. Yang lucunya, botol ubat itu menunjukkan ubat itu adalah untuk manusia! Ada sukatan untuk bayi dan dewasa…..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/21  at  10:53 AM

salam,

saya ada seekor kucing betina. baru-baru ni dia selsema dan demam. kesian saya melihat keadaannya. matanya berair dan hidungnya berbuih2. dia jadi tak lalu makan dan lemah. dia sering juga bersin mcm manusia. apa yang patut saya lakukan puan?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/27  at  06:36 PM

Salam sejahtera
Saya ingin bertanya atau minta pendapat mengenai kucing kucing yang saya pelihara sebanyak 8 ekor,
2 ekor, jantan dan betina berumur 5 bulan, 5 ekor lagi berumur 45 hari,masalahnya saya tak tahu dimana hendak serahkan kucing kucing ini,kerana mereka begitu manja,sebab untuk tidak mahu menjaga kucing kucing ini lagi,adalah kerana saya tinggal di apartment,dimana keadaan yang tidak sesuai untuk membela begitu banyak kucing,untuk maklumat kucing kucing ini semuanya berak dan kencing dalam tandas.
Saya minta pertolongan sekiranya ada mana mana pihak atau tempat yang boleh saya serahkan kucing kucing saya ini,saya tidak sanggup untuk meninggalkan kucing kucing ini di pasar atau tempat tempat yang tidak sepatutnya.

Sekian
Terima kasih
HASSAN BIN YUSOFF
(Tel.no:0360212775)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/23  at  10:26 AM

Salam Puan,

Saya mempunyai 8 ekor kucing dan ingin menyerahkan kesemuanya kepada pihak pusat pemeliharaan kucing memandangkan kekangan masa kerana saya selalu ‘out station’.  Saya tidak sanggup melepaskan di pasar-pasar atau memisahkan mereka dan memberikan kepada individu. Adakah pusat tersebut di Melaka? 
Terima kasih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/08  at  12:20 PM

salam…. hyeee sy dew 25 ekor kucing,,
daa xlrat nk pelihara daa…
sy nk buang tp xtau mane tmpat2 yg elok..
blh x bg cdangan kat mana patut sy hantar kucing2 sy nie????
plz.. urgent

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/03  at  12:42 AM

salam…kucing saya selsema dan kerap bersin, mata pun bengkak dan merah serta berair, saya dah letak ubat sakit mata manusia sebanyak 2 kali tapi jadi makin merah,,jadi saya tak letak lah lagi,..kenapa ye?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/06  at  11:12 PM

Salam puan Ainon.

Saya sebenar nya tak minat kat kucing tapi entah macam mana seekor anak kucing manja jantan telah datang kerumah dan bermanja dengan saya maka dari situ saya mula suka kucing dan tercari-cari kucing baru. saya telah terjumpa 4 ekor kucing betina yang berbulu tebal dan panjang serta halus bulunya. masa itu saya dan kawan saya sama sama bela dia ambil 2 dan saya 2. saya bela tetapi yang seekor mati tidak lama kemudian sebab kemalangan. kucing yang tinggal berkahwin dengan kucing jantan saya dan melahirkan anak 5 ekor. disini saya rasa agak berat sebab suami saya rupa-rupanya tidak suka kucing. sekarang ini saya dalam delima sebab hari-hari suami saya merungut sebab belakang rumah busuk dengan tahi kucing. kebetulan saya bekerja di opis baru dan tak ada masa untuk menjaga kucing. kesian kucing jadi terbiar. suami saya suruh buang aje di pasar malam atau mana mana restoran akan tetapi saya sayang kucing saya dan tak sampai hati maka diisini saya ingin bertanya ada sesiapa yang hendakkan kan kucing saya atau puan sendiri yang nakkan kucing saya. kucing saya amat comel dan nakal. saya suka dengan keletahnya. tapi dah suami tak suka saya tak boleh buat macam mana lagi. saya bertanya sebab saya tak sanggup melihat kucing saya terbiar begitu saja.  tolong lah saya. siapa yang berminat nakkan kucing saya hubungi saya 0176652660 Saadiyah ok. tq puan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/15  at  02:57 PM

salam..pn ainon,saya ada lima ekor kucing yg dibela dlm rumah dan tak pernah keluar rumah. 4 jantan seekor betina.3 ekor daripadanya anak kepada kucing betina dan jantan dewasa.anak kucing saya dah berumur 4 bulan tapi masih menyusu ibunya..kebetulan ibunya sedang sarat mengandung.saya sering melarang kerana kesian pada ibunya tapi ibunya terlalu sayangkan anak,kalah manusia kan yg suka buang anak.soalan saya macam mana nk hentikan penyusuan anak kucing ini?,utk pengetahuan puan anak kucing ni tak ada masalah mkn makanan kucing biasa.saya juga selalu membeli kangkung dan beri kucing2 saya mkn klau saya tengok kucing2 saya mcm sakit.lepas mkn kangkung dia akan muntah dan lepas tu kucing saya dh sembuh.betul ke cara saya ni?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/26  at  11:40 AM

salam pn.Ainon..terima kasih kerana banyak memberi info tentang kucing..soalan saya bagaimana cara yang berkesan untuk membersihkan telinga anak kucing, kerana ibunya sudah tiada. terima kasih.

Cik Nurul yang budiman,
Cikpuan boleh gunakan minyak baby oil Johnson dan putik kapas. Kalau tidak ada baby oil, boleh gunakan losen kulit atau losen tangan yang biasa kita gunakan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/04  at  01:51 PM

Assalamualaikun Puan Ainon.
Saya ingin bertanya mengapa anak kucing yang saya pelihara berusia antara 1 hingga 2 bulan sering mati bila sakit.Ada yang selepas mendapat suntikan bila dia sakit juga akhirnya mati. Saya sangat sedih dengan kejadian ini. Untuk pengetahuan puan saya selalu mengambil kucing terbiar untuk dipelihara. Mohon mendapat nasihat puan. Tk

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/22  at  03:39 PM

hai assalamualaikum saya ucapkan,disini ingin saya bertanya soalan,saya mmg dah lama menjaga kucing,tetapi adakalanya ianya juga agak menggugat iman saya huhu…sebab kucing2 saya sgt2 nakal saya tak tahu apa puncanya? tapi saya mahukan kesahihan adakah jikalau saya tak dapat hilangkan kesabaran saya lalu memukul atau marah adakah itu penyelesaian?sudah tentu tidak!tp takdelah pukul terlampau saya pukul ke marah ke serupa mcm menjaga anak,walaupun saya masih belum dikurniakan anak lg.so dekat sini saya ada goyah sikit dgn sifat saya sendiri adakah itu melampau….......tolong comment utk saya yg mushkil…...wassalam

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/25  at  09:45 PM

salam puan,nk tanya camne nk rawat anak kucing sebulan yang sakit mata n selsema idung…urgent

Pn. Ainon Mohd.  on  04/26  at  08:08 AM

Pergi ke farmasi dan beli ubat sakit mata manusia. Bukan Eyemo, itu pencuci mata. Ubat sakit mata RM5.00. Titikkan pada mata kucing 2 kali sehari.

Ubat selsema kucing serupa dengan ubat demam selsema manusia. Beri sedikit sahaja, sebab kucing kecil daripada manusia.

amira  on  07/02  at  06:44 PM

assalamualaikum,
saya ade 3 ekor anak kucing baru.
dah 2 bulan lebih.
semua sihat tetapi perut mereka besar.
ada cacing ke dalam perut mereka?
ape yang perlu saya buat?
dan ada seekor tu mata die penuh tait mata.
setiap hari saya bersihkan dengan air suam.
ada tak klinik haiwan kerajaan kat Klang nie?

dan boleh ke saya bagi mereka minum susu kucing yang
jual kat tesco dan giant?
sebab mak kucing nie macam dah tak de susu je.
hehhehe =)

ini adalah kali pertama saya amik berat tentang kucing.
Sebab Nabi Muhammad pon suka kucing.
Dulu parents saya yang sentiasa amik berat.
Mungkin Allah S.W.T buka kan hati saya =)
alhamdulillah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/03  at  06:50 AM

Pergi ke farmasi dan beli ubat sakit mata manusia. Bukan Eyemo, itu pencuci mata. Ubat sakit mata RM5.00. Titikkan pada mata kucing 2 kali sehari.

Susu kucing yang dijual di supermarket boleh diberikan.

Tanda cacing adalah apabila dia berak cair. Boleh gunakan ubat cacing manusia, tetapi beri sedikit sahaja.

Jabatan haiwan tidak merawat kucing.

Jika ada klinik haiwan swasta, elok dibawa jumpa doktor vet.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/11  at  04:59 PM

Salam. Saya ingin beratanya tentang kepercayaan tentang kucing hitam legam yang kononnya tidak baik diperlihara. Baru-baru ini kucing siam saya telah beranak 4 ekor dan salah seekor berwarna hitam legam langsung tiada warna lain di badannya. Lagi 3 ekor ok la..cumil dan ada 2/3 warna kerana kucing siam saya ni berkahwin dengan kucing-kucing kampung..tak tahu berapa banyak pasangannya. Kasihan saya lihat yang berwarna hitam legam dan saya terus memeliharanya tanpa pedulikan kata-kata orang tentang keburukan kucing hitam, dan sekarang dah masuk 2 minggu. Semoga Allah merahmati keluarga dan kucing2 kami.  Apa pandangan puan tentang perkara ini..?perlukah saya membuangnya setelah kucing hitam itu pandai berdikari nanti?..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/21  at  02:18 PM

ASSALAMMUALAIKUM,SAYA NAK TANYA NI.KALAU SAYA BELI KUCING SIAM DAN KUCING PARSI,BOLEHKAN KUCING ITU MENGAWAN DAN BOLEHKAN KUCING ITU HIDUP SEBAGAI PASANGAN KUCING WALAUPUN KUCING ITU BERLAINAN BAKA.MACAM MANA DENGAN ANAK KUCING ITU.ADAKAH ANAK KUCING AKAN DAPAT BAKA SIAM ATAU BAKA PARSI ATAU BAKA LAIN.WARNA BULU ANAK KUCING ITU AKAN SAMA DENGAN WARNA BULU BAKA SIAM ATAU WARNA BULU BAKA PARSI ATAU WARNA BULU BAKA LAIN.SAYA HARAP PIHAK TUAN AKAN DAPAT JAWAB PERSOALAN YANG BERMAIN DALAM FIKIRAN SAYA.SAYA TIDAK BELI LAGI KUCING ITU.SAYA NAK PASTI KALAU PASANGAN KUCING ITU BOLEH MENGAWAN.KALAU BOLEH,BARU SAYA BELI.JASA BAIK PUAN YANG DAPAT MENJAWAB PERSOALAN SAYA AMATLAH SAYA HARGAI.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/06  at  03:21 PM

Assalamualaikum puan ainon…saya adalah owner pada kucing yg mnjadi mangsa PETNODE baru2 ini….sy rasa sedih dan terkilan dengan tindakan PETNODE yg membiarkan kucing2 dengan tidak memberi makan…..dan saya berfikir dan bercadang ingin membuka pusat penjagaan kucing seperti PETNODE….adakah ia susah dan bagaimana hendak membukanya?saya harap puan dapat membantu saya….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/03  at  01:37 PM

assalamualaikum..
Saya ada seekor anak kucing. Dia tiga beradik..masalahnya badan anak kucing saya yang seekor ni tak besar-besar.kurus saje..jauh berbeza dengan adik beradik dia yang lain..berak dia pun cair..saya rasa dia ada penyakit cacing..ada ke ubat cacing di jual di klinik haiwan?tahu tak berapa harganya? minta pendapat puan..terima kasih.

.............

Cikpuan Eda, boleh gunakan ubat cacing untuk kanak-kanak, tetapi berikan sedikit sahaja….

Page 2 of 3 pages  <  1 2 3 >

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: