Surat Pilihan dan Khidmat Masyarakat: Kandang Kucing
Assalam alaikum, Puan Ainon dihormati dan dirahmati Allah.
Saya doakan Puan dan keluarga berada dalam kelapangan, ketenangan, rasa gembira, sihat dan bersemangat dalam urusan seharian. Sesungguhnya , dicantikkan jiwa dengan sifat lapang dada, kemuliaan dengan ketaqwaan serta diberi kebaikan diri dengan dengan kesihatan. Amin.
Tujuan saya menulis e-mel ini bukanlah berkenaan buku, tetapi ingin mendapatkan nasihat berkenaan penjagaan kucing. Saya bercadang membina seperti sebuah kurungan besar bagi 10 ekor kucing di rumah. Sebelum ini lebih banyak, melebihi 20 ekor. Sejak saya berpindah semula ke Melaka, saya melihat kucing-kucing ini mula membuang najis merata-rata kawasan luar rumah. Bagi saya agak tidak elok dilihat tetamu atau orang asing. Ia tidak berlaku sebelum ini.
Jadi saya mohon pandangan Puan, bagaimana Puan menjaga kucing-kucing di rumah. Waktu bilakah ia dikeluarkan daripada kurungan dan waktu bilakah ia dimasukkan kembali ke dalam kurungan.
Selain itu, penyediaan kurungan bagaimana yang disarankan oleh Puan dari sudut saiz keluasan dan apa-apa perkara berkaitan.
Mohon maaf, saya rasa soalan ini bukanlah soalan yang sesuai diajukan kepada pengerusi PTS. Tetapi sejak seminggu ini saya rasa cukup sakit hati melihat najis haiwan di sana-sini, tambahan lagi majlis perkahwinan bakal diadakah di sini (bukan saya). Harap-harap e-mel ini bukanlah entri pilihan UNIKA minggu ini. Terima kasih.
ZAMRI MOHAMAD
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Slm,sy nk tnya..kucing sy ada selsema dn bersin.ubat apa yg perlu sy beri?terima kasih…
..................
Kalau ada klinik vet, bawa ke klinik. Kalau tidak ada klinik, boleh cuba beri ubat demam selsema yang kita makan. Beri sedikit sahaja, sebab badan kucing kecil.
Pengalaman saya, jangan bagi anak kucing makanan lembik dalam tin…nanti sakit perut, cirit-birit…mati! Kalau dah kentut kucing tuu, tanda perut proses makanan tak ‘ngam’, nasib baik tak jadi apa-apa…
Puan Ainon Mohd, saya nak minta pendapat puan..
saya ada anak2 kucing parsi yang umur baru saja lahir. malangnya,ibu kepada anak2 kucing tersebut telah pun pergi dulu setelah 2 hari melahirkan anak2nye.jadi sekarang ni, saya kena menjaga anak2 trsebut..masuk hari ni, sudah seminggu usia anak2nye.saya risau sgt dengan ank kucing tersebut kerana badannye sgt2 lemah.terlampau emah dan kecil.tapak kaki kucing tersebut juga sejuk dan selalu bersin sejak 2 hari yg lalu.adakah ini tanda2 demam?atau ank2 tersebut mmg sudah xboleh diselamatkan? sebelum ini ank2 tersebut mnum susu yg diberikan..tapi sekarang die xnk mnum.die muntahkan balik susu tu..tp saye pakse gak die mnum.ank2 tu mnum sikit sangat..kalau ank2 kucing seusia seminggu boleh ke diberi vitamin??sedih sgt bila saya tgk keadaan kucing tu.
Assalamualaikum..
Saya amat sangat berharap pn dpt mbantu sy mnjawab persoalan sy secepat mungkin..kerana ank kcg sy sdg skt, sy syg sgt ank kcg sy ni..
masalahnya: sy ade pergi ke klinik veterinar, dr bg ubt cacing, ms tu umr ank kcg sy 3bln, selang 2 bln skali lg sy pergi ke klinik veterinar krn ank kcg sy kt punggung sepanjang masa kua njs, tp dr ckp xpe..skali lg die bg ubt cacing..skrg, slps 2 bln, ank kcg sy semakin trk..smp lembik dh bdn2..sepanjang masa kua njs, cair…
knp dgn ank kcg sy??? di sebabkan ubt cacing ke??? dan bagaimana nk atasi???
ble sy tgk ank kcg sy, sy mnangis sbb sy sayang sgt2 dgn die…tima ksh pn…
Post a comment