Saturday, April 19, 2008

Surat Pilihan: Dari Suami Ain Maisarah Tentang Kerenah Peminat Kecil

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum, Puan Ainon.

Semoga puan dan keluarga sihat hendaknya di Janda Baik dan beroleh rezeki yang melimpah ruah daripada perniagaan yang diberkati.

Saya dan isteri amat gembira melihat kebanyakan buku hasil penulisan AinMaisarah menerima sambutan hangat. Syukur kerana kebanyakan buku AinMaisarah berada di carta Top 12 PTSOne, cuma Aku Mahu Saiz S saja tak masuk carta. Sekiranya ada stok buku itu, rasanya ia masuk juga carta.

Sekarang ini Puan AinMaisarah sedang sibuk melayan kerenah pembaca-pembaca di laman web. Sungguh tidak sangka e-mel yang masuk setiap hari menjangkau 80-100 pucuk sehari.

Banyak pula kerenahnya peminat-peminat kecil ini. Kadang-kadang terasa lebih senang sekiranya penulis tidak terlalu senang dihubungi. Jadi lebih masa boleh ditumpukan kepada menulis buku.

Sekarang ini terdapat 2,000 pembaca yang telah mendaftar di laman web Puan AinMaisarah. Ini juga adalah potensi yang besar, kerana kami boleh membuat promosi buku-buku hanya dengan menggunakan e-mel.

Itulah dilemma yang dihadapi sekarang ini. Saya perlu memberi masa lebih kurang 3 bulan lagi sebelum kami memikirkan keseimbangan dalam penulisan dan melayan kerenah peminat.

Mengenai perkembangan Mbook dan Bookplus. Saya sedang membangunkan satu forum khas online bagi kita membincangkan cara memperbaiki produk kita ini, memperkemaskan lagi gerakkerja dalam memperkenalkan Mbook dan konsep 'bookplus' kepada pembaca di luar sana. InshaAllah forum tersebut akan siap minggu hadapan. Wasalam.

Syaizul Amal

Nota kaki: Banner dan foto adalah dengan ikhsan blog rasmi Pn. Ain Maisarah 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Corat-coret Pesta Buku: Editor Mempromosi Buku Previous entry: Maklumat Sejarah dan Mencipta Sejarah Alternate

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: