Surat Pilihan: Hadiah Misteri PTS ONE
Assalamu'alaikum warahmatullah.
Puan, Saya doakan semoga Puan berada dalam kerahmatan dan berkat dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.
Puan, sebenarnya agak berat dan segan untuk saya menaip emel ini. Walaubagaimanapun, anak saudara saya Ammar (10 tahun) telah berkali-kali bertanya saya samada saya sudah hantar emel inikah belum. Ammar memang suka membaca, apalagi buku-buku PTS. Isunya begini, di belakang novel-novel PTS One ada diberikan keratan yang perlu dikumpulkan dan dihantar kepada PTS One bagi mendapatkan hadiah misteri.
Ammar begitu bersemangat sekali mengumpul keratan tersebut, hinggakan ada novel-novel yang telah dibeli tetapi tanpa keratan tersebut hendak dibeli sekali lagi dengan duit simpanannya sendiri bagi mendapatkan keratan itu. Setelah cukup dikumpul dan ditampal, maka borang dan keratan itu telah dihantar kepada alamat yang tertera. Namun sehingga kini (lebih dari setahun) beliau masih belum menerima apa-apa hadiah. Dan dia tidak lupa, tidak pernah lupa kerana dia amat mengharapkan hadiah misteri tersebut.
Beberapa kali dia bertanya saya samada saya benar-benar poskan borang tersebut. Kemudian, dia menelah adakah PTS sudah menipu? Saya merasa amat tidak selesa, kalau boleh saya ingin belikan sendiri hadiah tersebut dan katakan bahawa itulah hadiahnya.
Saya faham mungkin pihak PTS One agak sibuk dan akhirnya borang yang dikirim oleh Ammar telah tercicir atau tersalah letak atau telah ditenggelami dengan dokumen-dokumen lain. Saya tidak salahkan PTS.
Jadi, apa yang harus saya lakukan? Sekiranya saya perlu membeli sendiri hadiah tersebut, bolehkan Puan nyatakan apakah hadiah misteri yang diberikan itu? Kalau boleh saya tidak mahu Ammar terus merasa tertipu. Agak sukar juga untuk memahamkan kepadanya akan suasana kerja yang boleh menyebabkan borangnya itu tercicir. Dan saya harap ianya tidak akan terjadi kepada borang-borang orang lain juga. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Wan Norjihan binti Wan Abdullah
www.norjihan.net
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam;
Saya amat bersimpati dengan Ammar. Nasib baik dia mempunyai ibu saudara yang amat prihatin. Barangkali ramai lagi “Ammar” di luar sana.
Ya
sambil angkat tangan.
Sebenarnya ada!
Ini adalah kepercayaan daripada seorang peminat kecil terhadap sesuatu jenama produk. Terhadap penerbit.
Jangan disia-siakan kepercayaan mereka, kerana sekali mereka merasa dikhianati, maka ingatan itu akan kekal dan menjadi racun pada kemudian hari.
Mereka para peminat bukan aset, tetapi insan penting buat penulis-penulis dan pastinya buat pihak penerbit juga.
Pihak PTS tentu mempunyai cara untuk mengatasinya.
Assalamualaikum keluarga PTS,
Isu ini menarik perhatian saya kerana saya sendiri berurusan dengan beratus-ratus peminat kecil yang membeli buku secara online di http://www.ainmaisarah.com
Satu yang perlu diingat, peminat kecil ini kurang sabarnya berbanding orang dewasa. Apabila kita berjanji mahu menghantar hadiah atau buku, mereka terus beranggapan ianya akan sampai depan rumah esok hari juga.
Walhal, urusan pos mungkin mengambil masa seminggu. Lebih parah apabila bungkusan yang dihantar hilang di tengah jalan kerana alamat yang diberi tidak lengkap.
Saya sendiri sudah tiga kali mengalami perkara seperti ini. Bagi mengambil hati peminat yang sudah tertunggu-tunggu, saya hadiahkan sesuatu yang ‘extra’ (contoh: berikan 1 lagi novelcomel percuma)
Pada saya, tak mengapa saya rugi sedikit. Asalkan kepercayaan peminat tidak terhakis.
Saya pasti pihak PTS One lebih arif dalam mengendalikan kes-kes terpencil sebegini.
Salam Mesra,
AinMaisarah
Saya kira isu kanak-kanak ini memang perlu diberi perhatian mendalam. Saya yakin komitmen PTS One dalam memberikan apa yang terbaik kepada pembaca. Apabila terbaca kisah ini saya teringat kepada kisah René Descartes.
Siapa René Descartes?
Beliau adalah ahli falsafah dunia, dari Perancis dan merupakan pakar sains, matematik dan penulis. Revolusi Sains pada 1543 juga banyak terkesan dengan sumbangan tahap dunia daripada René Descartes.
Apa kaitan ahli falsafah dunia yang dikagumi dan lahir pada tahun 1596 ini?
Jawapan saya satu sahaja.
Beliau memberi nasihat ini ketika mana namanya di kemuncak, “Jangan sehingga kanak-kanak hilang kepercayaan dan tertipu dengan orang dewasa.”
Ayat ini adalah kesan daripada pengalaman René Descartes ketika kecil. Pada satu hari, pakciknya berkata ada tetamu istimewa akan datang ke rumah. Maka pakciknya menyuruh dia berpakaian cantik-cantik kerana tetamu itu akan membawa tetamu istimewa lain. Maka René Descartes dengan seronoknya memakai pakaian yang dianggap paling cantik dan menunggu di pintu rumah.
Kemudian pakcik dan ahli keluarga lain mentertawakan René Descartes kerana mempermain-mainkan dia. Sejak hari itu, peristiwa zaman kecil René Descartes ini menjadi salah satu nasihat dia kepada orang lain ketika mana dia sudah bergelas ikon dunia.
Saya tidak berkata PTS One ada kecenderungan tidak memenuhi janji. Tetapi satu harta paling bernilai dalam hidup kanak-kanak adalah kepercayaan dari orang lebih dewasa.
Saya kira nasihat ini dan cerita René Descartes juga menjadi ingatan kepada semua penulis novel kanak-kanak betapa besar tanggungjawab mereka pada setiap satu kanak-kanak yang mempercayainya.
Apa saranan saya?
Pertama mungkin PTS One boleh beri suprise dengan menghantar kad raya pada adik kecil ini.
Kedua jika ada kemampuan, mungkin boleh suprise dengan hadiah yang dihantar oleh seorang pegawai PTS One ke rumahnya.
Ketiga isu ini tidak perlu minta maaf kerana ketika ini budak ini masih tidak tahu PTS One tidak hantar hadiah. Cukuplah katakan hadiah sedang disediakan mengikut giliran sebab saya rasa bukan dia seorang sahaja terima giliran itu.
Ketiga PTS One mesti mempunyai sistem agar perkara ini tak berulang lagi.
Pada masa akan datang, kanak-kanak ini akan membesar dengan satu kepercayaan yang berbeza dengan cerita René Descartes. Ia mempercayai janji orang lebih tua daripada dia.
Saya sentiasa menyokong perjuangan anda semua.
Selamat Hari Raya.
Salam semua,
Terlebih dahulu, saya mewakili pihak PTS One memohon maaf atas kelewatan mengirimkan hadiah kepada peminat-peminat kecil kami khususnya adik Aiman.
Setiap hari, ada sahaja surat Aku Mahu Hadiah diterima oleh pihak kami. Borang itu akan menunggu giliran untuk dimasukkan ke dalam database kami terlebih dahulu dan kemudian satu tarikh akan dipilih untuk menghantar hadiah kepada mereka secara berperingkat-peringkat. Maka dengan itu, pihak kami memohon maaf sekali lagi atas kelewatan dan kekurangan dalam sistem pengurusan kami.
Sebarang pertanyaan mengenai Aku Mahu Hadiah bolehlah berhubung terus dengan Encik Nazri (.(JavaScript must be enabled to view this email address)). Harap maklum.
Assalamualaikum wm wb
Sebenarnya anak saya juga pernah menghantar keratan-keratan dari sampul buku-buku PTS One tapi hingga kini belum juga menerima hadiahnya. Saya kira borang itu tidak sampai ke PTS mungkin disebabkan orang yang mengeposnya tersalah peti surat.
Saya tidak pasti sudah berapa lama ianya berlalu…... tetapi yang pasti anak saya sudah ‘terlupa’ bertanya mengenainya lagi. Saya pun terlupa hendak bertanya dengan Che Ann walaupun saya pernah diberitahu oleh salah seorang kakitangan PTS supaya menghubungi beliau.
Sekiranya memang rezeki anak saya insyaallah dia akan dapat juga, cuma penantian itu satu siksaan.
Wassalam.
Assalamualaikum,
Saya Nazri B. Mohd Annuar, editor kanan PTS ONE Snd Bhd.
Kepada semua pembaca yang tidak menerima hadiah dari PTS ONE mohon dihantar emel kepada saya berkenaan butir-butir nama anak-anak agar memudahkan saya membuat rujukan untuk mengenalpasti masalahnya.
Terima kasih
Harap maaf. Diatas bukanlah link ke blog saya. Kesulitan amatlah dikesali.
Post a comment