Friday, October 24, 2008

Surat Pilihan: Ikut Macam Artis Buat

Salam buat Pn. Ainon sekeluarga. Moga terus sukses dalam mencari ilham melahirkan rbuan lagi buku berkualiti.

Puan,
Pada masa kini, ekonomi negara dan dunia dalam kegawatan. Justeru adalah penting untuk usahawan mencari idea memajukan bisnes walau dalam kegawatan. Suatu masa dahulu, artis dan pelakon handalan pun turun padang membuka cafe dan stall makanan untuk menyara hidup. Begitulah kreativiti mereka untuk mencari pendapatan.

Begitulah juga dengan penerbit.Walaupun ramalan kuasa beli akan berkurangan, namun peminat buku yang mampu akan terus membeli buku. Mereka tidak terjejas dengan kegawatan ekonomi. Jsuteru saya cuba memberi idea buku yang perlu diterbitakn dalam era kegawatan. Antara idea buku yang perlu diterbitkan ialah:

1.Buku bisnes.

Negara kita mempunyai jutaan usahawan kecil dan besar. Begitu juga dengan ribuan jenis bisnes yang wujud di Malaysia. Justeru buku bisnes perlu diterbitkan dengan pelbagai idea baru dan praktikal. Sebagai contoh, ramai usahawan kedai pakaian dan penjual goreng pisang tidak tahu bagaimana memajukan bisnes mereka.

Oleh demikian, buku yang sesuai dengan kategori bisnes perlu diterbitkan. Jika 1 buku untuk 1 bisnes,Pts akan mampu menerbitkan 1000 judul siri bisnes.
Buku ini akan membantu usahawan memajukan bisnes mereka. Penjual nasi lemak akan mencari buku nasi lemak. Usahawan car wash akan mencari buku car wash. Penjual ubat akan mencari buku tentang ubat. Begitulah seterusnya. Saya telah meneroka banyak kedai dan toko buku, buku-buku sebegini amat kurang dan tiada dalam pasaran.

2.Buku praktikal.

Ramai manusia mahu tahu tentang pelbagai perkara. Empunya komputer mahu tahu membaiki dan menguruskan sesbuah komputer dengan betul. Seorang penunggang motosikal mahu bijak dalam pegendalian motosikal agar kerosakan berjaya dielakkan. Seorang Ayah mahu melakukan kerja2 membaiki paip, mentol, peralatan rumah dll. Seorang remaja ingin mengelakkan jenayah seperti rogol dan ragut. Jadi dengan lahirnya buku praktikal bergambar dan mudah, akan menarik orang yang dahagakan pengetahuan dan kemahiran untuk membeli.

3.Buku pertanian.

Jika dapat diterbitkan buku tentang projek dan kemahiran praktikal bertani dengan lebih berjaya dan moden,tentu ramai akan menceburinya. Jika tidak mahu mengusahakan secara besaran, cukuplah bertani untuk menyara keluarga sendiri. Ini akan membantu ramai suri rumah dan keluarga yang mahu melibatkan diri dalam pertanian. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan kos kehidupan, malah boleh mendtangkan pendapatan secara kecilan. Buku pertaniah perlu merangkumi pelbagai tajuk seperti sayuran, buahan, ikan dan lain-lain.

Demikianlah beberapa cadangan saya. Semoga mendapat perhatian dari Puan.Saya mohon maaf jika idea-idea kecil dan naif ini tidak memberi apa-apa sumbangan dalam memajukan PTS. Jika mendapat perhatian Puan, saya doakan Puan berjaya menghasilkannya dengan baik dan moga jualan buku buku tersebut mampu memberi playang lumayan buat penerbit dan penulis. Maju jaya buat PTS!

Saat Sulaiman
http://saatcham.wordpress.com/

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Akan Terbit Previous entry: Siapa Buat Untung Lebih
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/27  at  08:21 AM

Salam,

Saya kini dalam proses pembikinan buku genre ‘info hiburan’. Setahu saya, buku sebegini belum ada di pasaran.

Dan sebagai permulaan, buku berjodol 13 Tips Jadi Artis ini, akan saya edarkan dalam bentuk digital. Saya menulis buku ini kerana di luar sana, ramai yang mahu menjadi artis/selebriti (ini boleh dilihat daripada berduyun-duyun manusia yang hadir untuk sesi ujibakat AF, OIAM dll) tetapi kebanyakan mereka tidak tahu langkah yang perlu diambil.

Ramai juga yang terpedaya wang ringgit dan maruah kerana ingin menjadi artis. Buku panduan ini juga memberi panduan ‘apa yang perlu dielakkan’ supaya tidak ditipu dan dipermainkan oleh segolongan pihak di dalam industri hiburan ini.

Sekiranya saya mahu PTS menerbitkannya, agaknya, di bawah brand PTS yang mana ya?

wasalam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.