Surat Pilihan: Isu Lagu untuk Mbook PTS-METADOME
Salam Sifu,
Moga sihat-sihat selalu dan tidak pening-pening dalam demam pilihanraya.
Sejak Sifu menulis tentang isu lagu dan lirik dalam mBook, saya banyak memikirkan tentangnya. Iyalah, saya bergaul dengan golongan penulis, penyanyi, komposer dan juga jurutera rakaman tidak kiralah yang bertaraf amatur atau professional. Saya melihat lagu dalam mBook sebagai peluang untuk mengetengahkan bakat-bakat baru dalam industri muzik. Bukan itu sahaja, projek ini mungkin sahaja merubah cara kerja industri muzik yang menindas artis-artis rakaman.
Bila sebut sahaja lagu, kita tidak perlu terikat dengan artis-artis dan komposer-komposer mainstream yang sedia ada. Kali ini, saya mencadangkan agar kita bekerjasama dengan pemuzik-pemuzik 'indie'. Kelompok ini ramai di IPT dan Kolej serta mempunyai bakat yang besar. Namun, mereka keberatan untuk ke syarikat rakaman atas faktor kebebasan yang terkongkong dan pelbagai bentuk kekangan lain.
(i) Isu siapakah yang lebih berbakat bagi menciptakan senikata lagu tema itu.
Dalam sesetengah genre muzik, ia sudah tepu dengan ciptaan komposer yang sama sehingga semua lagu yang dibawa oleh artis kedengaran sama sahaja. Kes ini terjadi dalam genre nasyid apabila hanya 2-3 orang komposer sahaja yang membekalkan lagu. Kadang-kadang mereka menggunakan pelbagai nama, tetapi tetap orang yang sama. Keadaan ini mengekang kreativiti dan menyebabkan sukar untuk menarik pendengar-pendengar baru.
Tentang soal bakat menulis senikata, tiada masalah sebenarnya. Editor, penulis dan tim pemasaran boleh sama-sama menilainya terlebih dahulu. Kita sama-sama lihat adakah sesuai dengan konsep buku itu atau tidak. Lebih penting lagi, syariah-compliance dapat dijaga.
(ii) Isu kos merakamkan lagu tema itu yang mahal.
Kos rakaman memang mahal, sekitar RM3000 untuk satu lagu. Tetapi, tidak semestinya PTS yang menanggungnya. Di kalangan artis-artis indie mereka memang mempunyai bajet untuk rakaman, tetapi bermasalah dari segi pengedaran. Oleh itu, PTS & Metadome boleh membantu di sini.
Malah, ada di kalangan artis-artis indie ini mempunyai studio sendiri. Lebih hebat lagi, ada yang menjadi jurutera rakaman untuk artis-artis mainstream.
Bagi yang tidak mempunyai studio sendiri pula, PTS-Metadome boleh sahaja membantu dengan menempah untuk sewa studio secara pukal untuk beberapa lagu dan artis. Ongkosnya ditanggung oleh artis-artis itu sendiri. Artis dapat kadar sewa yang lebih murah dan PTS-Metadome dapat konten.
(iii) Isu siapakah penyanyi yang sesuai menyanyikan lagu tema itu.
Bagi mengurangkan risiko kerugian, isu mendapatkan penyanyi yang sudah sedia popular dan mempunyai banyak peminat di kalangan remaja akan menjadi isu amat penting.
Isu ini boleh dilihat dari sudut berbeza, jika kos rakaman sudah tidak ditanggung maka margin kerugian sudah menjadi kecil. Artis-artis indie juga lebih rapat dengan remaja dan tahu kehendak mereka sedangkan artis syarikat rakaman harus mengikut telunjuk pengurus A&R. Pengurus A&R ramai sudah tua dan kebelakangan ini tidak muncul sangat artis-artis top.
Di sini, kita mecipta peluang untuk menghasilkan ikon-ikon baru. Ikon yang progressif dan syariah-compliant.
(iv) Isu kontrak penyanyi popular itu dengan syarikat rakaman juga mempunyai implikasi.
Isu kontrak sebegini tidak muncul jika kita berurusan dengan artis-artis indie.
Wassalam
Muhammad Firdaus bin Ariff

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puanku Sifu,
Jika ada yang beminat jururakam indie untuk tujuan rakaman, composing dan sebagainya…...
boleh hubungi saya ... sherlock(at)rastom.net
wassalam
Post a comment