Wednesday, November 07, 2007

Surat Pilihan: Isu Penulis Kahwin Lain


Assalamualaikum Puan Sifu yang saya sayangi dan kasihi. Diharap semua warga kerja PTS, sihat hendaknya.
 
Saya tertarik mengenai entri Apabila Penulis Tidak Sabar Menunggu Giliran, Lalu Kahwin Lain.
 
Saya ingin bertanya, jika saya sudah menghantar sebuah karya siri pertama pada si penerbit lain, adakah saya boleh menghantar siri kedua buku itu pada penebit yang lain, jika saya tidak berpuas hati dengan cara buku saya diterbitkan oleh penerbit yang pertama tadi. Sedangkan kontrak hanya untuk buku pertama sahaja.

Adakah tindakan ini wajar? Demi menjaga nama baik seorang penulis.

FK

Respons Sifu: 

Tuan FK,

Adakah tuan menandatangani sebarang perjanjian di mana tuan bersetuju menulis lebih daripada 1 buku dengan penerbit pertama? Jika tidak, tuan boleh menghantar buku-buku kedua, buku ketiga dan seterusnya kepada penerbit lain. 

Bagi menjaga hubungan baik tuan dengan semua pihak, tuan dinasihati supaya secara terus terang memaklumkan kepada penerbit pertama akan hasrat tuan hendak memilih penerbit lain. Dengan itu penerbit pertama tidak berasa tuan seorang yang mempunyai tabiat suka main kayu tiga.

Penerbit baru tuan pun tidak mempunyai persepsi negatif bahawa tuan seorang yang tidak boleh diramalkan bagaimana tingkah laku tuan pada masa akan datang, sebab tuan seorang yang suka lari sana lari sini...

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Hubungan penulis-penerbit
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Menulis Sai-Fai Previous entry: Memilih Judul Buku: Gunakan Perkataan yang Makna Konotasinya Positif Sahaja
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/22  at  10:56 PM

Salam,

Tuan editor yang aku hormati, terima kasih kerana bersabar dengan karenah pengarang mu yang seorang nih, banyak betul ragamnya. Budimu ku kenang jua.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: