Surat Pilihan: Isu PTS Tolak Manuskrip Orang Pandai
Puan SifuPTS,
Salam Sejahtera. Saya masih ingat peristiwa di Pesta Buku Antarabangsa 2007. Saya membuat temujanji dengan Tuan Faris di sana.
Saya nampak puan di hujung ruang sedang berbual-bual. Kata saya: Minta maaf, Puan Ainon? Saya ada manuskrip untuk dipertimbangkan oleh PTS.
Puan membaca laju, selaju bas cepat ekspres. Kata puan: Saya sukakan manuskrip ini. PTS mahu ia diterbitkan. Ada dua perkara yang perlu diperbetulkan:
1. Penggunaan ganti nama 'saya' [bla… bla]
2. Bab ini panjang. Kami mahu ia ditukar kepada bab yang pendek-pendek [bla… bla...]
Saya ambil manuskrip dan pulang. Dalam perjalanan, saya katakan kepada Roza: Puan Ainon tu banyak cakap… Cakap tak berhenti-henti. Adakah patut disuruhnya saya rombak manuskrip yang dah bagus ini… Ini kerja besar. Saya kena rombak semua sekali.
Mulut jahat saya membebel. Di rumah saya tinggalkan emosi, menilai satu persatu komen-komen beliau. Dan jelas ada rasional dan logik saranan tersebut.
Kini ia menjadi sejarah. Kalau saya ‘degil’ dan berasa seorang ‘profesor’ tidak boleh ditegur, dan pastinya saya boleh mendapat layanan ‘red carpet’ penerbitan di tempat lain, dengan 20% royalti, saya tidak tahu sama ada niat sebenar saya yang mahu buku THMSI menemui seramai mungkin pembaca akan tercapai.
Saya fikir, jika kita enggan mengikut protokol penerbit tertentu, carilah penerbit lain dan usahlah menyatakan: Anggur Puan Ainon Masam.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Saya bersetuju dengan pandangan Prof Kamil.
Apabila kita ingin menerbitkan dengan PTS kita perlu ikut protokol penerbit itu sama seperti kita berkerja perlu ikut protokol organisasi tempat kita bekerja. Jika majikan menyuruh kita memakai baju batik pada setiap hari Isnin, kita perlu ikut.
Jika kita tidak suka dengan arahan itu, kita boleh membuat tiga tindakan, iaitu berhenti dan mencari kerja di tempat lain ataupun kita boleh cuba memberi cadangan kepada pihak majikan kenapa kita rasakan arahan itu tidak sesuai untuk dipratikan. Pilihan ketiga adalah kita cuba memahami kewajaran arahan itu dikeluarkan. Dalam kes Prof. Kamil, beliau memilih pilihan yang ketiga, iaitu mendalami kata-kata Puan Ainon itu.
Sebagai penulis, sehingga kini saya menulis dengan PTS kerana beberapa sebab antaranya adalah :
1. Tuntutan fardhu kifayah iaitu membantu syarikat penerbitan yang menjadikan Al-Quran itu sebagai Mazhabnya
2. Melaungkan dan mengamalkan dan menerbitkan buku-buku yang syariah compliant.
3. Tersentuh melihat seorang wanita yang di usia emas bertungkus lumus menjayakan bengkel-bengkel bagi melahirkan lebih ramai golongan penulis mengikut teori surah Yusuf. Perkataan yang menginsafkan saya adalah Subhanallah yang banyak kali diucapkannya setiap kali menerangkan keagungan ciptaan Allah yang terdapat dalam bidang penulisan. Semua idea dan setiap patah perkataan yang diterbitkan itu adalah dari Allah kita hanya sebagai tukang taip sahaja.
4. Sehingga kini PTS masih menyakinkan saya dalam tindakannya. Saya banyak mempunyai idea ataupun pemikiran yang kadang kala berbeza PTS. Saya mengunakan cara pintu hadapan itu bertemu dengan pihak PTS yang saya merasakan perlu untuk saya memberi pendapat ataupun komen saya. Alhamdulilah sebahagian daripada cadangan saya mereka bersetuju dan sebahagian lagi mereka menerangkan kepada saya kenapa mereka menetapkan sesuatu protokol itu.
Nasihat saya kepada para penulis di luar sana. Apabila anda ingin menulis dengan sesebuah penerbit, cari penulis yang sudah berjaya dan gembira dengan penerbit itu. Tanya pandangannya tentang penerbit itu. Anda juga perlu berjumpa sendiri dengan pihak penerbit untuk mengetahui. Di sini anda mempunyai 2 gambaran yang berbeza.
Sebelum saya bersama dengan Pts, sudah banyak penerbit saya temui kerana isteri saya juga seorang penulis. Bermacam ragam yang perlu saya lalui. Ianya mengambil masa hampir sepuluh tahu baru karya saya dapat dizahirkan secara nyata. Banyak asam garam dalam dunia penulisan. Cuma sehingga ke detik ini, saya masih ingin bernaung di bawah PTS.
Tidak sabar menunggu waktu yang paling bahagia iaitu apabila ‘Pesta Bermula’. Ketika ini anda dapat lihat bagaimana rupa PTS yang sebenarnya. Saya tidak dapat lupakan gelagat ahli keluarga PTS. Sehingga kini saya sendiri merasakan diri saya sebahagian daripada PTS. Semuanya akan membuka topeng mereka yang sebenar termasuk Puan Ainon.
Kepada bakal penulis yang mempunyai masalah dengan PTS ataupun penerbit lain dan ingin mendapatkan pandangan saya sila hubungi saya melalui .(JavaScript must be enabled to view this email address). Insyaa-Allah saya akan cuba sedaya upaya membantu Tuan dan Puan memulakan langkah pertama bagi merealisasikan impian Tuan dan Puan itu.
Ya, saya ingin menambah.
Mengapa saya menulis dengan PTS.
Mana ada penerbit pada kursus awal mengajar bagaimana melindungi hakcipta?
Mana ada penerbit mengajar merancang kejayaan buku, bukannya menulis buku sahaja.
Cuba beritahu saya?
Tuan Zamri, Saya jawab ya.
PTS! setakat yang yang ketahui. PTS juga membawa Puan Nisah Haron bagi memastikan hak cipta Penulis benar-benar di fahami oleh para editornya.
PTS juga menerangkan bertapa pentingnya kita sebagai penulis tidak menjual manuskrip kita.
Betul, perkara yang paling saya suka mengenai PTS:
1. PTS memberikan pendedahan kepentingan hak cipta kepada penulis.
2. PTS menjaga kebajikan penulis-penulis dan mentee-menteenya (biarpun ada yang tidak produktif)
3. PTS memiliki rakan-rakan seperjuangan (staf-staf) yang sangat baik.
4. Penulis-penulis PTS diasuh supaya berjiwa murni.
Sifu, saya pasti akan balas jasa Sifu dan PTS dengan memberi kejutan kepada Sifu suatu hari nanti!
Assalammualaikum w.b.t,
Pada pandangan saya hubungan dua hala yang akrab antara editor dan penulis adalah kunci kenapa seseorang penulis itu akan setia kekal dengan satu penerbit. Walaupun saya belum lagi menghasilkan buku dengan PTS tetapi melalui kursus-kursus yang saya hadiri malahan dibimbing secara profesional dengan Puan Sifu saya dapat rasakan PTS amat luar biasa dari segi layanan kepada bakal/calon penulisnya. Di rumah penerbitan lain penulis baru kadang dipandang sebelah mata pun tidak. Itu belum dari segi layanan acuh tak acuh bila kita bertanyakan sesuatu perkara pasal penerbitan. Sakit jiwa jadinya.
Post a comment