Saturday, November 24, 2007

Surat Pilihan: Isu Teori Terjemahan Mazhab Islami

Puan Sifu & semua sdr/sdriku yang lain,

Kerana saran PS masih di peringkat teori, suka saya mencelah sikit iaitu (jika tidak silap) pernah seorang tok guru/ulamak sohor di negara kita yang bwekata Allah ada “maki hamun/mencarut” di dalam Al-Quran.

Dikatakan laras bahasa Arab ini hendaklah difahami mengikut konteksnya dalam bahasa Arab itu sendiri, iaitu bukan difahami berdasarkan laras bahasa terjemahannya.

Dan dikatakan juga bahasa Al-Quran berdiri sendiri, dan bukan bahasa Arab semata-mata.

Jika kita menolak menterjemah teori evolusi Darwin, maka bagaimana kita mempelajari dan memahami apa yang dikatakan sebagai teori Darwin itu?

Dan jika kita tidak mempelajari dan memahaminya, bagaimana kita tahu ia menolak kewujudan Tuhan?

Belajar + Faham bukan bermakna menerima + beriman dengannya .., dan melalui belajar + faham kita akan mampu menyanggah apa yang batil dan fasik..., malah menunjukkan bahawa teori Darwin itu sebenarnya mendokong kewujudan Tuhan Maha Esa.

Fakta yang ditemukan para saintis dunia (setakat ini tidak dipertikai termasuk oleh saintis Islam sendiri) mengatakan persamaan DNA manusia dan beruk melebihi 99.5%.

Antara lain, teori Darwin ada satu kelemahan fundamental, iaitu “the missing link” iaitu kegagalan menghubungkait “beruk berdiri” yang tidak berakal dengan “manusia moden” yang punyai intelek. “Missing link” ini dikatakan berjarak sekitar 60,000 tahun, iaitu beza antara penemuan fosil “beruk berdiri yang terakhir” dengan fosil “manusia moden yang berakal”.

Nah! Tidakkah kelemahan manusia itu sendiri sebenarnya tanda dan saksi kebesaran dan keagunganNYA?

SABRI MAHMUD

 
(Sifu akan respon kemudian.)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Idea untuk Kempen Membaca Previous entry: Akan Terbit! Novel ke-3 Andrea Hirata

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: