Surat Pilihan: Keliru Ejaan Mana yang Betul
Assalamualaikum, Puan.
Semoga puan berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berada dalam lindungan Allah s.w.t.
Sekarang saya sedang mengedit sebuah buku agama. Walau bagaimanapun, saya keliru dengan ejaan perkataan "fiqah" itu kerana merujuk kepada Kamus Dewan (edisi ketiga) pada halaman 351 "fiqah" dieja sebagai "fikah" manakala Kamus Dewan (edisi keempat) pada halaman 411 adalah sebaliknya iaitu "fiqah".
Soalan saya, bolehkah kami menggunakan ejaan "fikah" (mengikut istilah Kamus Dewan edisi ketiga) ataupun mengikut istilah Kamus Dewan terbaru?
Sekian, terima kasih.
SNF
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment