Saturday, October 25, 2008

Surat Pilihan: Kos Promosi

Didoakan semoga puan dan keluarga besar PTS sentiasa dalam keadaan ceria, inovatif dan dinamik.

Sifat-sifat ceria, inovatif dan dinamik adalah antara gambaran saya kepada penerbitan PTS yang mampu menggugat kreativiti pembaca dan penerbit lain supaya terus membaca buku terbitan PTS dan menerbitkan buku yang lebih bagus daripada segi kandungan dan cover buku.

Setakat ini, saya percaya PTS masih lagi menang dan juara dalam bab kandungan dan cover buku, kerana ia berilmiah dan cantik-cantik. Walaupun duit yang juga cantik bagi dikeluarkan, namun semuanya berbaloi dengan mutu dan kualiti buku yang terjamin 100 peratus. Tahniah!

Selain itu, saya lihat pihak PTS sering ada macam-macam promosi di TV, radio dan akhbar. Sepanjang saya melayari laman web PTS dan web Puan, memang ada sahaja promosi di media tempatan. Best!

Mengambil contoh promosi di TV3, paparan yang bagus dan memberi info yang praktikal dan semasa kepada penonton. Jelas buku-buku terbitan PTS membantu pembaca dan khalayak. Saya ada menonton masa promosi buku Rahsia Buat Duit dengan eBay dan Bukan yang Pertama di TV1.

Saya ingin tanya, berapa peruntukan yang disediakan pihak PTS terutamanya jabatan pemasaran bagi mendapatkan slot itu. Sepanjang yang saya tahu bayaran bagi slot menjangkau beribu ringgit. Tetapi produk akhirnya memang berkesan dan ramai khalayak tahu.

Jika ada siaran lain ke TV pasti saya akan menonton kerana banyak juga buku PTS yang saya beli. Memang berbaloi dan memuaskan. Paparan di akhbar dan majalah juga dilihat sentiasa ada setiap bulan, kiranya PTS di mana-mana sahaja.

Brand yang dikenali ramai dan popular. Pastinya PTS akan terus mara dan semoga penerbitan buku di Malaysia juga semakin berkembang dan PTS bertambah maju dan jaya.

PTS ada di mana-mana!

Zuhri Zuhaidi 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sudah Terbit Previous entry: Akan Terbit

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.