Monday, December 31, 2007

Surat Pilihan: Lagi Isu 3 Abjad Ciptaan Bangsa Romawi ‘S’ ‘A’ dan ‘W

Assalamualaikum wm wb.
Puan Ainon yang dikasihi,
Semuga diberkati Allah sentiasa.
 
Maaf sekiranya tulisan ini mengganggu puan. Saya ingin juga meluahkan rasa tidak senang setiap kali saya menulis nama Nabi Muhammad (s.a.w) yang tidak sertakan dengan tulisan (s.a.w). Saya rasa saya telah melakukan penganaiayaan pada diri saya sendiri juga kepada pembaca kerana sebagai umat Islam matlamat kita untuk mendapat keredaan Allah. Satu daripada caranya ialah dengan berselawat ke atas Nabi MUhammad s.a.w. setiap kali mendengar dan menyebut nama beliau. Sekali kita berselawat ke atas Nabi s.a.w, Allah akan berselawat atas kita 10 kali.
 
Semasa hari kiamat tidak ada apa yang kita harapkan melainkan syafaat Nabi s.a.w..... jadi seandainya kita tidak sama-sama mengajak orang berselawat ke atas Nabi s.a.w mana kita hendak letak muka kita semasa di hadapan Allah nanti.
 
Sebenarnya telah lama saya berfikir kerana saya ada menulis buku-puku PTS Islamika (belum terbit lagi), dan ingin mencadangkan seandainya pihak PTS tidak hendak menggunakan s.a.w, mungkin ada singkatan terjemahan yang boleh kita gunakan seperti kesejahteraan dan keselamatan ke atas Nabi (SSN) atau (S) sahaja. Mungkin kita boleh juga guna keRahmat dan keSejahtera atas Nabi (RSN). Saya penah membaca beberapa buku-buku Inggeris yang menulis (pbuh) dan (S) bagi mengajak pembaca sama-sama berselawat ke atas Nabi s.a.w.
 
Selari dengan matlamat PTS bagi Memandaikan Bangsa, saya berpendapat bahawa ini adalah satu cara bagi memperkenalkan cara memberi penghormatan kepada Nabi Muhammad (S) walaupaun buku itu ditujukan untuk bukan Islam, dummy atau kanak-kanak. Dengan sendirinya rasa cinta kepada Nabi akan tersemai di hati masing-masing dan yang penting Allah lebih sayang kepada kita. Muga usaha kita mendapat keberkatan Allah, Amin.
 
Maaf sekali lagi. Semuga Allah ampunkan dosa kita semua.
 
ROHAYATI

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Perang Urat Saraf: Inilah Pengarang Buku Kristian yang Paling Popular di Kalangan Pembaca Melayu Previous entry: Surat Membidas Sifu (diterbitkan verbatim)
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/28  at  10:56 AM

Mohon penjelasan dan maklumbalas pada surat ini. Saya yang cetek ilmu ini agak keliru kenapa isu ini berbangkit. saya benar keliru dan mahu lihat maklumbalas dari surat ini

rastom  on  12/28  at  02:23 PM

Masalah semantik lagi…..atau semiotik? Elok Puan Sifu tambah syarahan bab lambang, simbol dan tanda kepada tanda yang merujuk kepada apa yang ditandai.

Firdaus  on  12/28  at  03:19 PM

Harap Pn. Sifu agar segera memberi penjelasan akan isu ini. Ada di kalangan pembaca yang marah benar melihat nama Rasulullah ditulis tanpa gelar ‘Saidina’ dan ‘S.A.W’, terutamanya di kalangan generasi yang lebih tua.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/29  at  12:32 PM

Tetuan Rasyid, Rastom dan Firdaus,

Ini isu semiotik, tetapi jika kita gunakan ilmu semiotik bagi menerangkan isu ini, para Kaum Tua akan bertambah-tambah marah kepada kita.

Pada saat ini pun sudah ada pihak yang mendoakan kita masuk neraka (Aduh! Di mana pula nas yang menggalakkan sesama pejuang Islam mendoakan satu sama lain supaya masuk neraka?)

Ada pula pihak yang mengugut mahu melaporkan perkara ini kepada JAKIM, tetapi sampai hari ini kita belum dipanggil oleh JAKIM. Barangkali pegawai-pegawai JAKIM pun memahami dan menyokong rasional yang menjadi panduan editorial PTS. (Kebetulan ada pegawai JAKIM dan YADIM yang hadir kursus PTS!)

Jadi saya sedang membuka semula kitab-kitab hadis, sebab saya perlu petik hadis-hadis itu dengan tepat -  tak boleh gunakan memori sahaja -  bagi menunjukkan bahawa dalam isu ini memang ada “binding-precedent"nya.

Saya akan tulis dalam entri hasil penyelidikan saya itu. Mudah-mudahan dalil-dalil yang saya sudah jumpa itu dapat memberi pencerahan kepada semua pihak.

Mudah-mudahan Allah ampuni kita.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/29  at  09:48 PM

Nota Sifu: Diturunkan di sini sebuah surat yang Sifu terima daripada Tuan Yussamir Yusof, moga-moga banyak manfaat apabila kita membaca surat ini.


Letak atau tak letak?

Perletakkan perkataan SAW atau seumpanya selepas nama Nabi Muhammad (SAW)  secara tradisinya memang dilaksanakan oleh para ulama sejak dahulu lagi.Persoalannya yang saya ingin bangkitkan adalah,adakah apabila kita membaca buku dan terdapat nama Nabi Muhammad (SAW) kita sebagai Umatnya sekadar membisu dan meneruskan pembacaan yang selanjutnya?

Kalau kita lihat dari konteks ini,sememangnya saya juga secara peribadi tidak bersetuju tidak meletakkan perkataan SAW selepas nama Nabi Muhammad (SAW).Nabi Muhammad (SAW) saban kali mengingatkan umatnya, agar tidak menjadi orang yang bakhil kerana tidak berselawat keatas baginda.

Dari Hussein bin Ali ra. bin Abi Thalib bahawa Nabi (SAW) bersabda:

البخيل الذي من ذكرت عنده فلم يصل عليَّ

“Orang yang bakhil adalah mereka yang di peringatkan aku disisinya akan tetapi tidak berselawat diatasKu”(Hadith Riwayat al-Tirmidzi, dikelaskan sahih oleh didalam Irwa’ al-Ghaleel)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi (SAW) bersabda:

رغِم أنفُ رجلٍ ذُكرتُ عنده فلم يصلِّ عليَّ

“Semoga digosokan hidungnya dengan debu bagi lelaki yang di peringatkan aku disisinya akan tetapi tidak berselawat diatasKu”(Hadith Riwayat al-Tirmidzi, dikelaskan sahih didalam Irwa’ al-Ghaleel)

Banyak lagi hadith yang menunjukkan, tentang peri pentingnya kita berselawat keatas nabi Muhammad (SAW).Anjuran dari hadith-hadith ini sebenarnya bukanlah satu beban kepada kita,malahan ia membawa kebaikan kepada mereka yang berselawat.Kebaikan yang dimaksudkan ialah,ganjaran pahala yang dijanjikan kepada mereka yang berselawat ke atas Nabi Muhammad (SAW).

Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi (SAW) bersabda :

من صلى عليَّ واحدة صلى الله عليه بها عشراً

“Barangsiapa yang berselawat keatasKu 1 kali, Allah akan berselawat keatasnya 10 kali”(hadith sahih riwayat Muslim)

Selain daripada mendapat ganjaran pahala,dengan berselawat juga kita akan mendapat syafaat dari Nabi Muhammad (SAW) di akhirat kelak dan diampunkan dosa.Perkara ini telah dijelaskan oleh baginda sendiri dalam satu hadith:

Dari Ibn Mas’ud ra., telah bersabda Nabi (SAW):

أولى الناس بي يوم القيامة أكثرهم علي صلاة

“Manusia yang utama di sisiku pada hari Kiamat adalah yang paling banyak berselawat keatasKu” (Hadith Riwayat Ibn Hibban, al-Tirmidzi dan beliau(Tirmidzi) mengatakan bahawa hadith ini Hasan Gharib)

Dan juga hadith ini:

من صلى على حين يصبح عشرا و حين يمسي عشرا أدركته شفاعتي يوم القيامة

“Sesiapayang bersalawat keatas-Ku pada waktu pagi dan petang sepuluh kali,akan memperolehi syafaatku di akhirat kelak”(Hadith ini dinilai Hasan dalam Sahih wa dhaif jami’ wa saghir)

Diampunkan dosa oleh Allah:

Dari Anas bin Malik,Nabi Muhammad(SAW) berkata:

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحَطَّ عَنْهُ عَشْرَ خَطِيئَاتٍ

“Sesiapa yang berselawat keatas-Ku sekali,maka Allah akan berselawat keatasnya sepuluh kali dan mengampunkan sepuluh kesalahannya”(HR Ahmad,dalam Musnad Ahmad)

Keutamaan berselawat ini dikukuhkan lagi, dengan perintah Allah terhadap Malaikat dan orang-orang yang beriman agar berselawat keatas Nabi (SAW) sebagaimana firman Allah swt :

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. “(surah al-Ahzab : 56)

Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Bazz,matan Mufti Am Arab Saudi,beliau berkata:

“Bahawa berselawat keatas Nabi (SAW)merupakan perkara yang disyariatkan didalam tashahud dalam solat, didalam Khutbah, ucapan , doa, istighfar, selepas Azan, ketika masuk masjid, ketika keluar dari masjid, berzikir dengan berselawat ditempat-tempat lain, memastikan buku-buku ditulis namanya, atau pengarang, atau dalam risalah, artikel atau seumpamanya, dan disyariatkan menulis penuh sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah”(Majmu’ Fataawa bin Baaz, (cetakan Dar al-Watan, 1416H) 1/445)

Akhir kata,sebagai sebuah syarikat penerbitan yang bermotokan memandaikan bangsa dan mementingkan nilai-nilai islami,selain mempunyai ramai peminat diluar sana.Saya secara peribadi mengsyorkan puan untuk membenarkan penggunaan SAW atau seumpanya selepas perkataan Nabi Muhammad (SAW).Kalau syarikat penerbitan luar negara yang rata-rata pemiliknya bukan beragama Islam,membenarkan para penulisnya meletakkan perkataan (Pbuh) selepas nama Nabi Muhammad (SAW).Maka sebagai umat islam yang mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah, lebih utama untuk mendahului mereka dalam hal-hal sebegini.Saya berharap puan Ainon mempertimbangkan pandangan saya yang dhaif ini.

WaAllahualam.

Yussamir Yusof

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/30  at  08:54 AM

assalamualaikum,

mengapa guna perkataan genius? kenapa tidak guna perkataan geliga?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.