Monday, December 31, 2007

Surat Pilihan: Tidak Sokong Letak “SAW”

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, Puan Ainon.

Saya mencari sumber penulis (komen oleh Yussamir Yusof) yang mengambil jawapan daripada Syeikh Abdul Aziz bin Bazz. Kata penulis itu:

Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Bazz, matan Mufti Am Arab Saudi, beliau berkata:

"Bahawa berselawat ke atas Nabi (SAW) merupakan perkara yang disyariatkan di dalam tashahud dalam solat, di dalam Khutbah, ucapan, doa, istighfar, selepas Azan, ketika masuk masjid, ketika keluar dari masjid, berzikir dengan berselawat di tempat-tempat lain, memastikan buku-buku ditulis namanya, atau pengarang, atau dalam risalah, artikel atau seumpamanya, dan disyariatkan menulis penuh sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah" (Majmu' Fataawa bin Baaz, (cetakan Dar al-Watan, 1416H) 1/445)

Saya meneliti daripada pelbagai sumber dan saya dapati jawapan Syeikh Abdul Aziz bin Bazz menjawabnya dengan huraian yang lebih panjang. Benar, beliau menekankan kepentingan berselawat dalam semua medium, tetapi isu yang dibangkitkan adalah bukan mesti meletakkan "S.A.W." sebaliknya beliau sendiri berpendapat meletakkan singkatan "S.A.W./ PBUH/ ص/ صلي/ صلعم" TIDAK DISYARIATKAN.

Bagi saya, penulis (Yussamir Yusof) tertinggal sambungan daripada pendapat Syeikh Abdul Aziz iaitu ولا ينبغي عند الكتابة الاقتصار في الصلاة والسلام على رسول الله صلى
 الله عليه وسلم على كلمة (ص) أو (صلعم)، وما أشبهها من الرموز التي قد يستعملها بعض الكتبة والمؤلفين، لما في ذلك من مخالفة أمر الله سبحانه وتعالى في كتابه العزيز بقوله: { صلوا عليه وسلموا تسليماً }

"Adalah tidak memadai semasa menulis selawat dan salam dengan kalimah (ص) atau (صلعم) dan sebagainya (termasuk "S.A.W." dan "PBUH"). Dan tidaklah simbol ini digunakan dalam sebahagian penulisan para penulis. Demikian, ia menyalahi dengan perintah Allah dalam al-Kitab yang agung (selawatlah ke atasnya (Rasulullah) dan salam ke atasnya). "
 
مع أنه لا يتم بها المقصود، وتنعدم الأفضلية الموجودة في كتابة (صلى الله عليه وسلم) كاملة، وقد لا ينتبه لها القارئ، أو لا يفهم المراد بها، علماً بأن الرمز لها قد كرهه أهل العلم وحذَّروا منه.

"Dengan singkatan ini ia tidak menyempurnakan maksud, menidakkan kelebihan menulis (selawat dan salam ke atasnya) dengan sempurna. Malah, ia TIDAK MEMBERI PERHATIAN oleh pembaca, atau tidak difahami maksud yang ada padanya. Ketahuilah, bahawasanya penggunaan singkatan ini dibenci oleh ilmuwan dan mereka mengelak daripada menggunakannya."

Sesungguhnya Ibnu Solah berkata dalam kitabnya 'Ulum Hadis' atau lebih dikenali dengan Muqaddimah Ibnu Solah, pada Bahagian Ke-25 daripada penulisan hadis dan cara-cara mendisiplinkan kitab dan membataskannya, beliau berkata:

Kesembilan: Hendaklah memelihara penulisan selawat dan salam ke atas Rasulullah semasa menyebut namanya. Tidak bosan mengulanginya semasa membacanya. Kerana ia adalah faedah yang penuntut hadis dan kitab-kitabnya bersungguh-sungguh segera mendapatkannya. Sesiapa yang lalai maka sesungguhnya dia diharamkan daripada mendapat keuntungan yang besar. Sesungguhnya kami melihat orang yang menjaganya dalam keadaan baik, mereka tidak menulisnya melainkan doa yang menetapkannya dan tidak ada perkataan yang merekodkannya. Justeru, tidak boleh membataskannya dengan rekod dan tidak boleh meringkaskan apa yang tercatat pada perkataan asal.

Allamah Sakhawi berkata dalam kitabnya 'Fathu Mughis fi Syarh Alfiatul Hadis' untuk penduduk Iraq dengan katanya, 'Jauhilah wahai penulis daripada meletakkan simbol!' bagi selawat dan salam, dalam penulisanmu dengan menulisnya dua huruf dan sebagainya. Maka ia menjadi ringkas daripada gambaran asalnya, dan biasanya membodohkan orang 'Ajam' (selain orang Arab), penuntut awam,  dengan menulis ringkasan selawat dan salam dengan (ص) , (صلعم), (termasuk "S.A.W." dan "PBUH"). Dengan demikian meringankan pahala dengan meringkaskan penulisan adalah khilaf aula (berlawanan dengan yang lebih utama).

Imam Suyuti (mudah-mudahan Allah merahmatinya) berkata dalam kitabnya,'Tadrib ar-Rawi fi Syarh Taqrib an-Nawawi' membenci ringkasan selawat dan salam dalam setiap tempat yang disyariat dalam sembahyang sebagaimana dalam Syarah Muslim dan lainnya dengan kenyataan Allah Taala, "Selawatlah ke atasnya dan salam selamat.' sehingga.... membenci simbol sepertinya.

Syeikh Abdul Aziz bin Bazz mewasiatkan kepada setiap muslim pembaca dan penulis supaya memakai yang lebih baik, yang dapat melipatgandakan ganjaran dan pahala, menjauhkan daripada yang membatalkannya dan mengurangkannya.

Kita memohon kepada Allah maha suci lagi maha besar supaya bersama dan meredai kita, sesungguhnya lagi maha mulia. Selawat dan salam ke atas Nabi kita Muhammad, keluarga dan para sahabatnya.

(Jawapan Syeikh Abdul Aziz bin Bazz boleh dibaca di http://islamway.com/?iw_s=Article&iw_a=view&article_id=475)

Sekian, Allah jua maha mengetahuinya.

AZMI

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Agama untuk Pasaran Elit Diboikot Pekedai Buku Agama Tradisional Previous entry: Surat Pilihan: Sokong Letak "SAW"
yus  on  12/31  at  05:30 PM

Saya setuju dengan Azmi, benar Syeikh Abdul Aziz bin Bazz tidak menyatakan perletakkan ringkasan atau simbol sebgai syariat.

Apa yang saya ingin ambil point dalam ucapan beliau adalah perletakkan selawat itu dalam penulisan. Dimaksudkan beliau perletakan secara penuh, saya mengambil illat dia di situ, iaitu kepentingan berselawat.

Kalau saudara lihat surat saya pada Puan Ainon, bukanlah untuk memutlakkan pendapat saya, ia sekadar satu pandangan yang berbeza yang perlu dinilai dan dipertimbangkan secara jujur dan ilmiah. Dan saya sendiri telah bersetuju dengan poin-poin Puan Ainon berkenaan dengan tidak meletakkan sebarang tanda atau seumpamanya selepas nama Nabi Muhammad.

Moga perbezaan pendapat ini dinilai dari sudut positif oleh semua pembaca. Bagi saya kedua-duanya ok, namun terpulang pada orang yang ingin laksanakan, dan saya lihat kemaslahatan lebih utama untuk tidak meletakkannya selepas meneliti pandangan Puan dan juga beberapa rakan saya yang lain.

WaAllahualam…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.