Thursday, May 22, 2008

Surat Pilihan: Lagi Tentang Isu Cover Buku PTS yang Kurang Islami

Salam, Puan Ainon.

Saya terpanggil untuk memberi komen. Sebenarnya kaum hawa khususnya memandang secara 'details' perkara ini. Bukan hanya cara pemakaian tudung namun dari semua segi, yakni dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Cara pemakaian tudung juga memainkan emosi pelanggan yang menatap desain cover ini.

Saya mencadangkan agar konsep desain cover PTS mengikut jejak langkah novel Salju Sakinah yang lebih ringkas tetapi mendalam, cukup dengan mainan anak mata yang menggambarkan keseluruhan cerita dan tidak perlu desain yang terlalu hendak mengikut tajuk yang tertera.

Yang penting adalah desain yang mewakili ataupun menceritakan isi dalaman buku tersebut. Lebih emosi, misteri dan yang penting pengukuhan identiti sudah cukup mewakili tajuk sesuatu buku itu.

Penerbitan novel adalah salah satu proses jangka panjang, jika dilihat desain cover "Kau Ilhamku", ia tidaklah boleh dikatakan untuk jangka panjang.

Jika desain cover bersifat umum dan tidak terikat dengan fesyen ataupun pada tahap suatu zaman sahaja, ia akan bersifat 'evergreen'. Tapi jika memandang 5 atau 10 tahun akan datang, jika buku ini masih ada di pasaran untuk tempoh masa itu, dengan peredaran masa dan fesyen yang terjadi, pelanggan akan melihat buku tersebut dari masa yang terbelakang.

Namun jika desain cover itu bersifat umum dan tidak terikat dengan fesyen dan masa, buku tersebut akan lebih berpanjangan. Boleh dilihat contoh desain buku-buku luar negara yang tidak lekang dek panas dan tidak pudar dimamah waktu. Sekian terima kasih.

Ikhram

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Terang dalam Gelap Previous entry: Foto-foto Ain Maisarah dengan Peminat di MPH Alamanda

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.