Tuesday, December 11, 2007

Surat Pilihan: Laut Biru Terjemahan

Puan Sifu,

Salam.

Sememangnya pasaran penterjemahan di Malaysia adalah pasaran laut biru! Saya sudah lama menyedari keadaan itu tetapi sudah sekian lama , badan-badan penerbitan terjemahan yang sedia ada tidak pernah merangka strategi pemasaran yang agresif untuk mewujudkan permintaan terhadap buku-buku terjemahan.

Kebanyakan penerbit di Malaysia lebih banyak menggunakan pendekatan reaktif - melihat respons pembaca terhadap produk-produk yang diterbitkan oleh penerbit lain kemudian barulah memulakan langkah untuk menerbitkan produk yang sudah menjadi best-seller.

Langkah PTS untuk memulakan projek terjemahan adalah pendekatan proaktif.  Permintaan untuk buku terjemahan memang ada tetapi ianya “dormant”. Dalam era globalisasi ini, tentunya pembaca-pembaca buku Bahasa Melayu di Malaysia dahagakan ilmu dan buah fikiran dari negara-negara luar dan kadar pemindahan ilmu ke dalam Malaysia hanya boleh menjadi pantas melalui terjemahan karya-karya asing dari negara maju sama seperti yang dilakukan oleh Jepun.

Saya sokong inisiatif Puan Sifu dan PTS dalam menerokai pasaran biru terjemahan. Pada pendapat saya, dalam keadaan pasaran sekarang, peranan penerbit juga harus meliputi menerbitkan bahan bacaan bagi mewujudkan permintaan dan mencorak gaya pembacaan masyarakat moden selain daripada hanya menerbitkan bahan bacaan kerana adanya permintaan di dalam pasaran.

Sekian. Wassalam.

Hidayati Kasuma Abdul Hadi 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Terjemahan
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pasaran Terjemahan dan Kisah Salesman Kasut Previous entry: Isu Penterjemah Perempuan dan "Bahasa Lelaki"
SabriMahmudSungaiJatuh  on  12/12  at  06:23 PM

Mengikut rekod, sewaktu beliau masih PM, TDM telah “membunuh” mana-mana saki baki inisiatif terjemahan di negara ini apabila beliau secara terbuka menempelak kegagalan penterjemah melaksanakan tugas membawa masuk ilmu seiringan tuntutan/permintaan.

Sebelum itu, beberapa perubahan kepada dasar negara yang melibatkan kedudukan Bahasa Melayu/Malaysia telah menjadi pemangkin kepada agenda berkaitan.

Namun, itulah hakikat yang perlu ditelan.

Memang terjemahan telah gagal.

Ilmu-ilmu baru tak menang tangan penterjemahan untuk menterjemahnya. Belum siap separuh “An Introduction to Articifial Engineering” .., seorang profesor di sebuah universiti di Hawaii telah memulakan roadshow = jerayarama? edisi terbaru ” Advance Artificial Engineering”.

Belum lagi mengambil kira soal berapa orangkah yang layak menterjemah subjek ini di Malaysia ke dalam BM - si Pengerusi ITNM tak berkelip mata “memandulkan minda” DBP yang terkial-kial membina perbendaharaan istilah - walhal ITNM sendiri “terkembiri” lantaran hanya mampu melunaskan 153 judul buku terjemahan sepanjang tempoh 14 tahun kewujudannya. Janji manis penuh dusta ITNM ialah sebanyak 400 judul satu tahun. Maka 400 X 14 = 5,600.

Jika DBP disabit sebagai mandul, maka situasi ITNM sendiri tidak mampu dibangun semula walau menelan sebotol Viagra sekaligus. ITNM tidak lebih si paku yang mengata si dulang.

Puan Sifu,

kita lupakanlah terjemahan.

Biarlah terjemahan terjun dan tenggelam dengan labu-labu dan perahunya sekali.

Di dalam dunia tahun 2008 - akuilah, bahawa kerja menterjemah sudah tidak relevan dengan tugas memindahkan ilmu apabila faktor masa menjadi penentunya.

Teori Surah Yusuf A.S. sebenarnya lebih hampir dengan kerja mengADAPTASI yang mampu leloloskan diri daripada hambatan-hambatan terjemahan.

Sebagai sang “Champion” kepada adaptasi - PS sebenar-benarnya punya TUGAS & TANGGUNGJAWAB yang belum selesai.

Saya menyanggah bahawa terjemahan ada di lautan biru.

Yang ada di lautan biru ialah ADAPTASI.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: